Oct 05

KENAIKAN PANGKAT SEIRING PENINGKATAN EKSPEKTASI DALAM PELAKSANAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB - PANGWILLA 2

SANDAKAN, 5 Oktober 2018 – Seramai 7 orang warga Navy People Sandakan telah dinaikkan pangkat masing-masing berkuatkuasa 1 Oktober 2018. Majlis yang telah berlangsung di Dataran MAWILLA 2 pagi ini telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Bersempena dengan majlis tersebut, seorang Bintara Kanan (BK) telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren II (P/PW II), dua orang Bintara Muda (BM) telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Kanan (P/BK), dua orang Laskar Kanan (LK) telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Muda (P/BM) manakala dua lagi telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan (LK). Majlis pemakaian pangkat ini adalah manifestasi kepada penghargaan dan kepercayaan pihak pengurusan tertinggi TLDM terhadap komitmen serta kebolehan warga Navy People. Selain itu ianya juga sebagai cabaran kepada warga yang lain agar terus bekerja keras dan bersaing secara sihat bagi mendapatkan tempat dalam perkhidmatan TLDM.

GAMBAR 1PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada
P/PW II PRL Mohd Asri
GAMBAR 2
Isteri kepada P/BK PWP Ahmad Fazli menyempurnakan upacara
pemakaian pangkat disaksikan PANGWILLA 2
GAMBAR 3
PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada
P/BK PAP (GI) Sahairul Nizad
GAMBAR 4
Isteri kepada P/BM BDI Mohd Taufik menyempurnakan upacara
pemakaian pangkat disaksikan PANGWILLA 2
GAMBAR 5
Isteri kepada P/BM PNK Che Romdan menyempurnakan upacara
pemakaian pangkat disaksikan PANGWILLA 2
GAMBAR 6
PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat
kepada LK PAP Aziz
GAMBAR 7
PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat
kepada LK PAP Ammar Affandi

Majlis pada pagi ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah KDSS, Komander Ahmad Nazim bin Salimin TLDM, para Pegawai dan warga Navy People Sandakan yang tidak bertugas. Dalam ucapan oleh PANGWILLA 2, beliau telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada seluruh warga yang hadir agar terus berusaha dan melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan. Beliau juga menegaskan bahawa setiap pangkat yang disandang merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap Navy People agar Visi dan Misi TLDM tercapai. Warga yang hadir juga digalakkan untuk terus memberikan komitmen dan mencurah khidmat bakti dengan ikhlas demi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Upacara pemakaian pangkat pada kali ini juga telah menyaksikan anggota yang dinaikkan pangkat diberikan salinan Sijil Penyaksian dan juga Ikrar Kesatria. Di akhir Sijil Penyaksian terdapat sumpah taat setia yang perlu dilafazkan oleh setiap rakyat negara ini yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Inisiatif cetusan PANGWILLA 2 ini dilaksanakan supaya warga Navy People terutama yang telah dinaikkan pangkat agar kembali mengingati tujuan asal dan tanggungjawab sebenar seorang anggota ATM kepada Raja dan Negara. Anggota yang dinaikkan pangkat juga telah bersama-sama memimpin bacaan Ikrar Kesatria bersama semua hadirin dengan penuh bersemangat.

Selain pemakaian pangkat, majlis pada hari ini juga diserikan dengan penyampaian sijil dan penghargaan kepada Navy People Sandakan yang telah dicalonkan sebagai Bintara dan Laskar TLDM 2017. PANGWILLA 2 juga turut berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada Navy People Sandakan yang telah telah memberikan sumbangan dan berjasa kepada MAWILLA 2 dari aspek dedikasi, kesungguhan, keberanian dan komitmen yang tinggi dan cemerlang dalam pelaksanaan tugas sepanjang berkhidmat di MAWILLA 2. Sesungguhnya, penyampaian sijil penghargaan ini merupakan salah satu inisiatif Markas dalam menghargai setiap sumbangan yang disumbangkan oleh Navy People Sandakan dan menjadi pemangkin kepada warga yang lain untuk terus mempamerkan prestasi yang sama seperti penerima-penerima pada hari ini.

GAMBAR 8Anggota dinaikkan pangkat bergambar bersama PANGWILLA 2
GAMBAR 9
Penerima Anugerah Calon Bintara dan Laskar TLDM tahun 2017
GAMBAR 10
PANGWILLA 2 bergambar bersama anggota yang menerima sijil penghargaan
di atas sumbang dan bakti yang telah diberikan kepada MAWILLA 2

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi BAKAT (L), Datin Kalaiarasi Subramaniam dan para isteri anggota yang menjadi tulang belakang kejayaan suami masing-masing. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh P/PW II PRL Mohd Asri bin Mohd selaku anggota terkanan yang telah dinaikkan pangkat. Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dengan para hadirin menikmati jamuan yang disediakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat.

GAMBAR 11Pengerusi BAKAT (Laut) bergambar bersama isteri-isteri pegawai dan anggota
yang turut hadir

 

Rujukan: 051018/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

Last modified on Friday, 05 October 2018 15:46

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 357

Semalam 508

Bulan ini 8979

Keseluruhan 489818

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM