Print this page
Oct 08

MARITIME TRAINING ACTIVITY TLDM-TLAS PERKUKUH HUBUNGAN DINAMIK DUA NEGARA

Lumut, 8 Okt – Majlis Perasmian Maritime Training Activity (MTA) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) 2018 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Operasi Hadapan, Kepten Abd Halim bin Hj Shaari TLDM dan disaksikan oleh Leftenan Komander Jason Ileto, Logistic Staff COMLOGWESTPAC di Auditorium Zain PUSTAKMAR, Pangkalan TLDM Lumut.

Gambar 1Ketibaan delegasi TLAS di PUSTAKMAR

Tahun ini, TLDM akan melibatkan seramai 150 Peserta secara keseluruhan manakala TLAS akan disertai oleh 12 Subject Matter Expert (SME). Aktiviti SMEE melibatkan beberapa sesi perkongsian pengetahuan serta subjek seperti Kesedaran Domain Maritim (MDA), Logistik dan Penyelenggaraan, Kawalan Kerosakan (DC), Peperangan Anti-Udara (AAW), Peperangan Anti-Kapal Selam (ASW), Peperangan Elektronik (EW) serta Pengukuran dan Menangkis Periuk Api (MCM) turut melibatkan warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai hadirin.

MTA TLDM-TLAS adalah latihan bilateral dua hala yang dilaksanakan sejak 2017 yang melibatkan TLDM dan TLAS. Latihan ini memberi keutamaan serta penekanan dalam Pertukaran Pakar Subjek, Subject Matter Expert Exchange (SMEE) di antara TLDM-TLAS yang merangkumi pelbagai bidang dan pengetahuan dalam perkhidmatan tentera laut. Program ini akan bermula dari 8 hingga 12 Okt 18 melibatkan 9 pakar SMEE TLDM-TLAS dan intipati program adalah berlandaskan konsep perbincangan, pertukaran idea, syarahan dan acara sukan. Latihan ini memfokuskan persediaan bagi warga Navy People menyertai Field Training Exercise (FTX) bagi MTA TLDM-TLAS tahun hadapan.

Kepten Abd Halim dalam ucapan beliau menekankan kepentingan program seumpama ini untuk terus dilaksanakan di masa hadapan. Menurut beliau, hubungan ketenteraan dua hala TLDM-TLAS telah terjalin sekian lama. Justeru, MTA TLDM-TLAS adalah satu lagi inisiatif bagi kedua-dua angkatan laut untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam memastikan keamanan maritim dan kestabilan serantau. Ini turut memberi peluang kepada TLDM khasnya dalam meningkatkan keupayaan dan kebolehan dalam perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara TLDM-TLAS.

Gambar 2

Gambar 3Ucapan Perasmian oleh AKS OPHAD MPA Barat
Gambar 4
Kenangan peserta MTA TLAS-TLDM 2018

 

Rujukan: 081018/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Last modified on Monday, 08 October 2018 12:58