Oct 08

KENAIKAN PANGKAT PENGIKTIRAFAN PUCUK PIMPINAN TERTINGGI TLDM TERHADAP NAVY PEOPLE

KUALA LUMPUR 8 Okt – Hari yang penuh bersejarah ini menyaksikan sejumlah 27 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

Pengiktirafan melalui kenaikan pangkat diberikan kepada 2 orang Pegawai Waran I, 7 orang Pegawai Waran II, 10 orang Bintara Kanan, 5 orang Bintara Muda, dan 3 orang Laskar Kanan. Setiap warga TLDM sentiasa diberikan peluang kerjaya dan masa depan yang cemerlang untuk meningkatkan potensi diri. Amanah yang dipertanggungjawabkan perlu digalas dengan sebaiknya kerana ia menyokong pembangunan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang relevan dan memiliki kemampuan untuk menangani ketidaktentuan masa hadapan serta mampu mendokong dasar-dasar kerajaan dengan cemerlang. TLDM akan terus menawarkan satu kerjaya yang Challenging But Rewarding.

Pakai Pangkat 1Sokongan isteri menyuntik semangat untuk memberikan yang terbaik
untuk perkhidmatan
Pakai Pangkat 2
Antara warga Navy People yang dinaikkan pangkat hari ini
Pakai Pangkat 3
Seramai 10 orang dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan

Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Laut merekodkan ucapan tahniah kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap agar ianya menjadi pemangkin dan sumber motivasi untuk warga Navy People melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab dengan penuh semangat dan kesungguhan. Beliau turut menyatakan bahawa seramai 1,879 anggota LLP telah dinaikkan pangkat sejak Januari 2018 sehingga hari ini.

Majlis ini juga simbolik untuk menyuntik semangat kepada hadirin yang hadir agar sentiasa mempraktikkan profesionalisme ketenteraan dan amalan integriti dalam setiap tugasan yang dilakukan.

Pakai Pangkat 4Bergambar kenangan bersama Panglima Tentera Laut
Pakai Pangkat 5
Semoga terus komited untuk berkhidmat dengan cemerlang

 

Rujukan: 081018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik
Artikel: Lt Dya Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Jurufoto: LK PWP Muhammad Zulakmal bin Ahmad

Last modified on Monday, 08 October 2018 13:23

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 511

Bulan ini 6299

Keseluruhan 487138

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM