Oct 10

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MARKAS PANGKALAN LUMUT

LUMUT 9 Okt – Hari yang penuh bersejarah ini menyaksikan sejumlah 27 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL), Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Alias bin Badaruddin.

Menariknya upacara kali ini, salah seorang anggota yang diraikan iaitu LK PAP Sahabudin Mulia bin Amli telah menjemput bapanya untuk memakaikan pangkat beliau dalam acara bersejarah ini. Lebih menarik, bapa anggota merupakan seorang veteran TLDM yang telah bersara pada tahun 1990.

1Bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak yang dipakaikan pangkat

Selesai majlis pemakaian pangkat, majlis diteruskan dengan penyampaian cek insurans kelompok dan wang khairat kematian oleh KOMPAL bersama Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Wilayah Utara 2 Koperasi Tentera, Encik Rosli Yeop kepada balu arwah LK TNL Muhammad Azmi bin Abd Ghani, Puan Rozaida binti Md Rodzi (Kemalangan Jalan Raya pada bulan Julai 2018).

2Penyampaian Cek Insurans Kelompok Dan Wang Khairat Kematian

Selain itu, cek sumbangan daripada Zakat ATM dan sumbangan bencana daripada Koperasi Tentera turut diserahkan kepada BK TNL Zamzuri bin Haris yang telah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang melanda rumah beliau pada 2 bulan yang lalu.

3Penyampaian cek daripada Zakat ATM dan sumbangan bencana daripada
Koperasi Tentera

Dalam ucapan beliau, KOMPAL merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap agar ianya menjadi pemangkin dan sumber motivasi untuk warga Navy People melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, semangat dan kesungguhan. Beliau juga turut menyatakan bahawa pangkat yang diberi datang bersama amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Sebuah kek turut disediakan oleh chef D20 untuk dipotong bersama-sama oleh anggota yang dinaikkan pangkat. Kek tersebut merupakan tanda simbolik agar semua anggota yang diraikan dapat menanam azam baru dalam menggalas tanggungjawab pada masa hadapan.

4KOMPAL bergambar bersama warga MkPL yang dinaikkan pangkat

 

Rujukan: 101018/01
Sumber: Markas Pangkalan Lumut
Artikel: Lt Kdr Nurzasya binti Abd Rahim
Jurufoto: Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Wednesday, 10 October 2018 13:11

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 15

Semalam 574

Bulan ini 7733

Keseluruhan 459685

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM