Oct 10

BAKAT (L) MARKAS WILAYAH LAUT 2 ANJUR AKTIVITI SUKAN RAKYAT

SANDAKAN, 10 Oktober – BAKAT (L) Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menganjurkan aktiviti mingguan bertemakan sukan rakyat bertempat di Dewan Mohd Azim, KD SRI SANDAKAN semalam.

Aktiviti yang melibatkan Ahli-Ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2, Datin Kalairasi a/p Subramaniam. Terdahulu, aktiviti yang bermula pada jam 2.00 petang itu dimulakan dengan nyanyian lagu BAKAT oleh semua hadirin dan disusuli dengan bacaan doa. Sebagai sesi pemanas badan, aktiviti sukan pada petang tersebut dimulakan dengan sesi senamrobik.

GAMBAR 1Senamrobik sebagai pemanas badan

Sebanyak 4 acara sukan yang dipertandingan pada petang tersebut yang melibatkan acara Susun Tin Impian Anak Kampung, Bawa Bola Pingpong Dengan Sudu Karat Opah, Rebut Kerusi Muzik Tradisi dan Boling Kelapa. Acara sukan rakyat yang julung kali dilaksanakan ini juga telah dapat mengeratkan perhubungan di kalangan ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 di samping mengimbau kembali sukan-sukan tradisional yang pernah dimainkan oleh masyarakat negara ini suatu ketika dahulu.

GAMBAR 2Acara Rebut Kerusi Muzik
GAMBAR 3
Bersedia untuk acara Susun Tin Impian Anak Kampung
GAMBAR 4
Aksi ketika pertandingan

Sepanjang acara dilangsungkan juga, kesemua peserta yang mengambil bahagian telah mempamerkan semangat dan kesungguhan dalam setiap acara yang dipertandingan. Kejayaan memenangi hadiah di dalam acara yang dipertandingkan bukanlah matlamat utama aktiviti ini dianjurkan, sebaliknya keharmonian dan keakraban perhubungan di antara peserta yang hadir adalah suatu pencapaian yang tiada nilainya. Di samping mengeratkan perhubungan, aktiviti sukan rakyat ini juga dapat memastikan sukan-sukan tradisional negara ini tidak pupus dimamah waktu.

GAMBAR 5Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang
GAMBAR 6
Sesi bergambar semua hadirin

 

Rujukan: 101018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Last modified on Wednesday, 10 October 2018 13:25

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 508

Bulan ini 8973

Keseluruhan 489812

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM