Oct 10

PANGLIMA LOGISTIK TIMUR LAKSANA LAWATAN KERJA KE MARKAS WILAYAH LAUT 2

SANDAKAN, 10 Oktober – Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah telah melaksanakan lawatan kerja beliau ke Markas Wilayah Laut 2 pada hari ini. Beliau yang juga dalam rangka lawatan kerja di Sabah terdahulu telah tiba di MAWILLA 2 pada jam 8.00 disambut oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Laksma Syed Ahmad Hilmi juga telah diberikan tabik hormat oleh kumpulan Kawalan Kehormatan Suku MAWILLA 2.

GAMBAR 1Panglima Logistik Timur menerima tabik hormat dari
kumpulan Kawalan Kehormatan Suku
GAMBAR 2
Panglima Logistik Timur memeriksa kumpulan Kawalan Kehormatan Suku

Sejurus selesai menerima tabik hormat daripada kumpulan Kawalan Kehormatan Suku, Laksma Syed Ahmad Hilmi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas PANGWILLA 2 di pejabat beliau. Di dalam pertemuan singkat ini, PANGWILLA 2 dan Panglima Logistik Timur saling bertukar dan berkongsi pendapat di dalam beberapa isu serta perkara yang melibatkan aspek logistik, pembekalan dan senggaraan di MAWILLA 2.

GAMBAR 3Panglima Logistik Timur mengadakan kunjungan hormat ke atas PANGWILLA 2

Panglima Logistik Timur yang sebelum ini juga terlibat di dalam rombongan lawatan oleh YB Menteri Pertahanan ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Timur Sabah pada 6 Okt – 7 Okt 18 telah meneruskan program lawatan rasmi beliau ke KD SRI SEMPORNA dan KD SRI TAWAU sebelum tiba di Sandakan pada semalam. Sempena lawatan ke MAWILLA 2, Panglima Logistik Timur turut melaksanakan lawatan ke Stor MAWILLA 2 yang terletak di Karamunting dan seterusnya ke KD SRI SANDAKAN bagi melawat Rumah Keluarga TLDM (RK TLDM) Taman Samudera.

GAMBAR 4Lawatan Panglima Logistik Timur ke KD SRI SANDAKAN
GAMBAR 5

GAMBAR 6Melawat RK TLDM Taman Samudera

Melalui lawatan yang dilaksanakan ini juga diharap dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan tertinggi khususnya Markas Logistik Timur dalam merangka bantuan logistik, pembekalan dan penambahbaikan dari aspek pengoperasian MAWILLA 2 dan kebajikan warga Navy People Sandakan yang menetap di RK TLDM Taman Samudera.

 

Rujukan: 101018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Last modified on Wednesday, 10 October 2018 13:38

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 356

Semalam 508

Bulan ini 8978

Keseluruhan 489817

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM