Oct 10

LAWATAN KERJA JAWATANKUASA SIASATAN TADBIR URUS, PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN KE PANGKALAN TLDM LUMUT DISAMBUT BAIK

Lumut, 10 Okt – Warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut hari ini menerima kunjungan daripada 35 ahli Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan yang diketuai Tan Sri Ambrin bin Buang dan Dato’ Parang Abai @Thomas. Lawatan sehari ini telah membawa kesemua delegasi ke Depot Bekalan Armada Barat (DBAB) dan KD GAGAH SAMUDERA.

Objektif lawatan kali ini merupakan kesinambungan daripada lawatan Tan Sri Ambrin Buang terdahulu pada tahun 2017. Bagi lawatan kali ini, JKSTUPKK lebih memfokuskan untuk melihat dan meninjau kedudukan terkini pengurusan stor di DBAB, selain melihat hasil tindakan daripada penemuan yang diperolehi daripada pelaksanaan Verifikasi Stok di DBAB.

Kehadiran delegasi telah disambut baik oleh Panglima Armada Barat di Wisma Samudera sebelum lawatan tinjauan dilaksanakan di DBAB. Ketika di DBAB, delegasi JKSTUPKK telah diberi taklimat awal oleh Pegawai Memerintah DBAB, Kepten Rohana binti Jupri sebelum delegasi dibawa melawat ke bangunan Automated Storage and Retrieval System atau ASRS yang dipertanggungjawabkan kepada DBAB untuk tadbir urus sejak tahun . Sistem ini terdiri daripada pelbagai sistem kawalan komputer untuk meletakkan dan mengambil semula item dari lokasi penyimpanan yang ditentukan secara automatik. Ia telah diserahkan kepada TLDM pada tahun 2004 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1 Jan 2005.

Gambar 1Taklimat oleh Kepten Rohana Jupri TLDM kepada delegasi perjelas fungsi DBAB
Gambar 2.1

Gambar 2.2Bangunan ASRS yang terbaik dimiliki TLDM turut menjadi tarikan bagi delegasi
Gambar 3
Panglima Logistik Barat menerangkan keadaan semasa dan sekitar
kepada Tan Sri Ambrin

Di akhir lawatan, delegasi JKSTUPKK turut dibawa melawat kapal latihan TLDM iaitu KD GAGAH SAMUDERA yang baru ditauliahkan pada 26 April 2018. Kapal ini merupakan aset terbaharu TLDM yang berperanan sebagai platform latihan di laut lengkap bagi melahirkan warga TLDM yang kompeten dan profesional untuk mengoperasikan aset-aset lebih moden pada masa hadapan. Delegasi turut mengabdikan gambar berkumpulan di hadapan KD GAGAH SAMUDERA.

Gambar 4Lawatan di KD GAGAH SAMUDERA beri pendedahan kepada delegasi
tentang kapal TLDM
Gambar 5
Delegasi mengabadikan kenangan di hadapan KD GAGAH SAMUDERA

 

Rujukan: 101018/04
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Last modified on Wednesday, 10 October 2018 13:57

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 16

Semalam 574

Bulan ini 7734

Keseluruhan 459686

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM