Oct 12

KEJOHANAN INDOOR HOCKEY SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2018

KLANG 12 Okt 18 - Kejohanan Indoor Hockey Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Persatuan ATM telah berlangsung pada 8 hingga 11 Okt 18 di Dewan Real Sports Arena, Klang, Selangor. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Kategori Lelaki
Johan: TDM
N/Johan: TLDM
Ketiga: TUDM

b) Kategori Wanita
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

1
Pasukan Hoki Wanita TLDM
2
Pasukan Hoki Lelaki TLDM
3
Ketua Pasukan Wanita TLDM dan TDM Indoor Hockey bergambar bersama pengadil perlawanan
4
Perlawanan akhir Indoor Hockey wanita diantara pasukan TLDM menentang TDM

5
Ramah mesra bersama Mej Jen Datuk Mohd Zakaria sebelum perlawanan akhir pasukan lelaki TLDM menentang TDM bermula
6
Pasukan TLDM (L/W) bergambar bersama P/Laksamana Pertama Anuar bin Mohamed
7
Pemberian insentif oleh P/Laksamana Pertama Anuar bin Mohamed kepada ketua pasukan wanita TLDM iaitu LK TNL Shuaeilla Hani binti Sharom

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan memastikan kejuaraan kekal milik TLDM bagi kategori wanita. Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan skim insentif kemenangan LEKAS kepada persatuan yang beroleh kemenangan Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Mej. Jen Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi TDM selaku Pengerusi Persatuan Hoki Angkatan Tentera Malaysia serta turut hadir P/Laksmana Pertama Anuar bin Mohamed selaku Pengerusi JES TLDM. Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Hoki TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-11 berturut-turut dalam ISG 2018 ini.

Majulah Sukan untuk TLDM.

Rujukan: 121018/02
Sumber: Lembaga Kawalan Sukan TLDM

Artikel: Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim TLDM
Jurufoto: Lembaga Kawalan Sukan TLDM

Last modified on Monday, 15 October 2018 02:53

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 15

Semalam 574

Bulan ini 7733

Keseluruhan 459685

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM