Oct 18

LAWATAN ULUNG YB MOHAMAD SABU KE STESEN LIMA TLDM TINGKATKAN MORAL WARGA NAVY PEOPLE

KOTA KINABALU, 17 Okt : Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu membuat lawatan pertama kalinya ke Stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Layang-Layang, lebih kurang 162 batu nautika dari sini pada 6 Okt yang lalu. Beliau bersama delegasi tiba di Stesen LIMA pagi tadi disambut oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Khalid Jaafar, Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Timur, Kepten Azhar Baharum dan Pegawai Memerintah Stesen LIMA, Leftenan Iznan Che Awang TLDM. Turut bersama dalam lawatan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Reza Sany serta beberapa pegawai. Sepanjang lawatan, Mohamad Sabu diberikan taklimat oleh Laksma Khalid Jaafar dan Kepten Azhar Baharum. 

9A6295E1 5716 4DAB 88A1 C32B52D3FAE8

45E70412 66D2 4535 8B1F 650C9EE212F5

307EA4A9 E3B9 4C56 A5B6 E2545CBF9B16

D5570821 3533 4CCB A508 DBA13CAE1A07

ED6C8D0C 442E 4053 9F29 87596F37FF7C
Sekitar lawatan ulung Menhan ke Stesen LIMA TLDM

Beliau juga turut dibawa melawat menara kawalan Stesen LIMA di Pulau Layang-Layang. Selesai jamuan makan tengah hari, delegasi Menteri Pertahanan mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar sebelum berlepas ke Tawau pada sebelah petang menaiki pesawat TUDM C130.

Rujukan: 181018/05
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto: LK I TLS Zulhakimy

Last modified on Friday, 19 October 2018 02:36

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 462

Semalam 519

Bulan ini 5521

Keseluruhan 473210

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM