Oct 19

ROADSHOW TAKLIMAT LOG KOMPETENSI SIJIL AWASAN ANJUNGAN DAN LOG KOMPETENSI KURSUS APLIKASI PEGAWAI MUDA DI PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 18 Oktober 2018 – KD SULTAN IDRIS 1 telah melaksanakan Roadshow Taklimat Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) hari ini.

Taklimat yang diberikan oleh Pegawai Memerintah KDSI 1, Kepten Jamsari bin Tahir TLDM itu turut diserikan dengan kehadiran Panglima Pendidikan dan Latihan, YBhg Laksamana Muda Dato’ Rusli bin Ramli serta dihadiri pegawai di PTKK. Terdahulu, ketibaan YBhg Laksda Dato’ Rusli bin Ramli di PTKK telah disambut oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksda Zulhelmy Ithnain sebelum menerima tabik hormat daripada kumpulan Kawalan Kehormatan Suku PTKK.

1

2

3

4

5Sekitar Roadshow Taklimat Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan
Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu

Sesi taklimat yang dilaksanakan itu adalah untuk memberikan penerangan kepada Pegawai-Pegawai Memerintah unit pangkalan dan kapal di MPA Timur berkaitan pelaksanaan Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di kalangan Pegawai-Pegawai Muda yang akan diperjawatkan di unit-unit pangkalan dan kapal MPA Timur kelak.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan memastikan Pegawai-Pegawai Muda yang terlibat dapat menjalani latihan yang lebih komprehensif dengan penambahbaikan beberapa panduan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Log kompetensi ini juga dilihat dapat meningkatkan kemampuan dan pengetahuan seseorang pegawai muda itu selepas beliau diperjawatkan perjawatan pertama khususnya di kapal dan unit pangkalan.

Pengetahuan dan kebolehan dalam pengendalian kapal bagi melayakkan seseorang pegawai muda dikurniakan Sijil Awasan Anjungan akan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek dan tidak bergantung semata-mata kepada keputusan Pegawai Memerintah sahaja. Di samping itu juga, Log Kompetensi bagi pegawai-pegawai yang diperjawatkan di unit pangkalan juga akan dapat menjadi panduan dan penilaian terhadap kemampuan mereka dalam pelaksanaan tugas seharian sebagai seorang Pegawai Staf.

Dengan pelaksanaan program ini, pegawai-pegawai muda yang terlibat dapat menjalani latihan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Selain itu, inisiatif ini dilihat dapat melahirkan pegawai-pegawai muda yang lebih berkemampuan tinggi dan berpengetahuan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing yang telah ditetapkan. Ianya secara tidak langsung juga dapat membina keyakinan pada diri mereka dalam melaksanakan tugas mereka di unit dengan lebih berkesan.

 

Rujukan: 191018/02
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto: LK 1 TLS Zulhakimi
              LK 1 PNK Sumiah
              LK 1 PNK Hir Rahman

Last modified on Friday, 19 October 2018 13:46

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 463

Semalam 519

Bulan ini 5522

Keseluruhan 473211

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM