Dec 17

SMASHEX SIRI 7/2018 DAN DEMONSTRASI KEUPAYAAN SUBMARINE ESCAPE AND RESCUE SIRI 12/2018

KOTA KINABALU, 13 Dis 2018 – Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah melaksanakan bengkel Searching for a Simulated Submarine Casualty Exercise (SMASHEX) siri 7/2018 dan demonstrasi keupayaan Submarine Escape and Rescue siri 12/2018 pada 11 hingga 13 Disember 18. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan tatacara dan prosedur operasi Submarine Search and Rescue (SUBSAR Op) dan operasi Submarine Escape and Rescue (SMER Op) selain mempamerkan keupayaan Diving Support Vessel (DSV) Mega Bakti dan sistem SMER – Intervention (SMER-I) oleh Syarikat Target Mega Marine Sdn Bhd (TMMSB) serta Submarine Rapid Recovery and Assistant Group (SRAG). Bengkel telah dihadiri 42 peserta yang terdiri daripada warga TLDM sendiri serta wakil agensi awam lain iaitu Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan BADSA Sabah.

Majlis pembukaan bengkel SMASHEX telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain TLDM di Auditorium MPKS. Seterusnya sesi ceramah dilaksanakan oleh penceramah daripada MPKS serta agensi luar yang dijemput. Antara ceramah yang disampaikan termasuk Keselamatan Kapal Selam, Polisi Perubatan Bawah Air, Penyakit Bawah Air dan Rawatan, Organisasi SAR Negara dan pengenalan kepada ISMERLO. Selesai ceramah, semua peserta dibawa ke bangunan Submarine Conditioning Facilities (SCF) bagi menyaksikan demonstrasi escape trunk untuk melihat sendiri latihan sebenar bagaimana krew kapal selam menyelamatkan diri dengan keluar melalui escape trunk ke permukaan dengan menggunakan escape suit jenis Mk VI.

Gambar 1Perasmian bengkel SMASHEX oleh PAKS
Gambar 2
Ceramah bengkel SMASHEX
Gambar 3
Demonstrasi Escape Trunk

Para peserta turut diberi peluang belayar bersama kapal Mega Bakti selama dua hari dua malam bagi melihat sendiri demonstrasi keupayaan SMER-I yang dipamerkan oleh kapal tersebut. Demonstrasi dimulai dengan kapal melaksanakan 4-point mooring di lokasi demonstrasi. Sebelum demonstrasi SMER-I dimulakan, para peserta telah diberi taklimat oleh TMMSB serta walking brief terhadap kelengkapan menyelamat yang terdapat di atas kapal tersebut. Demonstrasi dimulakan dengan evolusi penggunaan GPS Intelligence Bouy System (GIBS) dan diikuti seabed survey oleh Intervention Remotely Intervention Vehicle (IROV), penurunan Mock Up Target (MUT), Emergency Life Support Stores (ELSS), pod posting dan debris removal oleh ROV dan demonstrasi Distress Submarine Ventilation & Depressurization system (DSVDS) oleh penyelam.

Gambar 4Taklimat Demonstrasi SMER-I oleh TMMSB

Pada hari terakhir pelayaran, taklimat Submarine Crew Recovery and Rescue Treatment telah disampaikan oleh Kapt (Dr) Nur Aina Nabilah binti Abd Karim. Seterusnya demonstrasi Escapees Recovery dilaksanakan oleh tim SRAG diikuti dengan demonstrasi Double Lock Decompression Chamber.

Majlis penutup dan penyampaian sijil bengkel SMASHEX 7/2018 dilaksanakan di anjungan kapal Mega Bakti dengan disempurnakan oleh Lt Kdr Noor Hazri Bin Mohd Dzohir TLDM, Ketua Cawangan Sumber Manusia MPKS. Keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektif dimana para peserta memahami sepenuhnya tatacara dan prosedur operasi SUBSAR dan SMER disamping keupayaan kapal Mega Bakti dalam melaksanakan operasi menyelamat kapal selam.

Gambar 5Penyampaian sijil penyertaan dan penutup SMASHEX

 

Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Oleh: PW II TMK Zainal Abidin bin Zainudin
Foto: LK KOM Faiza binti Saidin

Last modified on Monday, 17 December 2018 07:20

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 15

Yesterday 594

Month 16609

All 731122

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE