Dec 24

PERBARISAN TAHUNAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PUTERA MAKTAB TENTERA DIRAJA

WhatsApp Image 2018 12 22 at 12.12.55 PM

Putera MTD berpakaian segak dan berdisiplin menerima tepukan gemuruh para tetamu yang hadir

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong telah menyempurnakan Perbarisan Tahunan Putera dan Penyampaian Hadiah Putera MTD hari ini di Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perbarisan ini diadakan bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan Putera tingkatan 5 tahun 2018 menamatkan tempoh pengajian selama dua tahun di MTD. Kekuatan perbarisan pada pagi ini yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Wan Muhammad Ilmi Ruzain bin Muhammad Rudi, terdiri daripada 251 Putera tingkatan 5 dan 176 Putera tingkatan 4.
Selain acara perbarisan di padang kawad MTD, penyampaian hadiah Putera MTD turut disampaikan oleh YB Senator Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir ialah wakil Panglima Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, wakil Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi, Ketua Staf Markas Tentera Darat, wakil Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Hj Mohd Ridzuan bin Hamzah, Asisten Ketua Staf Material, wakil Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, Panglima Wilayah Udara 1, pegawai-pegawai kanan Tentera dan Awam, serta ibu bapa putera MTD.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel : Lt Mohamad Farhan bin Abdul Razak TLDM
Jurufoto : LK TNL Mohammad Idris bin Suradi

Klik ke galeri

Last modified on Friday, 28 December 2018 01:55

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 21

Yesterday 594

Month 16615

All 731128

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE