Dec 24

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-52 PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA

PERHEBATMenteri Pertahanan menyempurnakan penganugerahan sijil kepada bakal pesara dan veteran tentera yang berjaya menamatkan pengajian

KUALA LUMPUR, 23 Dis - Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu hadir mewakili Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen ke-52 Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Wisma Perwira ATM.

Seramai 1,162 bakal pesara dan veteran tentera telah terlibat dalam majlis istiadat ini dengan pecahan sebanyak 395 penerima Diploma Kemahiran Malaysia (RPEL-Recognition of Prior Experiental Learning), 45 penerima Sijil Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat Berlesen (Yayasan PENERAJU-PERHEBAT) dan 722 graduan Latihan Peralihan PERHEBAT.

Graduan Latihan Peralihan PERHEBAT dianugerahkan pensijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kemahiran Ketukangan (SKK) yang diiktiraf CIDB, Sijil Kebersihan Keselamatan Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil PERHEBAT dengan pengiktirafan industri bagi kursus Homegrown.

Menteri Pertahanan turut menyaksikan upacara pertukaran MOU di antara PERHEBAT dan rakan strategik.

Turut hadir ialah Timb Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Jen Dato' Seri Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, pegawai-pegawai kanan Tentera dan Awam, para graduan PERHEBAT serta keluarga.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Oleh : Lt Mohamad Farhan bin Abdul Razak TLDM
Foto : LK TNL Mohammad Idris bin Suradi 

Klik ke galeri

Last modified on Friday, 28 December 2018 02:54

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 587

Yesterday 636

Month 16587

All 731100

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE