Apr 18

AUDIT SIAGA PAT 2019 DI PUSAT LATIHAN KAPAL SELAM DAN KD TUN RAZAK

MPKS UtamaPanglima Angkatan Kapal Selam dan Panglima Kesiagaan TLDM bergambar
bersama 
Tim Audit serta pegawai-pegawai Pusat Latihan Kapal Selam dan KD TUN RAZAK

KOTA KINABALU, 17 APR - Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) dan KD TUN RAZAK (KD TRZ) antara unit yang diberi kepercayaan dan mandat dalam TLDM untuk memperoleh Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera tahun 2019 melalui audit yang telah dilaksanakan pada 16 hingga 17 Apr 19 oleh Tim Audit Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM. Tim Audit terdiri daripada 4 pegawai dan diketuai oleh Panglima Kesiagaan TLDM, Laksamana Pertama Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy.

Anugerah SIAGA PAT merupakan satu pengiktirafan kepada sesuatu unit atau kapal yang mempamerkan kesiagaan dan pengoperasian tertinggi.

Sesi audit dimulakan dengan sesi taklimat oleh Kdr Mohd Reduan bin Ayob TLDM, Pegawai Memerintah KD TUN RAZAK dan Kdr Kamarul Baharin bin Yeop Hashim TLDM, Pegawai Laksana PLKS di Bilik Mesyuarat Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS). Selesai taklimat, lawatan telah dilaksanakan di sekitar fasiliti PLKS dan ke kapal KD TRZ di Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. Pada masa sama, sesi pemeriksaan dokumen turut dilaksanakan.

Kriteria audit merangkumi aspek fizikal dan dokumentasi serta penilaian terhadap perkhidmatan teras dalam mematuhi dan menepati dasar serta arahan yang dikeluarkan.

Sumber : Pusat Latihan Kapal Selam
Artikel   : Lt Dya Mohamad Huzairie bin Abdul Halim TLDM
Foto      : Lt Muhammad Farid bin Mohamad TLDM

Klik ke galeri

Last modified on Thursday, 18 April 2019 09:40

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 92

Yesterday 796

Month 2902

All 796562

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE