Apr 27

MARKAS ANGKATAN TUGAS BERSAMA 2 ANJUR MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN SEMPENA HARI TLDM KE-85

MkATBPegawai Agama Unit, Lt Muhamad Farhan memimpin majlis
tahlil dan bacaan yassin

TAWAU, 25 Apr – Majlis Tahlil telah diadakan di Surau Al-Husna, Kem Kukusan sempena menyambut Hari Ulang Tahun TLDM Ke 85 yang bertemakan ‘Armada Siaga, TLDM Perkasa’. Majlis dimulakan dengan menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah seterusnya bacaan Yassin dan Tahlil disusuli dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah. Majlis tersebut dipimpin oleh Pegawai Agama Unit iaitu Lt Muhamad Farhan bin Ramli (3014781).

Majlis ini dilaksanakan bagi mensyukuri nikmat serta memohon keberkatan dan kesejahteraan seluruh warga TLDM yang berkhidmat di bawah naungan Markas Angkatan Tentera Bersama 2 (Mk ATB 2) daripada Yang Maha Esa supaya dijauhkan daripada sebarang malapetaka sepanjang menjalankan tugas demi menjaga kedaulatan dan kepentingan maritim Malaysia. Seluruh warga TLDM Mk ATB 2 juga memanjatkan doa supaya dikurniakan kesihatan yang baik dan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang penugasaan di barisan hadapan negara bagi mencapai misi dan visi TLDM.

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil ini juga dilaksanakan bagi meningkatkan nilai kerohanian diri pada setiap warga. Selain itu, perlaksanaan majlis sebegini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk warga Navy People dan seluruh warga Mk ATB 2 mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa serta mampu membendung gelaja tidak sihat dan tidak bermoral.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (POH)
Artikel   : BK JTP (I) Robin Ak Jelian
Foto      : Kpl U Md Norsidi Bin Saiban

Last modified on Sunday, 28 April 2019 07:38

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 502

Yesterday 531

Month 14563

All 729076

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE