Apr 27

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-85 MARKAS ANGKATAN TUGAS BERSAMA 2

Gambar 3KATB 2 dan Pengarah MMCC mengambil gambar kenangan bersama warga ATB 2

TAWAU, 26 Apr - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-85 yang bertemakan 'Armada Siaga, TLDM Perkasa', seluruh warga Navy People yang berkhidmat di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) telah mengadakan satu majlis ringkas. Majlis ini dikoordinasikan oleh seluruh warga Navy People MK ATB 2, bertujuan mengeratkan silaturahim diantara ketiga – tiga perkhidmatan ATM. 

Majlis memotong kek ini disempurnakan oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Dato’ Zarondin bin Md Amin dan diiringi oleh Pengarah Malaysian Maritime Command Centre (MMCC) Kept Pulendren A/L Paramasivam TLDM serta anggota TLDM yang termuda di unit MK ATB 2 iaitu LK I PNK Norfarhana binti Nordin.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 amat berbangga di atas komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga Navy People MK ATB 2 sepanjang majlis berlangsung. Kesimpulannya sambutan HUT TLDM ke-85 yang bertemakan 'Armada Siaga, TLDM Perkasa', pastinya akan menginjak pasukan ini ke dimensi baharu dalam mengharungi liku-liku kehidupan untuk 'Sedia Berkorban' pada masa akan datang.

Sumber : Perhubungan Awam MK ATB 2
Artikel   : PW II PNK Armanshah / BK JTP (I) Robin
Foto      : PBT Muhammad Aizzat

Last modified on Saturday, 27 April 2019 09:54

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 463

Yesterday 531

Month 14524

All 729037

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE