WhatsApp Image 2020 09 29 at 20.02.34

KUALA LUMPUR, 29 Sep - Majlis Request Pleasure of Your Company (RPC) bersama ahli-ahli kelab bintara Markas Tentera Laut telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan tertutup KD Sri Gombak.

Ia merupakan upacara yang diadakan julung-julung kalinya bagi memperkenalkan barisan AJK sesi 20/21. Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Bintara Markas Tentera Laut Sesi 20/21 yang telah dilantik. Semoga barisan AJK sesi 20/21 dapat memberi komitmen dengan semangat kerjasama diantara satu sama lain. Sentiasa berpandangan positif dalam melaksanakan amanah serta berkepimpinan yang berwibawa.

Rujukan : 300920/01
Sumber : Kelab Bintara Markas Tentera Laut
Artikel   : BM TLR Adik Muhammad Fikri bin Mohd Noh

WhatsApp Image 2020 09 22 at 3.33.06 PM 2 Panglima Tentera Laut menerima Buku Pelan Antirasuah
daripada Panglima Angkatan Tentera

KUALA LUMPUR 22 Sep – Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-87 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. 

Acara disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan dihadiri warga ATM termasuk Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Perbarisan kali ini melibatkan 51 orang pegawai dan 901 orang anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan dengan konsep perbarisan tempur statik. Acara turut menyaksikan terbang lintas hormat pesawat helikopter membawa bendera ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera juga menyempurnakan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara dan penyampaian Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada wakil petugas barisan hadapan ATM yang terlibat dalam Op Penawar dan Op Benteng. Beliau turut menyampaikan Buku Pelan Anti Rasuah kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan sempena Pelancaran Pelan Antirasuah ATM.

Sumber : BHEA-J7
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohamad Idris bin Suradi / LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad 

Klik ke galeri


Pangkat UtamaWarga KDSM yang dinaikkan pangkat bergambar bersama PANGWILLA 2

SEMPORNA, 10 Ogos – Seramai 16 orang pegawai dan anggota KD SRI SEMPORNA telah dinaikkan pangkat pada majlis ringkas yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sabri bin Zali, Panglima Wilayah Laut 2.

YBhg Pangwilla 2 dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga KDSM yang telah dinaikkan pangkat. YBhg Pangwilla 2 juga turut mengingatkan bahawa kenaikan pangkat turut diiringi dengan pertambahan tanggungjawab selain daripada memikul amanah yang lebih besar.

Disamping itu, beliau turut berpesan akan kesan daripada kegagalan merencanakan masa hadapan sekiranya kesemua anggota memilih untuk menamatkan perkhidmatan dengan tidak berpencen. Beliau mengingatkan agar keterampilan yang baik serta sifar permasalahan disiplin perlu dikekalkan oleh kesemua peringkat warga Navy People dalam memelihara imej organisasi TLDM khasnya dan ATM amnya.

Sekalung Tahniah, Rezeki Barakah

Sumber : Unit Perhubungan Raya KD SRI SEMPORNA – Unit 2 PASKAL
Artikel   : Lt Talhah bin Abd Karim TLDM
Foto      : LK TLR Ahmad Zaki bin Rail

Kdr Ir. Dr Arman Ariffin TLDM di Konvension Antarabangsa Smart Ship Technology, London pada tahun 2016
Kdr Ir. Dr Arman Ariffin TLDM di Konvension Antarabangsa
Smart Ship Technology, London pada tahun 2016

Kdr Ir. Dr Arman Ariffin TLDM adalah seorang Pegawai Kejuruteraan TLDM yang pertama dianugerah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan.  Beliau memperoleh PhD secara kajian  (by research) dari École Nationale Supérieure de Techniques Avancées (ENSTA) Bretagne, Université de Bretagne Occidentale, Perancis pada tahun 2017, pengkhususan dalam Mechanics, Fluid Mechanics and Energy. Lebih membanggakan, beliau telah berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh 3 tahun sahaja. 

Perkongsian ilmu Kdr Ir. Dr Arman dengan pakar kejuruteraan seluruh dunia telah mengharumkan nama TLDM dan Malaysia. Beliau telah menghasilkan dan membentangkan beberapa kertas kerja kejuruteraan di konvension antarabangsa di merata dunia termasuk Perancis, United Kingdom, Jerman, Belanda, Sweden, Portugal dan Jepun sejak tahun 2014.  Kepakaran beliau yang bernilai tinggi menyaksikan Kdr Ir. Dr Arman dilantik sebagai Ahli Tetap kepada International Maritime Organisation (IMO) yang beribu pejabat di London bagi Sub-committee Ship Design and Construction (SDC). 

Selain sumbangan kepada komuniti jurutera profesional antarabangsa, Kdr Ir. Dr Arman juga merupakan ahli Special Action Committee (SAC) TLDM untuk mengkaji dan menyelesaikan beberapa permasalahan kejuruteraan kapal TLDM, dimana sebahagian isu tersebut telah berjaya diselesaikan.

Di luar kerjaya sebagai pegawai TLDM, Kdr Ir. Dr Arman turut aktif dalam sukan lasak triathlon.  Beliau merupakan seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang lulus pra-kelayakan (pre-qualification) pertandingan Ironman Distance Triathlon (3.8km Swim, 180km Bike and 42km Marathon) pada tahun 2005 di Langkawi, iaitu salah satu race course yang paling mencabar di dunia.  Beliau menduduki tempat kedua (first runner-up) dalam tempoh masa yang ditetapkan dan telah diberi satu slot untuk menyertai World IRONMAN Championship Race di Kona, Hawaii pada tahun tersebut yang turut disertai atlet triathlon profesional seluruh dunia.  Namun begitu, beliau tidak dapat menyertai pertandingan tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pencapaian, sumbangan dan keberhasilan Kdr Ir. Dr Arman ini amat membanggakan TLDM, selain telah mengharumkan nama Malaysia. Ianya boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.  

Sumber : Markas Tentera Laut Bahagian Kejuruteraan

Artikel   :    Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung

JM1Bergambar bersama anak-anak Rumah Anak Yatim Anjung Kasih, Langkawi

LANGKAWI, 18 Dis – Satu program jiwa murni bersempena OP PATKOR MALINDO Siri 146/19 telah dilaksanakan bertempat di Rumah Anak Yatim Anjung Kasih, Langkawi melibatkan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).

Program ini telah berlangsung seawal jam 0830H yang mana telah dirasmikan bersama oleh Ketua Gugusan Tugas TLDM, Kdr Mehamad Khairun bin Zakaria TLDM dan Asisten Logistik KOARMADA I TNI-AL, Kolonel Laut (T) Gatut Setiawan. Sebagai simbolik kepada acara perasmian program ini, aktiviti penanaman pokok telah dilaksanakan di perkarangan rumah anak yatim ini. Di kesemepatan itu juga, warga terlibat telah mengambil peluang untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim dalam menerapkan hubungan persaudaraan dan keprihatinan kepada masyarakat.

Aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela di kalangan warga tentera ini telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada anak-anak yatim terlibat. Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini berlangsung adalah seperti mengecat dinding, memperbaiki lanskap dan pembersihan kawasan persekitaran.

Program ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama anak-anak yatim dan jamuan ringan oleh pihak penganjur pada jam 1100H.

Sumber : Perhubungan Awam MAWILLA 3
Artikel   : BK TLR Mohd Faderullah bin Mohd Ragi
Foto      : LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin

Klik ke galeri

Lumba Basikal ISG2019TLDM dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal ISG2019

MELAKA, 15 Nov - Kejohanan Lumba Basikal Antara Perkhidmatan ATM 2019 telah diadakan di Kem Terendak Melaka mulai 11 Nov hingga 14 Nov 19. Kejohanan yang dianjurkan oleh Tentera Darat Malaysia ini merangkumi 3 kategori iaitu Kategori Lebuh Raya 80 Km, Mountain Bike 40Km dan Ujian Masa Berpasukan 40Km dimana setiap kategori menyumbang mata kepada mata keseluruhan pasukan.

Bagi acara Lebuh Raya 80Km juara keseluruhan ialah LK I PAP Mohd Zamri bin Salleh, tempat kedua ialah LK TNL Mohd Afiq Huznie bin Othman dan ketiga LK JJM Irwandie bin Lakasek seterusnya TLDM menjadi juara keseluruhan bagi acara tersebut.

Manakala pada hari kedua kejohanan bagi Acara Mountain Bike dimenangi oleh Koperal (U) Muadz bin Abd Rahim, Rgr Mohd Zahin bin Waahi di tempat kedua dan PW I Mohd Zukhri bin Tahir dari Tentera Darat Malaysia. Johan keseluruhan bagi acara tersebut jatuh kepada Tentera Darat Malaysia, manakala TLDM ditempat kedua dan TUDM di tempat ketiga.

Seterusnya pada hari ketiga kejohanan bagi Acara Ujian Lebuh Raya Berpasukan 40 km juara keseluruhan dimiliki TLDM dengan catatan masa 51 minit 31 saat, diikuti Tentera Darat Malaysia ditempat kedua dan TUDM di tempat ketiga.

Johan keseluruhan dengan mata terkumpul sebanyak 13 mata dimiliki TLDM seterusnya TDM dengan 11 mata dan TUDM dengan 3 mata.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kali ini disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para Brigadier Jeneral Hj Semaon bin Haji Marjuki dengan kehadiran dari MSAT, LSTD, Lekas, LSTU dan Pengerusi Persatuan Lumba Basikal setiap perkhidmatan.

Kejohanan yang diadakan ini berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini.

tembakLaskar Dalam Latihan (LDL) memanfaatkan pengalaman kali pertama menjalani
latihan menembak dan mengedalikan senjata kecil

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Markas Tentera Laut (MTL) telah mengadakan latihan penembakan senjata kecil yang berlangsung pada 7 hingga 8 Okt 19 bertempat di Lapang Sasar Kem Perdana Sg Besi, Kuala Lumpur.

Anggota telah melibatkan diri dalam latihan yang terdiri daripada pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM (PSSTLDM) yang mana senjata yang digunakan termasuklah Colt M4 Carbine, Glock 17, Vektor, HK P2000 dan juga Glock 26.

Latihan penembakan kali ini adalah untuk menguji tahap keberkesanan senjata yang digunakan di dalam perkhidmatan dan meningkatkan tahap kemahiran mengendalikan senjata kecil selain daripada menguji tahap keberkesanan senjata dan memenuhi latihan tahunan.

Melalui latihan ini juga, ia dilihat mampu untuk meningkatkan tahap disiplin serta rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota ketika menggendalikan senjata sewaktu menjalankan tugas.

Sumber : Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt M Maryam Merlisa binti Ibrahim PSSTLDM
Foto      : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Karnival Hari ATM86Karnival Hari ATM 2019 meriah dengan lebih 80 ribu pengunjung

LUMUT, 29 Sep - Karnival Hari ATM 2019 telah berlangsung buat julung kalinya di Pangkalan TLDM Lumut bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-86.

Dengan tema 'Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada, karnival tersebut telah dirasmikan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin. Karnival selama dua hari ini telah menarik minat lebih 80 ribu orang untuk hadir, melebihi sasaran 70 ribu pengunjung yang ditetapkan oleh penganjur.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti demonstrasi Pasukan Khas ketiga-tiga perkhidmatan ATM, pertunjukan udara oleh pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pameran aset-aset ketenteraan, pertandingan Eco Challenge dan memancing. Pengunjung juga berpeluang melawat kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta menaiki boat ride di sekitar jeti pangkalan.

Orang ramai yang hadir bukan sahaja akan terhibur malah pada masa yang sama dapat mempelajari dunia ketenteraan sebenar yang penuh dengan peranan dan tanggungjawabnya tersendiri dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan Negara.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany sebagai tuan rumah hadir bersama panglima perkhidmatan yang lain - Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.

Sumber : Bahagian Ehwal Awam - J7 Markas ATM

Klik ke galeri

Hall Of FameA momento from the Chief of Defence Force to the Chief of Navy as a
symbolic gesture of his induction as the 14th Hall of Fame member

KUALA LUMPUR, 23 Aug 19 – The Chief of Navy, Admiral Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany was inducted as the 14th member of Malaysian Armed Forces Staff College (MAFSC) Hall of Fame today.

The ceremony was officiated by the Chief of Defence Force, General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.
As an MAFSC alumni of 2001, Datuk Mohd Reza recorded his appreciation to the Hall of Fame members before him and that he is proud to be counted as one of the esteemed group.

Datuk Mohd Reza also expressed happiness in being able to meet with fellow course participants of MAFSC 30/2001 including Maj Gen Datuk Hasan bin Ali, Rear Admiral Ir Saiful Adli Chung bin Abdullah, Maj Gen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman RMAF, Maj Gen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris RMAF and Brig Gen Hj Zawawi bin Hj Adam.

Also present at the event were Air Force Chief Gen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang RMAF, National Defence University Deputy Vice Chancellor, Emeritus Prof Dato’ Tengku Mohd bin Tengku Sembok, the MAFSC Commandant, Brig Gen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, the College board of Governors and students.

There was also a surprise celebration for Datuk Mohd Reza and Tan Sri Hj Affendi who had their birthdays on the 13th and 21st August respectively.

Source: Strategic Communication Department, RMN Headquarters

9 Ogos - Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Delegasi ini yang terdiri daripada 13 orang pensyarah diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Mohd Kahar.

1
Pengarah Sistem Informasi dan Timbalan Dekan Fakulti
berbincang hala tuju kerjasama TLDM - UMP

Perbincangan selama hampir dua jam ini merangkumi kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam latihan atau seminar berkenaan perkembangan dan pembangunan ICT serta Big Data Analytic (BDA). TLDM juga menawarkan untuk menjadi platform kajian bagi penyelidikan yang memberi manfaat kepada perkhidmatan dan bersedia memberikan kerjasama yang sewajarnya. Delegasi dari UMP menunjukkan minat untuk bersama-sama terlibat dengan Research and Development (R&D) dalam ICT TLDM kerana banyak peluang yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar untuk meneroka industri baru.

2
Delegasi UMP bergambar di Pejabar Sistem Informasi

Kemuncak perbincangan, kedua-dua pihak bercadang untuk melaksanakan kerjasama antara TLDM dan UMP bagi merealisasikan matlamat yang bakal memberi manfaat kepada semua.

Sumber : Cawangan Informasi MkTL - KSI
Artikel : Lt Kdr Eini Suriani binti Louis TLDM

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 534

Yesterday 750

Month 534

All 838388

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE