×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 977

Lumut, 17 Okt 18 – Majlis Meraikan Penutup Sukan Awasan PROTELA Lumut didalam kejohanan Sukan Antara Awasan tahun 2018 bersama Warga PROTELA Lumut telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bangunan 6.2 PROTELA Lumut. Majlis yang julung kalinya diadakan ini telah dihadiri oleh Asisten Marsyal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM,Pegawai Laksana (XO) Lt Kdr Mohd Asuwadi bin Mat Yacob TLDM serta warga PROTELA Lumut. 

DSC 1136
Sesi bergambar untuk meneruskan sukan Futsal
DSC 3669
Pertandigan bola tampar antara Awasan
DSC 4919
Larian marathon sejauh 5KM
DSC 4958
AMP menyampaikan piala pusingan kepada peserta
DSC 4974
Ucapan AMP
IMG 20181012 112612
Pertandingan Badminton antara awasan

Dalam teks ucapan beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa pasukan PROTELA Lumut kerana telah Berjaya melaksanakan kejohanan Sukan Antara Awasan pada tahun ini. Kejohanan yang penuh bermakna ini, kita semua berpeluang untuk sama-sama melibatkan diri berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan komitmen kita kepada pasukan yang kita wakili. Kejayaan yang dikecapi adalah satu usaha untuk mewujudkan semangat setiakawan,muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu kejayaan untuk dikongsi bersama-sama. AMP menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerana telah memberi sokongan yang padu sepanjang kejohanan ini berlangsung, dengan suntikan semangat inilah dapat mengeratkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan warga,menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan,tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan bersatu padu,bertoleransi,sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang menang. Akhir kata dari beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diatas kejayaan yang dikecapi. Majlis disempurnakan dengan penyampaian piala pusingan oleh AMP kepada barisan dan mengambil bahagian dalam acara ini.



Rujukan: 181018/03
Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Jurufoto: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

SANDAKAN, 17 Oktober 2018 – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja SRI TIGA (KD SRI TIGA) hari ini telah melaksanakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP DIOSCORO PAPA (PS 381) untuk menjayakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) Siri 16/18 yang dianjurkan di bawah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan kerjasama 3 buah negara Malaysia, Indonesia dan Filipina. Pertemuan kali ini telah dilaksanakan di sekitar garis sempadan maritim di antara kedua-dua buah negara iaitu 7 Batu Naunika Timur Laut Pulau Mataking, Malaysia. Kedua-dua buah kapal tersebut sedang melaksanakan rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM). Pertemuan TMP kali ke-16 pada tahun ini telah dilaksanakan seawal jam 9.00 pagi setelah hubungan komunikasi keduanya berjaya dilakukan melalui saluran 16 I-com. Pertemuan bermula dengan BRP DIOSCORO PAPA yang diperintah oleh Lt Rey Remigo PN, merapat di sebelah lambung kanan KD SRI TIGA yang diperintah oleh Lt Kdr Kamarulzaman bin Kamaruddin TLDM. Ketibaan BRP DIOSCORO PAPA disambut baik oleh Pegawai Memerintah KD SRI TIGA dan dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat. Rondaan bersama dan pertemuan ini adalah bertujuan bagi perkongsian maklumat berkaitan ancaman semasa di kawasan persempadanan perairan kedua-dua buah negara termasuklah isu aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, perlanunan, Kidnap For Rangsom (KFR) serta Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). 

GAMBAR 1
BRP DIOSCORO PAPA merapat di Lambung Kanan KD SRI TIGA
GAMBAR 2
Acara Menandatangani Buku Pelawat Oleh PM BRP DIOSCORO PAPA
GAMBAR 3
Sesi Bergambar KD SRI TIGA Dan BRP DIOSCORO PAPA Sebelum Memulakan Latihan
GAMBAR 4
Sesi Bergambar KD SRI TIGA dan BRP DIOSCORO PAPA
GAMBAR 5
Latihan Semaphore

Krew kedua-dua kapal juga saling melaksanakan lawatan ke kapal masing-masing dan melaksanakan beberapa siri latihan bersama. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Replenishment at Sea Approach (RASAP), Kibaran Bendera (Semaphore), Publication Exercise (PUBEX) dan Latihan Manuvra Taktis (MANTAK). Kesemua latihan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektifnya. Inisiatif rondaan TMP telah terbukti memberi manfaat yang baik dan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Eastern Sabah Security Zone (ESSZone) dan wajar untuk diteruskan pada masa akan datang. Usaha sama ini juga dilihat telah memberikan banyak kebaikan dan keyakinan kepada negara serantau khususnya dalam tahap keselamatan maritim di Laut Sulu dan Sulawesi. Kedua-dua Pegawai Memerintah juga bersetuju inisiatif ini telah berjaya menurunkan kadar jenayah rentas sempadan sejak ianya dilaksanakan dengan beberapa siri pertemuan di laut yang dilakukan sebelum ini. Selesai pertemuan, kedua-dua kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.



Rujukan: 181018/02
Sumber:Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD SRI TIGA
Artikel: Lt Dya Sivasutan a/l Thanjappan TLDM
Jurufoto: LK I TMK Mohammad Sharul Amiy bin Mohamad Rosli

KOTA KINABALU, 16 Okt 18 – Kerjasama yang erat antara negara – negara jiran perlu dipelihara bagi memelihara kesejahteraan di samping memupuk kerjasama dan persefahaman yang tinggi antara satu sama lain. Passing Exercise (PASSEX) merupakan antara latihan yang mampu memelihara hubungan baik yang telah lama terjalin di antara kerajaan Malaysia dan Brunei.

Untuk itu, KD KELANTAN telah melaksanakan PASSEX bersama kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), KDB BERKAT yang merangkumi beberapa latihan seperti PXP (Personel Exchange People), MANEX (Manouvering Exercise), PXP (Personel Exchange People), PUBEX (Publication Exercise) dan Flag Hoist. Selain itu, KD KELANTAN telah menerima kunjungan melibatkan seorang pegawai dan 2 orang anggota TLDB. KD KELANTAN juga turut menghantar wakil yang terdiri daripada seorang pegawai dan 2 orang anggota ke KDB BERKAT.

1KD KELANTAN megah membelah samudera
2
Flag Hoist dari KD KELANTAN
3
PXP (Personel Exchange People) antara KD KELANTAN dan KDB BRUNEI
4
MANEX (Manouvering Exercise) bersama Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB)

Sepanjang lawatan tersebut, sesi taklimat dan penerangan dilaksanakan bertujuan memberikan gambaran yang jelas mengenai peranan Skuadron Kapal Ronda Ke -17 di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Siri lawatan dan latihan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tentera Laut Diraja Brunei oleh Pegawai Memerintah KD KELANTAN sebelum ketiga-tiga pegawai dan anggota kembali ke KDB BERKAT.

 

Rujukan: 181018/01
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Lt Dya Mohammad Faidz Zalani TLDM – KD KELANTAN/Armada Timur
Jurufoto: Lt Dya Mohammad Faidz Zalani TLDM – KD KELANTAN/ Armada Timur

Lumut, 17 Okt – SKUADRON 501 (SKN 501), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meraikan pencapaian helikopter Super Lynx Mk 100 yang telah berjaya mencapai 10,000 jam penerbangan pada 31 Ogos 2018 yang lalu. Pencapaian ini membuktikan keupayaaan helikopter ini dan sikap profesionalisme semua krew SKUADRON 501 di dalam melaksanakan setiap misi yang ditugaskan dengan jayanya. Bagi meraikan kejayaan ini, Syarikat Leonardo Aeroangkasa, Pertahanan dan Keselamatan yang diwakili Mr. Roberto Parciasepe, Pengurus Perniagaan Serantau dan Mr. Lorenzo Pariani, Ketua Rantau Asia Tenggara telah mengiktiraf pencapaian membanggakan ini dengan penyerahan plak kepada Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad dan Panglima Udara, Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus dalam suatu majlis di Ballroom, Ritz Garden Hotel, Seri Manjung.

Gmbr 1Penyerahan plak Pengiktirafan Pencapaian daripada wakil
syarikat Leonardo Aerospace, Defence and Security
Gmbr 2
Antara wajah SKN 501 yang hadir

10,000 jam penerbangan ini merupakan jumlah terkumpul bagi kesemua enam buah helikopter jenis Super Lynx milik TLDM. Mengimbau di awal penubuhan SKN 501, TLDM telah menerima Super Lynx pertama pada 3 March 2003 manakala baki lima buah lagi diterima secara berperingkat sehingga Jun 2004. Kesemua helikopter ini dilengkapi dengan sistem persenjataan canggih yang menjadikan helikopter ini tercanggih di dalam kelasnya pada ketika itu. TLDM juga merupakan pengguna pertama Super Lynx yang menggunakan enjin berkuasa tinggi seperti CTS800 yang menjadi enjin tunjang kepada helikopter-helikopter multi-role maritim generasi baru seperti AW159. Justeru, perolehan helikopter ini telah memperkasakan kesiagaan armada TLDM. Super Lynx berupaya melaksanakan misi primer seperti Peperangan Anti Permukaan, Peperangan Anti Kapal Selam, pengawasan maritim dan Over the Horizon Targeting (OTHT). Selain itu helikopter ini juga mampu melaksanakan misi sekunder seperti bantuan penembakan laut, Medical Evacuation (MEDEVAC) dan operasi-operasi khas bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Sepanjang perkhidmatan, helikopter ini telah terlibat dengan pelbagai operasi dan eksesais bersama agensi-agensi dari dalam dan luar negara. Selain itu, Super Lynx pernah terlibat di dalam usaha mematahkan cubaan rampasan kapal MV NAUTICA JOHOR BAHRU di Laut China Selatan dengan mengesan dan memintas kapal tersebut. Manakala sewaktu insiden di Lahad Datu, Super Lynx menambah keupayaan pengawasan kapal-kapal TLDM dan menjadi platform tembakan bantuan bagi mengelakkan pencerobohan berlaku. Pencapaian 10,000 jam penerbangan ini adalah merupakan hasil titik peluh dan keringat semua krew SKUADRON 501. Lebih membanggakan, ianya dicapai tanpa melibatkan sebarang kemalangan atau kehilangan nyawa.

Panglima Armada Barat dalam ucapan beliau menyatakan rasa bangga dan berharap agar prestasi terbaik ini mampu dikekalkan dan menjadi pemangkin semangat kepada kesemua warga SKN 501 yang bekerja rapat di dalam bidang penerbangan dalam perkhidmatan TLDM untuk memberikan yang terbaik demi Negara, Agama dan masyarakat.

Gmbr 3Panglima Armada Barat menzahirkan rasa bangga terhadap
pencapaian 10,000 jam SUPER LYNX
Gambar 4
Mr. Roberto Parciasepe dan Mr. Lorenzo Pariani mendengarkan perkongsian
Panglima Armada Barat
Gmbr 5
SUPER LYNX kekal siaga dan terus beraksi demi TLDM

 

Rujukan: 171018/02
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

SANDAKAN, 16 Oktober 2018 – KD SULTAN IDRIS 1 telah melaksanakan Roadshow Taklimat Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) hari ini.

Taklimat yang diberikan oleh Pegawai Memerintah KDSI 1, Kepten Jamsari bin Tahir TLDM itu turut diserikan dengan kehadiran Panglima Pendidikan dan Latihan, YBhg Laksamana Muda Dato’ Rusli bin Ramli serta dihadiri oleh semua Pegawai di MAWILLA 2 dan Kapal-Kapal yang berlabuh di TPS. Terdahulu, ketibaan YBhg Laksda Dato’ Rusli bin Ramli di MAWILLA 2 telah disambut oleh Timbalan Panglima Wilayah Laut 2, Kepten Zahari bin Samsuri TLDM sebelum menerima tabik hormat daripada kumpulan Kawalan Kehormatan Suku MAWILLA 2.

GAMBAR 1Ketibaan Panglima Pendidikan dan Latihan disambut
oleh Timbalan PANGWILLA 2
GAMBAR 2
Panglima Pendidikan dan Latihan menerima tabik hormat

Sesi taklimat yang dilaksanakan di Auditorium MAWILLA 2 itu dilaksanakan adalah untuk memberikan penerangan kepada Pegawai-Pegawai Memerintah unit pangkalan dan kapal di MAWILLA 2 berkaitan pelaksanaan Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di kalangan Pegawai-Pegawai Muda yang akan diperjawatkan di unit-unit pangkalan dan kapal MAWILLA 2 kelak.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan memastikan Pegawai-Pegawai Muda yang terlibat dapat menjalani latihan yang lebih komprehensif dengan penambahbaikan beberapa panduan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Log kompetensi ini juga dilihat dapat meningkatkan kemampuan dan pengetahuan seseorang pegawai muda itu selepas beliau diperjawatkan perjawatan pertama khususnya di kapal dan unit pangkalan. Pengetahuan dan kebolehan dalam pengendalian kapal bagi melayakkan seseorang pegawai muda dikurniakan Sijil Awasan Anjungan akan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek dan tidak bergantung semata-mata kepada keputusan Pegawai Memerintah sahaja. Di samping itu juga, Log Kompetensi bagi pegawai-pegawai yang diperjawatkan di unit pangkalan juga akan dapat menjadi panduan dan penilaian terhadap kemampuan mereka dalam pelaksanaan tugas seharian sebagai seorang Pegawai Staf.

GAMBAR 3Antara Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pegawai MAWILLA 2 yang hadir
GAMBAR 4
Taklimat pembukaan oleh PM KDSI 1
GAMBAR 5
Taklimat oleh Panglima Pendidikan dan Latihan
GAMBAR 6
Bergambar kenangan bersama

Dengan pelaksanaan program ini, pegawai-pegawai muda yang terlibat dapat menjalani latihan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Selain itu, inisiatif ini dilihat dapat melahirkan pegawai-pegawai muda yang lebih berkemampuan tinggi dan berpengetahuan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing yang telah ditetapkan. Ianya secara tidak langsung juga dapat membina keyakinan pada diri mereka dalam melaksanakan tugas mereka di unit dengan lebih berkesan.


Rujukan: 171018/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Teluk Sepanggar, 15 Okt 18 – Hari yang penuh bersejarah ini menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Memerintah KD KELANTAN yang bertempat di geladak penerbangan KD KELANTAN. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Khalid bin Jaafar disaksikan oleh Pegawai Kanan dan seluruh warga KD KELANTAN. Lt Kdr Amron bin Sawat TLDM dinaikkan pangkat kepada Pemangku Komander TLDM mulai 7 Sep 18 diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD KELANTAN pada 27 Sep 18. Majlis bermula dengan ketibaan Timbalan Panglima Armada Timur yang disambut oleh Pegawai Kanan serta warga kapal KD KELANTAN. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Timbalan Panglima Armada Timur merakamkan ucapan tahniah kepada P/Kdr Amron bin Sawat TLDM di atas kenaikan pangkat dan berharap agar menjadi pemangkin dan sumber motivasi kepada warga The Navy People dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, bersemangat dan bersungguh-sungguh. Beliau juga turut menyatakan bahawa pangkat yang diberi datang bersama amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Majlis pemakaian pangkat ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Memerintah KD KELANTAN, P/Kdr Amron bin Sawat TLDM bagi memohon kemudahan dan keberkatan majlis yang telah dilaksanakan.

1Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya
2
Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Barat
kepada Pegawai Memerintah KD KELANTAN

 

 

Rujukan: 161018/01
Sumber: KD KELANTAN
Artikel: Lt Madya Mohammad Faidz bin Zalani TLDM
Jurufoto: KD KELANTAN

SANDAKAN, 14 Oktober 2018 – Tim Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari KD SRI SEMPORNA dan Pasukan Selam Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menyertai satu pameran sempena pelancaran Community Combat Daps (CCD), Komuniti Bebas Tanpa Dadah dan Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan Peringkat Sandakan pada hari ini.

Acara sambutan yang bertempat di Dataran Harbour Mall, Sandakan itu menyaksikan upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) yang juga merupakan Ahli Parlimen (ADUN) Batu Sapi, Sandakan. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan telah menjadi pengelola bagi program ini turut disertai oleh pasukan dari Jabatan Penjara Malaysia Sandakan, dan Jabatan Kesihatan Sandakan.

GAMBAR 1Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong dalam ucapan perasmiannya

Sejajar dengan objektif kerajaan yang mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor 1 negara, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh AADK termasuklah pemerkasaan komuniti bagi menangani najis dadah dengan pelancaran kempen ini. Di dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Liew Vui Keong turut menyatakan tugas memerangi dadah bukan terletak pada AADK dan Kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan komitmen semua pihak terutamanya komuniti setempat.

Jabatan Penjara Malaysia Daerah Sandakan telah memaparkan bahan pameran berkaitan pertuduhan yang boleh disabitkan ke atas seseorang itu apabila terlibat di dalam najis dadah tidak kira sebagai pengguna atau pun pengedar. Pameran peralatan-peralatan menjalankan hukuman sebat bagi pesalah dadah juga turut dipertontonkan bagi memberikan ketegasan kerajaan memberi amaran kepada orang ramai sekiranya mereka dijatuhkan hukuman berkaitan penyalahgunaan dadah. Dalam acara yang berlangsung hari ini juga, Unit Tabung Darah Hospital Sandakan turut menjalankan Program Derma Darah bagi memastikan bekalan darah di hospital sentiada mencukupi bagi keperluan perubatan di hospital.

Berlanjutan daripada kejayaan filem PASKAL mencatatkan kutipan yang tinggi di pawagam, khemah pameran TLDM tidak putus-putus dikunjung orang ramai bagi menyaksikan dengan lebih dekat apakah itu sebenarnya PASKAL. YB Datuk Liew juga juga sempat berkunjung ke khemas pameran PASKAL dan diberikan taklimat ringkas berhubung fungsi dan peranan PASKAL. Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama anggota-anggota PASKAL yang lengkap berpakaian operasi dan perang.

GAMBAR 2Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong melawat tapak pameran PASKAL
GAMBAR 3Antara pengunjung yang hadir di pameran PASKAL
GAMBAR 4Pameran senjata PASKAL
GAMBAR 5Sudut pameran karier sebagai seorang anggota PASKAL
GAMBAR 6Bergambar kenangan bersama

 

Rujukan: 151018/04
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

KOTA KINABALU, 13 Oct: KD SELANGOR based at Sepanggar completed an annual training that focused on countering terrorism and maritime threats with its Philippine counterpart in Cavite province in the Philippines. KD SELANGOR completed the MALPHI Laut 21/2018 exercise on 28 September at the Heracleo Alano Naval Base which commenced on 24 September. Commander of the Malaysian Navy Eastern Fleet Headquarters based in Sepanggar, Vice Admiral Datuk Abdul Rahman Haji Ayob said that the conduct of MALPHI Laut was a significant event which marked another milestone in the continuing effort to foster a closer and long-lasting Malaysia-Philippines navy relationship.

"It is also a vital step towards our journey to enhance and strengthen our mutual cooperation in a partnership for peace and an avenue for us to explore useful lessons and tactics to enhance our knowledge," he said. "This is realised through learning and sharing various training tactics that can be implemented between the two nations during maritime operations. Philippine Fleet Commander Rear Admiral Danilo R Rodelas said MALPHI Laut is a testament to the commitment to strengthening their friendship and showcasing how important both navy must come together and train towards achieving their common goals.

"This is imperative now more than ever for the challenges of the seas cannot be overcome alone but with one another," he said. "We must continue defending our seas against evolving threats such as piracy and terrorism. "Let us maintain international cooperation by working hand in hand in times of calamities, relief operations and maritime search and rescue efforts."

1

2

3

4

5Photo taken during the exercise

KD SELANGOR headed by Cdr Khairisharizal Salehin was formerly based at the Lumut Naval Base before it was transferred to Sepanggar in January this year. MALPHI Laut is the 21st iteration of its series started in 1994 as a defence cooperation between the Philippines and Malaysia which aims to enhance the interoperability, working relationship, camaraderie and strengthen the relationship and mutual cooperation between the two countries.

This is achieved through the development of combined operational doctrines, naval tactics and maritime patrol training activity that focuses on counter-terrorism, common maritime threats and other anti-illegal maritime activities.

 

Rujukan: 151018/03
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto: LK I TLS Zulhakimy

 

Lumut, 12 Okt 18 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM Ke-28 Tahun 2018 Zon Lumut dan Perak Selatan diadakan di Auditorium Venus, MPPL Pangkalan TLDM Lumut. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad. Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan ini merupakan penganugerahan kepada para pelajar anak-anak anggota ATM yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3, SPM dan bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Majlis ini dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Seramai 58 orang pelajar menerima penganugerahan ini.

Ianya turut diserikan dengan kehadiran Panglima-panglima, Pegawai-pegawai Memerintah dan Pegawai-pegawai Kanan, para ibubapa serta pelajar-pelajar yang terlibat. Majlis ini telah dikoordinasikan sepenuhnya oleh Markas Pangkalan Lumut selaku tuan rumah dan kerjasama daripada pihak Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan dimana tempat berlangsungnya majlis.

Majlis dimulai dengan bacaan doa seterusnya diikuti dengan ucapan oleh YBhg Panglima Armada Barat. Setelah upacara penyampaian anugerah selesai, para pelajar dan ibubapa tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Panglima dan Pegawai-pegawai kanan TLDM. Acara diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama Panglima dan semua yang diraikan.

GAMBAR 1Ucapan Perasmian Oleh YBhg PAB
GAMBAR 2
Sesi Penyampaian kepada Penerima PT3
GAMBAR 3
Sesi Penyampaian kepada Penerima SPM
GAMBAR 4
PAB Bersama-sama Keluarga Penerima
GAMBAR 5
Sesi Bergambar PAB bersama Semau Penerima PT3

Majlis ini secara langsung menunjukkan komitmen serta keperihatinan TLDM di dalam meningkatkan mutu pendidikan anak-anak anggota TLDM. Ini terbukti melalui pelbagai pembangunan dari segi infrastruktur, program-program pembangunan pendidikan dan insentif yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang terdapat di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Semoga dengan penganjuran majlis seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat anak-anak warga TLDM agar terus berusaha demi mengejar kejayaan dan impian yang dicitakan.


Rujukan: 151018/02
Sumber: Pejabat Pendidikan KD MALAYA
Artikel: Mejar Mohammad Izzaf bin Ibrahim
Jurufoto: Staf IT Mk PL

Lumut 11 Okt 18 - Zoo dan Muzium Taiping telah menjadi pilihan penganjur TABIKA KEMAS Pangkalan Lumut membuat lawatan sambil pelajar. Lawatan ini telah dilaksanakan pada 11 Okt 18 yang melibatkan penyertaan seramai 347 orang.

Seawal 6.30 pagi ibu bapa telah mulai menghantar anak-anak yang menyertai rombongan berkumpul di Kompleks Mutiara Armada. Kompleks ini menjadi pilihan kerana kawasan yang sesuai bagi 9 bas menanti bagi mebawa anak-anak ke Taiping. Sebelum bertolak, sesi taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Mk PL dan Juragan PROTELA Lumut seterusnya bacaan doa bagi memberkati aktiviti yang dilaksanakan ini.

GAMBAR 1Taklimat keselamatan oleh Juragan PROTELA Lumut/AJK Keselamatan TABIKA

Jam 7 pagi rombongan meninggalkan pangkalan Lumut dan tiba di Zoo Taiping jam 9 pagi. Aktiviti lawatan di zoo dimulai dengan kanak-kanak menaiki keretapi yang disediakan oleh pihak zoo dan ianya menceriakan lagi aktiviti pada pagi ini. Hampir 3 jam masa diluangkan untuk kanak-kanak melawat sekitar zoo. Setelah selesai lawatan di zoo, anak-anak disediakan makan tengah hari di Taman Tasik Taiping. Destinasi berikutnya adalah ke Muzium Taiping dan ia merupakan destinasi terakhir bagi lawatan tahun ini. Rombongan bertolak balik ke pangkalan jam 3 petang di mana semua anak-anak lena kepenatan dan selamat tiba pada jam 5 petang.

GAMBAR 2Sesi Bergambar Peserta Rombongan di Zoo Taiping
GAMBAR 3

GAMBAR 4Lawatan Zoo Taiping dengan menaiki keretapi yang disediakan

Penganjuran ini mendapat maklum balas yang baik dari para ibu bapa. Dimana anak-anak yang menyertai rombongan ini, tidak henti-henti bercerita pengalaman mereka melawat zoo, melihat binatang-binatang yang selama ini diketahui melalui buku dan juga telivision sahaja. Lawatan ke Muzium juga tidak kurang menariknya dimana kanak-kanak dapat mengetahui kehidupan dan budaya masyarakat di perak dan kehidupan purba zaman dahulu.

GAMBAR 5Penyerahan sijil penghargaan kepada pihak Muzium
GAMBAR 6
Lawatan sekitar Muzium Taiping

Program yang dianjurkan ini diharapkan membuka minda anak-anak yang terlibat di mana sesi pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas semata-mata. Semua yang terlibat amat berpuas hati dengan penganjuran rombongan ini dimana gelak ketawa yang dipaparkan oleh anak-anak menjadikan lawatan ini amat bermakna.


Rujukan: 151018/01
Sumber: Pejabat Pendidikan KD MALAYA
Artikel: Mejar Mohammad Izzaf bin Ibrahim
Jurufoto: Staf Pendidikan

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 254

Yesterday 723

Month 15618

All 730131

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE