×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 977

LUMUT, 14 Mei – Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan TLDM 2018 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut , Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Auditorium M. Sidek Shabudin. TLDM melakar sejarah tersendiri dengan mengungguli Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM selamat 10 tahun berturut-turut . Sepanjang tahun 2017, sebanyak 14 daripada 28 acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan telah dimenangi TLDM. Melalui majlis seperti ini,TLDM dapat menzahirkan penghargaan terhadap para atlet dan pengurusan persatuan sukan TLDM yang telah mengharumkan nama TLDM di peringkat ATM dan kebangsaan. Majlis ini juga bertujuan meraikan 47 atlet TLDM yang mewakili negara ke peringkat Sukan SEA KL 2017 dan Kejohanan antarabangsa tahun lalu.Pencapaian cemerlang yang dipamerkan oleh barisan atlet TLDM bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia sekaligus mengangkat imej TLDM dalam menyumbang ke arah kejayaan berprestij.
 
Antara penerima Anugerah malam ini:

Anugerah Olahragawan : LK JJM Muhamad Fuad bin Mohd Redzuan
Anugerah Olahragawati: LK I TNL Raja Nursheena binti Raja Azhar
Persatuan Terbaik: Persatuan Olahraga TLDM
Tokoh Sukan : Laksdya Dato’ Abdul Ghani Othman(bersara)
Tokoh Jurulatih : BM TLS Mohd Azmi Mohamed
Anugerah Khas : Persatuan Bola Tampar

 
1

2

3

6

5

7

8

Dengan Semangat jitu dan keyakinan yang tinggi, TLDM optimis dalam mengukuhkan kejuaraan dalam Sukan Antara Perkhidmatan untuk kali ke 11 tahun ini. Sehubungan itu, TLDM telah mempamerkan keprihatinan dan memberi suntikan semangat kepada para atlet dan jurulatih TLDM melalui pemberian insentif dan kenaikan pangkat kepada atlet yang telah mengharumkan nama Negera di persada antarabangsa terutama di Temasya Sukan SEA 2017 yang lepas. Penglima Tentera Laut, Ybhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman dalam ucapan beliau berharap semua pihak dan para atlet jugak The Navy People akan melipat gandakan usaha dan fokus dalam meningkatkan tahap kecergasan dan kemahiran selain merancang strategi kejuaraan dengan lebih terperinci agar misi mengekalkan kejuaraan ini berada di landasan yang tepat . Beliau turut menghargai peluang dan ruang yang telah diberikan Majlis Sukan Negara dalam memberi sokongan dan kemudahan latihan kepada para atlet dalam menyumbang ke arah pembangunan sukan ATM dan Malaysia amnya.


Rujukan: 121018/01

Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LEKAS TLDM

Lumut, 10 Okt – Warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut hari ini menerima kunjungan daripada 35 ahli Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan yang diketuai Tan Sri Ambrin bin Buang dan Dato’ Parang Abai @Thomas. Lawatan sehari ini telah membawa kesemua delegasi ke Depot Bekalan Armada Barat (DBAB) dan KD GAGAH SAMUDERA.

Objektif lawatan kali ini merupakan kesinambungan daripada lawatan Tan Sri Ambrin Buang terdahulu pada tahun 2017. Bagi lawatan kali ini, JKSTUPKK lebih memfokuskan untuk melihat dan meninjau kedudukan terkini pengurusan stor di DBAB, selain melihat hasil tindakan daripada penemuan yang diperolehi daripada pelaksanaan Verifikasi Stok di DBAB.

Kehadiran delegasi telah disambut baik oleh Panglima Armada Barat di Wisma Samudera sebelum lawatan tinjauan dilaksanakan di DBAB. Ketika di DBAB, delegasi JKSTUPKK telah diberi taklimat awal oleh Pegawai Memerintah DBAB, Kepten Rohana binti Jupri sebelum delegasi dibawa melawat ke bangunan Automated Storage and Retrieval System atau ASRS yang dipertanggungjawabkan kepada DBAB untuk tadbir urus sejak tahun . Sistem ini terdiri daripada pelbagai sistem kawalan komputer untuk meletakkan dan mengambil semula item dari lokasi penyimpanan yang ditentukan secara automatik. Ia telah diserahkan kepada TLDM pada tahun 2004 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1 Jan 2005.

Gambar 1Taklimat oleh Kepten Rohana Jupri TLDM kepada delegasi perjelas fungsi DBAB
Gambar 2.1

Gambar 2.2Bangunan ASRS yang terbaik dimiliki TLDM turut menjadi tarikan bagi delegasi
Gambar 3
Panglima Logistik Barat menerangkan keadaan semasa dan sekitar
kepada Tan Sri Ambrin

Di akhir lawatan, delegasi JKSTUPKK turut dibawa melawat kapal latihan TLDM iaitu KD GAGAH SAMUDERA yang baru ditauliahkan pada 26 April 2018. Kapal ini merupakan aset terbaharu TLDM yang berperanan sebagai platform latihan di laut lengkap bagi melahirkan warga TLDM yang kompeten dan profesional untuk mengoperasikan aset-aset lebih moden pada masa hadapan. Delegasi turut mengabdikan gambar berkumpulan di hadapan KD GAGAH SAMUDERA.

Gambar 4Lawatan di KD GAGAH SAMUDERA beri pendedahan kepada delegasi
tentang kapal TLDM
Gambar 5
Delegasi mengabadikan kenangan di hadapan KD GAGAH SAMUDERA

 

Rujukan: 101018/04
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

SANDAKAN, 10 Oktober – Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah telah melaksanakan lawatan kerja beliau ke Markas Wilayah Laut 2 pada hari ini. Beliau yang juga dalam rangka lawatan kerja di Sabah terdahulu telah tiba di MAWILLA 2 pada jam 8.00 disambut oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Laksma Syed Ahmad Hilmi juga telah diberikan tabik hormat oleh kumpulan Kawalan Kehormatan Suku MAWILLA 2.

GAMBAR 1Panglima Logistik Timur menerima tabik hormat dari
kumpulan Kawalan Kehormatan Suku
GAMBAR 2
Panglima Logistik Timur memeriksa kumpulan Kawalan Kehormatan Suku

Sejurus selesai menerima tabik hormat daripada kumpulan Kawalan Kehormatan Suku, Laksma Syed Ahmad Hilmi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas PANGWILLA 2 di pejabat beliau. Di dalam pertemuan singkat ini, PANGWILLA 2 dan Panglima Logistik Timur saling bertukar dan berkongsi pendapat di dalam beberapa isu serta perkara yang melibatkan aspek logistik, pembekalan dan senggaraan di MAWILLA 2.

GAMBAR 3Panglima Logistik Timur mengadakan kunjungan hormat ke atas PANGWILLA 2

Panglima Logistik Timur yang sebelum ini juga terlibat di dalam rombongan lawatan oleh YB Menteri Pertahanan ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Timur Sabah pada 6 Okt – 7 Okt 18 telah meneruskan program lawatan rasmi beliau ke KD SRI SEMPORNA dan KD SRI TAWAU sebelum tiba di Sandakan pada semalam. Sempena lawatan ke MAWILLA 2, Panglima Logistik Timur turut melaksanakan lawatan ke Stor MAWILLA 2 yang terletak di Karamunting dan seterusnya ke KD SRI SANDAKAN bagi melawat Rumah Keluarga TLDM (RK TLDM) Taman Samudera.

GAMBAR 4Lawatan Panglima Logistik Timur ke KD SRI SANDAKAN
GAMBAR 5

GAMBAR 6Melawat RK TLDM Taman Samudera

Melalui lawatan yang dilaksanakan ini juga diharap dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan tertinggi khususnya Markas Logistik Timur dalam merangka bantuan logistik, pembekalan dan penambahbaikan dari aspek pengoperasian MAWILLA 2 dan kebajikan warga Navy People Sandakan yang menetap di RK TLDM Taman Samudera.

 

Rujukan: 101018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

SANDAKAN, 10 Oktober – BAKAT (L) Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menganjurkan aktiviti mingguan bertemakan sukan rakyat bertempat di Dewan Mohd Azim, KD SRI SANDAKAN semalam.

Aktiviti yang melibatkan Ahli-Ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2, Datin Kalairasi a/p Subramaniam. Terdahulu, aktiviti yang bermula pada jam 2.00 petang itu dimulakan dengan nyanyian lagu BAKAT oleh semua hadirin dan disusuli dengan bacaan doa. Sebagai sesi pemanas badan, aktiviti sukan pada petang tersebut dimulakan dengan sesi senamrobik.

GAMBAR 1Senamrobik sebagai pemanas badan

Sebanyak 4 acara sukan yang dipertandingan pada petang tersebut yang melibatkan acara Susun Tin Impian Anak Kampung, Bawa Bola Pingpong Dengan Sudu Karat Opah, Rebut Kerusi Muzik Tradisi dan Boling Kelapa. Acara sukan rakyat yang julung kali dilaksanakan ini juga telah dapat mengeratkan perhubungan di kalangan ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 di samping mengimbau kembali sukan-sukan tradisional yang pernah dimainkan oleh masyarakat negara ini suatu ketika dahulu.

GAMBAR 2Acara Rebut Kerusi Muzik
GAMBAR 3
Bersedia untuk acara Susun Tin Impian Anak Kampung
GAMBAR 4
Aksi ketika pertandingan

Sepanjang acara dilangsungkan juga, kesemua peserta yang mengambil bahagian telah mempamerkan semangat dan kesungguhan dalam setiap acara yang dipertandingan. Kejayaan memenangi hadiah di dalam acara yang dipertandingkan bukanlah matlamat utama aktiviti ini dianjurkan, sebaliknya keharmonian dan keakraban perhubungan di antara peserta yang hadir adalah suatu pencapaian yang tiada nilainya. Di samping mengeratkan perhubungan, aktiviti sukan rakyat ini juga dapat memastikan sukan-sukan tradisional negara ini tidak pupus dimamah waktu.

GAMBAR 5Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang
GAMBAR 6
Sesi bergambar semua hadirin

 

Rujukan: 101018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

LUMUT 9 Okt – Hari yang penuh bersejarah ini menyaksikan sejumlah 27 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL), Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Alias bin Badaruddin.

Menariknya upacara kali ini, salah seorang anggota yang diraikan iaitu LK PAP Sahabudin Mulia bin Amli telah menjemput bapanya untuk memakaikan pangkat beliau dalam acara bersejarah ini. Lebih menarik, bapa anggota merupakan seorang veteran TLDM yang telah bersara pada tahun 1990.

1Bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak yang dipakaikan pangkat

Selesai majlis pemakaian pangkat, majlis diteruskan dengan penyampaian cek insurans kelompok dan wang khairat kematian oleh KOMPAL bersama Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Wilayah Utara 2 Koperasi Tentera, Encik Rosli Yeop kepada balu arwah LK TNL Muhammad Azmi bin Abd Ghani, Puan Rozaida binti Md Rodzi (Kemalangan Jalan Raya pada bulan Julai 2018).

2Penyampaian Cek Insurans Kelompok Dan Wang Khairat Kematian

Selain itu, cek sumbangan daripada Zakat ATM dan sumbangan bencana daripada Koperasi Tentera turut diserahkan kepada BK TNL Zamzuri bin Haris yang telah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang melanda rumah beliau pada 2 bulan yang lalu.

3Penyampaian cek daripada Zakat ATM dan sumbangan bencana daripada
Koperasi Tentera

Dalam ucapan beliau, KOMPAL merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap agar ianya menjadi pemangkin dan sumber motivasi untuk warga Navy People melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, semangat dan kesungguhan. Beliau juga turut menyatakan bahawa pangkat yang diberi datang bersama amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Sebuah kek turut disediakan oleh chef D20 untuk dipotong bersama-sama oleh anggota yang dinaikkan pangkat. Kek tersebut merupakan tanda simbolik agar semua anggota yang diraikan dapat menanam azam baru dalam menggalas tanggungjawab pada masa hadapan.

4KOMPAL bergambar bersama warga MkPL yang dinaikkan pangkat

 

Rujukan: 101018/01
Sumber: Markas Pangkalan Lumut
Artikel: Lt Kdr Nurzasya binti Abd Rahim
Jurufoto: Markas Pangkalan Lumut

SANDAKAN, 9 Oktober 2018 – Markas Wilayah Laut 2 telah menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah (KP) Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) YBhg Dato’ Azmil bin Mohd Zabidi dan delegasi pada hari ini.

Terdahulu, delegasi rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) YBhg Laksmana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam di pejabat beliau. Di dalam sesi itu juga, Dato’ Azmil dan Laksda Dato’ Ganesh saling bertukar pendapat dan cadangan yang menjurus kepada keselamatan khususnya dalam usaha-usaha dan inisiatif dalam menentang keganasan serta perkongsian maklumat di antara agensi keselamatan yang terlibat.

GAMBAR 1Ketua Pengarah SEARCCT, Dato’ Azmil Mohd Zabidi
menandatangani Buku Pelawat
GAMBAR 2
Delegasi rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada PANGWILLA 2
GAMBAR 3

GAMBAR 4Sesi pertukaran cenderahati

Selesai sesi kunjungan hormat, Dato’ Azmil telah memberikan taklimat dan penerangan berhubung fungsi serta peranan yang dimainkan oleh SEARCCT khususnya dalam usaha-usaha menentang keganasan di peringkat serantau mahu pun global. Penubuhan SEARCCT pada tahun 2003 adalah sebagai tindak balas kepada keperluan yang semakin meningkat bagi latihan antara agensi dan penyelidikan dalam anti-keganasan di rantau ini, terutamanya selepas serangan 11 September 2011 di Amerika Syarikat. Penubuhan pusat ini juga telah menerima pengesahan dan sokongan dari negara anggota ASEAN. Pada ketika ini, operasi dan pengurusan pusat ini berada di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri Malaysia.

GAMBAR 5Sesi taklimat SEARCCT oleh KP SEARCCT
GAMBAR 6
Bergambar bersama Navy People Sandakan yang hadir

Pada peringkat awal penubuhan SEARCCT, pusat ini dikhususkan untuk menumpukan kepada pembangunan kapasiti, penyelidikan, dan program kesedaran awam dalam usaha-usaha menentang keganasan. Program dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pusat ini direka khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan penguatkuasaan undang-undang, kesedaran di kalangan pegawai kerajaan, agensi keselamatan negara, masyarakat serantau dan antarabangsa serta kerjasama dengan agensi tempatan, pemerintah asing, pertubuhan tentera dan pertubuhan antarabangsa.

Selesai makan tengah hari, delegasi rombongan telah dijemput oleh PANGWILLA 2 untuk menaiki Bot Tempur CB 90 mengikuti pelayaran di sekitar perairan Sandakan bagi melihat sendiri bentuk muka bumi serta situasi sebenar di Sandakan yang menjadi salah satu tumpuan dan sasaran bagi kumpulan-kumpulan pengganas seperti Abu Sayyaf Group (ASG) melakukan kegiatan rentas sempadan, perlanunan dan kidnap for ransom (KFR). Diharap dengan pertemuan yang dilaksanakan buat julung kalinya ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang khususnya bagi TLDM dan SEARCCT dalam usaha-usaha dan kerjasama memerangi keganasan dari aspek pendidikan, latihan serta perkongsian maklumat.

GAMBAR 7PANGWILLA 2 memberikan penerangan kemudahan jeti operasi
daripada ruang legar Anchor Point di MAWILLA 2
GAMBAR 8
Menaiki Bot Tempur CB 90 menyusuri sekitar perairan Sandakan

 

Rujukan: 091018/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

KUALA LUMPUR 8 Okt – Hari yang penuh bersejarah ini menyaksikan sejumlah 27 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

Pengiktirafan melalui kenaikan pangkat diberikan kepada 2 orang Pegawai Waran I, 7 orang Pegawai Waran II, 10 orang Bintara Kanan, 5 orang Bintara Muda, dan 3 orang Laskar Kanan. Setiap warga TLDM sentiasa diberikan peluang kerjaya dan masa depan yang cemerlang untuk meningkatkan potensi diri. Amanah yang dipertanggungjawabkan perlu digalas dengan sebaiknya kerana ia menyokong pembangunan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang relevan dan memiliki kemampuan untuk menangani ketidaktentuan masa hadapan serta mampu mendokong dasar-dasar kerajaan dengan cemerlang. TLDM akan terus menawarkan satu kerjaya yang Challenging But Rewarding.

Pakai Pangkat 1Sokongan isteri menyuntik semangat untuk memberikan yang terbaik
untuk perkhidmatan
Pakai Pangkat 2
Antara warga Navy People yang dinaikkan pangkat hari ini
Pakai Pangkat 3
Seramai 10 orang dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan

Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Laut merekodkan ucapan tahniah kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap agar ianya menjadi pemangkin dan sumber motivasi untuk warga Navy People melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab dengan penuh semangat dan kesungguhan. Beliau turut menyatakan bahawa seramai 1,879 anggota LLP telah dinaikkan pangkat sejak Januari 2018 sehingga hari ini.

Majlis ini juga simbolik untuk menyuntik semangat kepada hadirin yang hadir agar sentiasa mempraktikkan profesionalisme ketenteraan dan amalan integriti dalam setiap tugasan yang dilakukan.

Pakai Pangkat 4Bergambar kenangan bersama Panglima Tentera Laut
Pakai Pangkat 5
Semoga terus komited untuk berkhidmat dengan cemerlang

 

Rujukan: 081018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik
Artikel: Lt Dya Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Jurufoto: LK PWP Muhammad Zulakmal bin Ahmad

Lumut, 8 Okt – Majlis Perasmian Maritime Training Activity (MTA) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) 2018 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Operasi Hadapan, Kepten Abd Halim bin Hj Shaari TLDM dan disaksikan oleh Leftenan Komander Jason Ileto, Logistic Staff COMLOGWESTPAC di Auditorium Zain PUSTAKMAR, Pangkalan TLDM Lumut.

Gambar 1Ketibaan delegasi TLAS di PUSTAKMAR

Tahun ini, TLDM akan melibatkan seramai 150 Peserta secara keseluruhan manakala TLAS akan disertai oleh 12 Subject Matter Expert (SME). Aktiviti SMEE melibatkan beberapa sesi perkongsian pengetahuan serta subjek seperti Kesedaran Domain Maritim (MDA), Logistik dan Penyelenggaraan, Kawalan Kerosakan (DC), Peperangan Anti-Udara (AAW), Peperangan Anti-Kapal Selam (ASW), Peperangan Elektronik (EW) serta Pengukuran dan Menangkis Periuk Api (MCM) turut melibatkan warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai hadirin.

MTA TLDM-TLAS adalah latihan bilateral dua hala yang dilaksanakan sejak 2017 yang melibatkan TLDM dan TLAS. Latihan ini memberi keutamaan serta penekanan dalam Pertukaran Pakar Subjek, Subject Matter Expert Exchange (SMEE) di antara TLDM-TLAS yang merangkumi pelbagai bidang dan pengetahuan dalam perkhidmatan tentera laut. Program ini akan bermula dari 8 hingga 12 Okt 18 melibatkan 9 pakar SMEE TLDM-TLAS dan intipati program adalah berlandaskan konsep perbincangan, pertukaran idea, syarahan dan acara sukan. Latihan ini memfokuskan persediaan bagi warga Navy People menyertai Field Training Exercise (FTX) bagi MTA TLDM-TLAS tahun hadapan.

Kepten Abd Halim dalam ucapan beliau menekankan kepentingan program seumpama ini untuk terus dilaksanakan di masa hadapan. Menurut beliau, hubungan ketenteraan dua hala TLDM-TLAS telah terjalin sekian lama. Justeru, MTA TLDM-TLAS adalah satu lagi inisiatif bagi kedua-dua angkatan laut untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam memastikan keamanan maritim dan kestabilan serantau. Ini turut memberi peluang kepada TLDM khasnya dalam meningkatkan keupayaan dan kebolehan dalam perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara TLDM-TLAS.

Gambar 2

Gambar 3Ucapan Perasmian oleh AKS OPHAD MPA Barat
Gambar 4
Kenangan peserta MTA TLAS-TLDM 2018

 

Rujukan: 081018/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Kuala Lumpur - Satu majlis Makan Malam Rejimental bersempena kursus Induksi Bintara Muda siri 2/2018 telah diadakan pada 5 Okt 2018 bertempat di Seri Pacific Hotel.

1Penaung Wisma Bintara ATM menandatangani buku kedatangan

Majlis tersebut merupakan majlis terakhir dan penutup bagi Kursus Induksi Bintara Muda Siri 2/2018 yang telah diadakan pada 26 Sep 2018 sehingga 7 Okt 2018. Kursus ini diadakan kepada peserta yang baru dinaikkan pangkat sebagai PTT Kanan bertujuan memberi pendedahan dan pembelajaran dalam sesebuah organisasi untuk menguruskan sesebuah pentadbiran diperingkat pertengahan. Jumlah keluruhan peserta adalah seramai 121 orang anggota yang terdiri dari 3 perkhidmatan iaitu Tentera Darat Seramai 59 orang anggota, Tentera Laut Seramai 25 orang anggota Dan Tentera Udara Seramai 37 orang anggota.

Hadir bersama menyerikan majlis makan malam tersebut adalah YBhg Pegawai Memerintah Kem Kementah, Lt Kol Anuar Alsidqi bin Hj Ariffin TUDM, Yang Dihormati YDP PW U I Mohd Haniff bin Samiran, diserikan dengan Kehadiran PW TLDM dan PW TUDM, serta ahli jawatankuasa Wisma Bintara ATM yang lain. Bagi pihak Wisma Bintara Muda ATM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta-peserta Kursus Induksi Bintara Muda ATM khasnya dan kepada Ahli-ahli Bintara Muda yang ada didalam setiap perkhidmatan umumnya.

2

3

4

5Sekitar majlis berlangsung

 

Rujukan: 061018/01
Sumber: Wisma Bintara ATM
Artikel: PW I JTP (H) Mohammad Khan bin Hj Mohd Newaz
Jurufoto: Cawangan Komunikasi Strategik

SANDAKAN, 5 Oktober 2018 – Seramai 7 orang warga Navy People Sandakan telah dinaikkan pangkat masing-masing berkuatkuasa 1 Oktober 2018. Majlis yang telah berlangsung di Dataran MAWILLA 2 pagi ini telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Bersempena dengan majlis tersebut, seorang Bintara Kanan (BK) telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren II (P/PW II), dua orang Bintara Muda (BM) telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Kanan (P/BK), dua orang Laskar Kanan (LK) telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Muda (P/BM) manakala dua lagi telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan (LK). Majlis pemakaian pangkat ini adalah manifestasi kepada penghargaan dan kepercayaan pihak pengurusan tertinggi TLDM terhadap komitmen serta kebolehan warga Navy People. Selain itu ianya juga sebagai cabaran kepada warga yang lain agar terus bekerja keras dan bersaing secara sihat bagi mendapatkan tempat dalam perkhidmatan TLDM.

GAMBAR 1PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada
P/PW II PRL Mohd Asri
GAMBAR 2
Isteri kepada P/BK PWP Ahmad Fazli menyempurnakan upacara
pemakaian pangkat disaksikan PANGWILLA 2
GAMBAR 3
PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada
P/BK PAP (GI) Sahairul Nizad
GAMBAR 4
Isteri kepada P/BM BDI Mohd Taufik menyempurnakan upacara
pemakaian pangkat disaksikan PANGWILLA 2
GAMBAR 5
Isteri kepada P/BM PNK Che Romdan menyempurnakan upacara
pemakaian pangkat disaksikan PANGWILLA 2
GAMBAR 6
PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat
kepada LK PAP Aziz
GAMBAR 7
PANGWILLA 2 menyempurnakan upacara pemakaian pangkat
kepada LK PAP Ammar Affandi

Majlis pada pagi ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah KDSS, Komander Ahmad Nazim bin Salimin TLDM, para Pegawai dan warga Navy People Sandakan yang tidak bertugas. Dalam ucapan oleh PANGWILLA 2, beliau telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada seluruh warga yang hadir agar terus berusaha dan melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan. Beliau juga menegaskan bahawa setiap pangkat yang disandang merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap Navy People agar Visi dan Misi TLDM tercapai. Warga yang hadir juga digalakkan untuk terus memberikan komitmen dan mencurah khidmat bakti dengan ikhlas demi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Upacara pemakaian pangkat pada kali ini juga telah menyaksikan anggota yang dinaikkan pangkat diberikan salinan Sijil Penyaksian dan juga Ikrar Kesatria. Di akhir Sijil Penyaksian terdapat sumpah taat setia yang perlu dilafazkan oleh setiap rakyat negara ini yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Inisiatif cetusan PANGWILLA 2 ini dilaksanakan supaya warga Navy People terutama yang telah dinaikkan pangkat agar kembali mengingati tujuan asal dan tanggungjawab sebenar seorang anggota ATM kepada Raja dan Negara. Anggota yang dinaikkan pangkat juga telah bersama-sama memimpin bacaan Ikrar Kesatria bersama semua hadirin dengan penuh bersemangat.

Selain pemakaian pangkat, majlis pada hari ini juga diserikan dengan penyampaian sijil dan penghargaan kepada Navy People Sandakan yang telah dicalonkan sebagai Bintara dan Laskar TLDM 2017. PANGWILLA 2 juga turut berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada Navy People Sandakan yang telah telah memberikan sumbangan dan berjasa kepada MAWILLA 2 dari aspek dedikasi, kesungguhan, keberanian dan komitmen yang tinggi dan cemerlang dalam pelaksanaan tugas sepanjang berkhidmat di MAWILLA 2. Sesungguhnya, penyampaian sijil penghargaan ini merupakan salah satu inisiatif Markas dalam menghargai setiap sumbangan yang disumbangkan oleh Navy People Sandakan dan menjadi pemangkin kepada warga yang lain untuk terus mempamerkan prestasi yang sama seperti penerima-penerima pada hari ini.

GAMBAR 8Anggota dinaikkan pangkat bergambar bersama PANGWILLA 2
GAMBAR 9
Penerima Anugerah Calon Bintara dan Laskar TLDM tahun 2017
GAMBAR 10
PANGWILLA 2 bergambar bersama anggota yang menerima sijil penghargaan
di atas sumbang dan bakti yang telah diberikan kepada MAWILLA 2

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi BAKAT (L), Datin Kalaiarasi Subramaniam dan para isteri anggota yang menjadi tulang belakang kejayaan suami masing-masing. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh P/PW II PRL Mohd Asri bin Mohd selaku anggota terkanan yang telah dinaikkan pangkat. Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dengan para hadirin menikmati jamuan yang disediakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat.

GAMBAR 11Pengerusi BAKAT (Laut) bergambar bersama isteri-isteri pegawai dan anggota
yang turut hadir

 

Rujukan: 051018/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 236

Yesterday 723

Month 15600

All 730113

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE