Pada 3 hingga 5 Dis 18. Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi (N6) telah menganjurkan Seminar KSI 2018 di Auditorium Zain, Pustakmar Pangkalan Lumut, Perak. Fokus seminar yang diadakan telah membincangkan 3 aspek utama berkaitan People, Process dan Platform seiring dengan transformasi TLDM 15 ke 5. Hasil perbincangan oleh peserta dibentangkan diakhir seminar dan disiarkan secara Sidang Video ke Mk Pemerintahan Armada Timur dan MWL 2. Seminar ini juga dimanfaatkan sebagai platform wadah perkongsian ilmu kepada peserta berkaitan perkembangan teknologi semasa Command and Control (C2), Kepentingan Keselamatan Siber oleh Bahagian KSI MkTL dan daripada Firma luar iaitu daripada Syarikat SAPURA Secured Technologies, IKRAMATIC System Sdn Bhd dan Hawlett Packard (HP) Malaysia.

Kearah Kecemerlangan Komunikasi dan Sistem Informasi

1

2Ucapan Pembukaan dan Taklimat C2 TLDM oleh Pengarah KSI
3

4Perkongsian Maklumat oleh IKRAMATIC System Sdn Bhd berkaitan Keupayaan
Peperangan Elektronik dan Demontrasi Anti Drone Jammer
5
Pelatih Sekolah Komunikasi dan Peperangan Elektronik (SKPE) turut hadir
bersama bagi mendengar pembentangan sindiket
6
Pembentangan sindiket disiarkan melalui sidang video ke
Markas Pemerintahan Armada Timur dan Mawilla 2

 

Rujukan: 051218/01
Sumber: Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi
Artikel: Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi
Jurufoto: Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi

SANDAKAN, 3 Disember 2018 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Diraja SRI GAYA (KD SRI GAYA) Merangkap Pegawai Kanan Skuadron Kapal Bekalan Ke-33 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Leftenan Komander Mazli bin Kamarolzaman TLDM dengan rasminya telah menyerahkan tampuk pemerintahan KD SRI GAYA kepada Leftenan Komander Mohd Nor Fazli bin Mat Hassan TLDM.

Majlis telah dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Nota Serah Terima Tugas di antara Mantan Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah baharu sambal disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Seterusnya PANGWILLA 2 telah menyempurnakan upacara penurunan Insignia Pemerintahan daripada Mantan Pegawai Memerintah dan Pemakaian Insignia Pemerintahan kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Sebagai simbolik peralihan tampuk pemerintahan, Mantan Pegawai Memerintah telah menyerahkan teropong kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Majlis bersejarah itu turut diserikan dengan upapara pemakaian pangkat Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu sebelum diakhiri dengan serah terima tugas Timbalan PANGWILLA 2.

GAMBAR 1PANGWILLA 2 menyaksikan upacara menandatangi sijil serah terima tugas
GAMBAR 2
PANGWILLA 2 menurunkan Insigna Pemerintahan daripada
Mantan Pegawai Memerintah
GAMBAR 3
PANGWILLA memakaikan Insigna Pemerintahan kepada
Pegawai Memerintah yang baharu
GAMBAR 4
Penyerahan Teropong simbolik penyerahan tampuk pemerintahan
GAMBAR 5
Pegawai Memerintah KD SRI GAYA yang baru menggayakan telah
mengambil alih pemerintahan secara rasminya
GAMBAR 6
Bergambar kenangan bersama PANGWILLA 2 selesai majlis

Dalam ucapan PANGWILLA 2 berkata pelantikan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI GAYA yang baharu merupakan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan TLDM terhadap kewibawaan Navy People untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. PANGWILLA 2 mengharapkan Pegawai Memerintah KD SRI TIGA akan terus memacu kapal tersebut dengan lebih gemilang berbekalkan pengalaman yang beliau telah perolehi ketika berkhidmat di beberapa buah kapal sebelum ini dan mempraktikkan segala ilmu serta pengalaman yang telah diperolehi dalam menjalankan tugas di KD SRI GAYA kelak. Beliau turut menaruh keyakinan terhadap Pegawai Memerintah untuk dapat meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan yang telah dipamerkan oleh Mantan Pegawai Memerintah.

Di akhir ucapan, PANGWILLA 2 mengucapkan ribuan terima kepada mantan Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Kamarulzaman TLDM yang telah menerajui kapal tersebut selama hampir 1 tahun 2 bulan sehingga berjaya memastikan kesiapsiagaan kapal berada di tahap tertinggi serta mampu untuk melaksanakan operasi di laut dengan berkesan. Beliau bakal bertukar masuk ke Markas Tentera Laut, Pejabat Panglima Tentera Laut sebagai Pegawai Staf Penulisan B.


Rujukan: 031218/08
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK l PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

SANDAKAN, 3 Disember 2018 - Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) menerima Timbalan Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) yang baharu apabila Pemangku Kepten Azeman bin Yusoff TLDM mengambil alih tugas daripada Kepten Zahari bin Samsuri TLDM dengan rasminya hari ini. P/Kept Azeman bin Yusoff TLDM sebelum ini merupakan Pegawai Staf 1 Sejarah Maritim di RMN Sea Power Centre. Majlis penyerahan tugas tersebut telah dilaksanakan di Dewan Mohd Azim, Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) Taman Samudera, Sandakan.

Majlis yang bersejarah itu telah disaksi dan disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Sebelum itu, majlis turut menyaksikan Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Kepten TLDM yang juga telah disempurnakan oleh PANGWILLA 2. Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan upacara serah terima tugas Pegawai Memerintah KD SRI GAYA di mana Leftenan Komander Mazly bin Kamarolzaman TLDM telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Leftenan Komander Mohd Nor Fazli bin Mat Hassan TLDM.

GAMBAR 1PANGWILLA 2 dan Isteri P/Kept Azeman TLDM menyempurnakan
upacara pemakaian pangkat
GAMBAR 2
PANGWILLA 2 menyaksikan upacara menandatangani sijil serah terima tugas
GAMBAR 3
Penyerahan Nota Serah Terima Tugas daripada Kept Zahari TLDM
kepada P/Kept Azeman TLDM
GAMBAR 4
PANGWILLA 2 merakamkan setinggi penghargaan di atas sumbangan
yang telah diberikan oleh Kept Zahari TLDM
GAMBAR 5
Para isteri turut hadir memberikan sokongan kepada suami masing-masing

Berucap ketika majlis berkenaan PANGWILLA 2 berkata, kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu merupakan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan TLDM terhadap kewibawaan P/Kept Azeman bin Yusoff TLDM untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. YBhg Laksda Dato’ Ganesh Navaratnam percaya Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu akan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam membawa MAWILLA 2 ke arah kecemerlangan.

PANGWILLA 2 juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Timbalan PANGWILLA 2, Kept Zahari bin Samsuri TLDM yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang berkhidmat lebih 2 tahun di MAWILLA 2. Mantan Timbalan PANGWILLA 2, Kepten Zahari bin Samsuri TLDM telah memegang jawatan tersebut mulai 30 Ogos 2017 iaitu sejak MAWILLA 2 beroperasi di Pangkalan TLDM Sandakan. Beliau seterusnya akan bertukar keluar ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mulai 10 Disember 2018.

 

Rujukan: 031218/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amerudin bin Nik Par

KUALA LUMPUR, 3 Dis - Panglima Tentera Laut yang baharu, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany memulakan tugas secara rasmi sebagai PanglimaTentera Laut (PTL) di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan di sini, hari ini. Beliau dilantik sebagai PTL ke-17 menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dalam Majlis Serah Terima Tugas pada 30 November lalu.

Ketibaan Laksamana Datuk Mohd Reza pagi ini dimulai dengan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) beserta Panji-panji KD MALAYA yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Lt Kdr Mohd Sukri Abdul Rahman TLDM di Dataran Wisma Pertahanan.

Gambar 1Panglima Tentera Laut menerima tabik hormat sejurus tiba di
Dataran Wisma Pertahanan
Gambar 2
Panglima Tentera Laut memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU)
beserta Panji-panji KD MALAYA
Gambar 3
Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany memulakan tugas di hari pertama
sebagai Panglima Tentera Laut yang baharu hari ini
Gambar 4
Laksdya Datuk Khairul Anuar Yahya membuat kunjungan hormat ke atas
Panglima Tentera Laut sempena hari pertama beliau berkhidmat
sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut

Terdahulu, majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas sempena pelantikan Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany sebagai Panglima Tentera Laut menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzamanbin Hj Ahmad Badaruddin yang akan bercuti dan seterusnya bersara dari perkhidmatan dalam TLDM telah diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan, Jumaat lalu. Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan; Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Panglima Angkatan Tentera; YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Pautan media sosial:
Twitter : https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1069482785327333376
https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1069440915817693184
https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1069404855419121664

Facebook: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/photos/pcb.2053493721375292/2053491244708873/?type=3&theater

 

Rujukan: 031218/06
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel: Lt Mohamad Farhan bin Abdul Razak TLDM
Jurufoto: LK TNL Mohamad Hafefzul bin Abdul Zani

Kuantan, 2 Dis 18 - Markas Wilayah Laut 1 yang berpangkalan di Tanjung Gelang menganjurkan Hari Terbuka Armada sempena menyambut kedatangan aset TLDM iaitu KD MAHAWANGSA yang berlabuh di sini. Warga komuniti sekitar Kuantan telah dijemput bagi memeriahkan program ini lantas berpeluang melawat KD MAHAWANGSA yang berpangkalan di Lumut.

Dianggarkan lebih 4,000 orang pengunjung telah membanjiri Hari Terbuka Armada. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya adalah lawatan ke kapal, restoran terapung, persembahan kawad, boat ride dan juga gerai-gerai jualan. Selain itu, aktiviti pameran dan promosi juga turut dilaksanakan seperti pameran kerjaya ketenteraan, pameran pasukan selam TLDM, pameran Operasi Bantuan Banjir (Op Murni) dan Promosi Aplikasi K3M.

1

2PANGWILA 1 melawat gerai-gerai jualan
3

4

5Persembahan kawad kaki oleh PKBM(L)
Sekolah Menengah Kedai Buluh Kota Bharu, Kelantan
6

7Pengunjung merasai menaiki Boat Ride
8

9

10

11

12Pengunjung melawat booth pameran

Tujuan Hari Terbuka Armada diadakan antaranya adalah untuk menghargai sokongan rakyat kepada TLDM serta memberi peluang kepada mereka mengenali TLDM secara lebih dekat agar mereka memahami peranan dan tanggungjawab TLDM dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara. Hari Terbuka Armada 2018 ini melibatkan 7 buah kapal TLDM iaitu KD MAHAWANGSA, KD PAHANG, KD TERENGGANU, KD GEMPITA, KD GANYANG, KD PERDANA, KD PENDEKAR.

Program ini bukan sahaja membuka peluang orang ramai untuk melihat secara lebih dekat lagi aset-aset TLDM, malah mengeratkan hubungan masyarakat setempat terutamanya di Kuantan dengan memberi ruang beramah mesra bersama anggota TLDM terutamanya yang bertugas di kapal-kapal.

13

14

15

16

17Pengunjung beratur untuk menaiki bot CB 90 dan melawat KD MAHAWANGSA

 

Rujukan: 031218/05
Sumber: Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel: Lt Mohd Shafiq bin Abu Samah TLDM
Jurufoto: Komunikasi Strategik MAWILLA 1

PADA 27 hingga 29 Nov 18, KD SRI GOMBAK telah berjaya menganjurkan Program Kembara Anak Soleh Pintar 2018. Program yang dilaksanakan di Pusat Latihan Asnaf Selangor, Jalan Ulu Yam Baru, Batang Kali Selangor ini disertai oleh anak-anak The Navy People sekitar Lembah Klang. Seramai 45 peserta kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan umur 10 hingga 17 tahun ini berjaya ditamatkan dengan jayanya hasil kerjasama, ketekunan, fokus dan minat yang dipamerkan oleh semua anak-anak The Navy People sepanjang program dilaksanakan. Pihak Exact Training Consultant diketuai oleh En Muhammad Afandie bin Yahaya telah dijemput memberi pengisian dan berjaya menyuntik emosi, jasmani, rohani dan intelek para peserta.

1

1.1Aktiviti solat berjemaah dan tahlil
2
Penyampaian hadiah dan sijil
3
Aktiviti senamrobik
4
Ceramah kerohanian

5Kelas Motivasi
6
Penyampaian hadiah penghargaan
6.1
Sesi bergambar

 

Rujukan: 031218/04
Sumber: Jabatan Agama KD SRI GOMBAK
Artikel: Kapt Mohamad Fuad bin Ahmad Fadhil
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

KOTA KINABALU 28 Nov – Kerjasama di antara pegawai dan staf Markas Pemerintahan Armada Timur dan unit-unit di bawah naungan diteruskan lagi dengan pelaksanaan satu lagi latihan iaitu Latihan Tim Bersepadu atau Integrated Team Training Siri 3/18 yang telah bermula sejak 19 Nov 18 dan berakhir pada hari ini.

1Majlis pembukaan ITT 3/18 dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir (N1)
2
Peserta ITT 3/18 terdiri daripada pegawai dan staf
Markas Pemerintahan Armada Timur dan
unit-unit di bawah naungan

Asisten Ketua Staf Tadbir (N1), Kept Zahid bin Abd Aziz TLDM dalam ucapan penutupnya berkata, untuk mencapai kemenangan dalam peperangan, hampir keseluruhan daripadanya adalah proses perancangan itu sendiri dan selebihnya adalah tindakan atau pelaksanaan. Justeru, perkara ini memerlukan perancangan yang teliti dan rapi serta mudah difahami oleh setiap yang terlibat.

Sepanjang pelaksanaan latihan, para peserta telah mencapai objektif kursus yang digariskan. Para peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pembelajaran dalam merancang pelaksanaan eksesais atau operasi. Selain itu, segala ilmu yang ditimba dapat dijadikan sebagai bekalan untuk digunapakai sepanjang perkhidmatan.

3Perbincangan peserta secara berkumpulan mengikut bahagian
4
Penyampaian dan penerangan secara teori
5
Pembentangan peserta kepada Pegawai Penilai

Pembentangan telah dilakukan oleh para peserta merangkumi perkara berkaitan Pentadbiran, Perisikan, Operasi, Logistik dan Teknikal untuk menghasilkan Arahan Operasi atau Naval Operation Order (Naval OpO) yang lengkap.

Pelaksanaan ITT 3/18 ini dilihat dapat menilai kebolehan, kecekapan dan kelancaran fungsi setiap bahagian di Markas Pemerintahan Armada Timur dan unit-unit di bawah naungan untuk bertindak menangani krisis pada masa hadapan. Latihan sebegini merupakan inisiatif yang amat baik dan diharap dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi memperkukuhkan lagi ilmu peperangan warga TLDM amnya dan Markas Pemerintahan Armada Timur khususnya.

 

Rujukan: 031218/03
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Timur
Artikel: Lt Meor Habil TLDM Bahagian OPHAD MPA Timur
Jurufoto: LK I Zulhakimi

KOTA KINABALU 28 Nov – Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Armada Timur merupakan acara tahunan yang telah diselaraskan berpandukan Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK yang telah dikeluarkan oleh pihak MAMPU.

Pertandingan ini telah dilaksanakan pada 21 dan 22 November yang lalu di Wisma Pelayaran Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Sebanyak 12 kumpulan daripada 20 kumpulan KIK terpilih untuk bertanding dalam pertandingan kali ini.

Pertandingan akhir ini telah dihakimi oleh panel yang berpengalaman iaitu Kdr Zaharrudin Mohd Yusof TLDM daripada Markas Logistik Timur, Puan Norafiezah Abdullah dari INTAN Sabah, Lt Kdr Naufal Shariff TLDM dari Markas Logistik Timur dan Lt Kdr Lawrence Liji TLDM dari Markas Pemerintahan Armada Timur.

Keputusan pertandingan kali ini telah dimenangi oleh Depot Bekalan Timur. Tempat kedua disandang oleh KD SRI JOHOR dan tempat ketiga telah dimenangi Depot Senggaraan Armada Timur.

8 kumpulan terbaik bagi pertandingan ini akan mewakili Armada Timur ke pertandingan di peringkat Markas Tentera Laut dijangka pada Mac 2019.

1

2

3

4Sekitar Pertandingan Horizon Baharu KIK Armada Timur 2018

 

Rujukan: 031218/02
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Timur
Artikel: Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur
Jurufoto: LK I Zulhakimi

Kota Kinabalu, 28 Nov 18 – Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah menerima lawatan daripada delegasi Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan yang terdiri daripada 80 Pegawai dan Anggota LLP. Lawatan ini diketuai oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brigadier Jeneral Dato' Hj Sardon bin Hassan TUDM.

Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Staf MPKS, Kepten Mohd Razib bin Tahir TLDM dan Pegawai Kanan MPKS. Tujuan lawatan ini dilaksanakan bagi berkongsi dan bertukar maklumat tentang aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dipraktikkan oleh kedua belah pihak dalam perlaksanaan tugasan dipangkalan. Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar di foyer MPKS dan dikuti dengan sesi taklimat AKAS di Auditorium MPKS yang disampaikan oleh Komander Mohd Hairul Fahmy bin Yob TLDM. Sesi taklimat dilaksanakan secara dialog dua hala bagi membolehkan kedua-dua pihak menyatakan pendapat masing-masing dan seterusnya meningkatkan lagi tahap perkongsian maklumat dan percambahan minda.

GAMBAR 1Sesi Bergambar Bersama Para Delegasi
GAMBAR 2
Refreshment di Bilik VVIP
GAMBAR 3
Taklimat, Sesi Dialog dan Percambahan Minda di Auditorium MPKS

Lawatan diteruskan dengan para delegasi dibawa ke Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) bagi melihat secara lebih dekat aspek latihan yang dilaksanakan dalam melahirkan seorang anggota berkepakaran kapal selam TLDM. Lawatan dimulakan dengan delegasi diberi taklimat oleh Ketua Staf merangkap Pegawai Memerintah PLKS sebelum dibawa melawat Simulator Diving (SIMDIV) dan Simulator Tactical (SIMTAC). Para delegasi amat teruja dengan pengalaman dan pendedahan maklumat yang dikongsikan tentang latihan yang dilaksanakan dalam setiap simulator oleh jurulatih yang berpengalaman dalam aspek pengendalian kapal selam. Delegasi telah didedahkan dengan demonstrasi ringkas yang dilaksanakan oleh submariner TLDM sambil diberi penerangan berkenaan pengoperasian simulator tersebut oleh para jurulatih.

GAMBAR 4Lawatan ke SIMDIV
GAMBAR 5
Lawatan ke SIMTAC

Delegasi juga dibawa melawat ke hangar MPKS untuk melihat aspek rutin pasang pulih (refit) yang sedang dilaksanakan kepada KD TUN RAZAK. Pengalaman untuk melihat kapal yang sedang melaksanakan rutin refit memberikan pengalaman berharga bagi para delegasi. Lawatan berakhir sekitar jam 1300H dengan sesi menandatangani buku pelawat dan pertukaran cendera kenangan.

GAMBAR 6Tandatangan Buku Pelawat
GAMBAR 7
Bertukar Cendera Kenangan

 

Rujukan: 031218/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS
Artikel: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto: LK KOM Mohd Shafirul bin Ramlee

Lumut, 29 Nov – Teruja bercampur gementar. Itulah gambaran raut wajah 100 kanak-kanak warga pangkalan berumur 5 - 12 tahun yang menyertai Program Khatan Perdana Peringkat Pangkalan TLDM Lumut 2018 dengan kerjasama Badan Hal Ehwal Agama Islam Kawasan (BHEAIK) Lumut, 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut (96 HATL) dan Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) Lumut yang turut dihadiri oleh keluarga yang memberi sokongan kepada semua kanak-kanak yang terlibat.

1 Kanak kanak diarak bersama bapa dan pancaragam TLDM
Kanak-kanak diarak bersama bapa
dan pancaragam TLDM

2 Antara peserta kanak kanak yang terlibat
Antara peserta kanak-kanak yang terlibat

3 Ketua Staf bersama peserta kanak kanak
Ketua Staf bersama peserta kanak-kanak

4 Bapa dan anak sama sama basah disiram
Bapa dan anak sama-sama basah disiram

Objektif utama penganjuran ini antaranya adalah memberikan perkhidmatan dan melaksanakan tanggungjawab sosial keluarga Pangkalan TLDM Lumut serta mengekalkan tradisi majlis berkhatan beramai-ramai. Perasmian disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pangkalan Lumut, Kepten Ahmad Nazree bin Abu Hasan TLDM. Uniknya, acara ini diadakan di jeti TLDM dimana bapa atau penjaga menjunjung anak mereka dengan iringan pancaragam TLDM. Kemudiannya disiram hydrant dari kapal KD LEDANG dan KD MAHAMIRU sebagai gimik perasmian. Kanak-kanak seterusnya akan dibawa ke 96 HATL untuk proses berkhatan.

5 Kanak kanak seronok disiram air
Kanak-kanak seronok disiram air

6 Suasana di dalam dewan berkhatan
Suasana di dalam dewan berkhatan

7 Gelagat bapa dan anak
Gelagat bapa dan anak

8 kanak kanak bersama ibubapa selesai berkhatan
kanak-kanak bersama ibubapa selesai berkhatan

Ketua Staf dalam intipati ucapannya menyatakan amalan ini dituntut bertujuan agar umatnya sentiasa berada di dalam keadaan suci lagi menyucikan daripada segala bentuk najis pada seluruh anggota tubuh badan dalam menunaikan ibadat kepada Allah SWT. Dari sudut saintifik, amalan ini merupakan salah satu cara yang dapat membantu tumbesaran kanak-kanak. Beliau juga menzahirkan semoga anak-anak yang terlibat dengan acara ini diberikan semangat keberanian dan juga kesembuhan dengan segera.

Rujukan : 291118/01
Sumber : Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi MkPL
Artikel : Lt Mohd Hafizi bin Mohamad TLDM 
Jurufoto : BM TLR Mohd Firdaus bin Che Omar / LK TNL Norazi bin Ismail

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 217

Yesterday 723

Month 15581

All 730094

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE