KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bahang kemeriahan sambutan Majlis Rumah Terbuka TLDM yang berlangsung esok mula dirasai. Seawal jam 9 pagi lagi seramai 20 anggota telah bergotong-royong menyembelih dan melapah lembu di pekarangan KD SRI GOMBAK hari ini.

 

Aktiviti menyembelih dan melapah lembu ini merupakan acara pembukaan bagi persiapan majlis sementara anggota-anggota yang lain bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan masakan di Galley.

 

 

 

 

Anggota bertungkus-lumus melapah daging lembu

Objektif utama acara ini untuk memupuk semangat bekerjasama serta mengeratkan silaturahim di samping dapat menjalinkan kemesraan di kalangan anggota dalam menyediakan juadah kepada tetamu yang akan bertandang ke majlis kemuncaknya esok.

Beberapa orang anggota sedang berusaha menumbangkan lembu Tekun...dua anggota sedang memotong daging untuk dijadikan
juadah Majlis Rumah Terbuka

 

Acara menyembelih dan melapah lembu turut disaksikan oleh Pegawai Laksana KD SRI GOMBAK, Lt Kdr Bakhri bin Ahmad TLDM serta beberapa pegawai lain. Dianggarkan ribuan tetamu akan hadir ke sambutan Majlis Rumah Terbuka TLDM esok. Terdapat 15 buah gerai makanan akan disediakan yang menyajikan pelbagai juadah enak di samping beberapa acara yang telah diatur bagi memeriahkan lagi majlis.

 


Rujukan: 240813
Sumber: Cawangan Perhubungan Awam MKTL
Artikel: PK Siti Fatimah binti Muhammad Ali
Jurufoto: LK KOM Abdullah & LKI TNL Hafefzul

 

 

                                                    

Peserta kursus Naval Command Staff Course (NCSC) Siri Ke-6, 2013 dari KD SULTAN IDRIS I (KDSI I) telah menganjurkan projek jiwa murni di Sekolah Convent Lebuh Light, Pulau Pinang pada 24 Okt 13 yang lepas. Sesuai dengan peranan KDSI I maka konsep Jiwa Murni yang dilaksanakan adalah memfokuskan kepada memberi pendidikan serta kesedaran berkaitan perkhidmatan TLDM. Peluang ini juga diambil bagi mempromosi kerjaya TLDM kepada pelajar-pelajar sekolah yang berprestasi tinggi yang turut disertai oleh MRSM Balik Pulau, SMK St. Xavier dan SMK Bukit Jambul. 

                                                     

Acara dimulakan dengan senamrobik di Padang Kota Lama yang melibatkan pelajar sekolah, peserta NCSC serta turut disertai oleh Navy People dari UPS Sungai Nyior. Acara telah dilaksanakan dengan meriah apatah lagi penganjur berjaya mendapatkan Presiden Senamrobik Malaysia untuk mengetuai acara ini. Acara utama bagi projek kali ini adalah ceramah kerjaya di dewan sekolah Convent. Acara turut mendapat perhatian pejabat pendidikan daerah dengan Pembantu Pegawai Pendidikan Daerah turut hadir bagi menyaksikan pelaksanaan program. Beliau turut memberi ucapan pembukaan yang kemudiaannya turut dibalas oleh Pegawai Memerintah KDSI I. Peserta NCSC telah menggunakan konsep proactive enggagement dengan memperkenalkan sejarah dan kepentingan TLDM kepada negara maritim seperti Malaysia

Pelajar sekolah turut didedahkan dengan elemen-elemen TLDM yang lebih dekat dan mudah difahami seperti elemen PKBM (L), PALAPES (L), PSSTLDM serta UPNM. Selain itu kerjaya-kerjaya profesional turut diperkenalkan berkonsepkan experience sharing pegawai NCSC berkepakaran antaranya Juruterbang (Lt Kdr Muliadi), Submariner (Lt Kdr Hisham), Jurutera (Lt Kdr Ir Adha), Pegawai Memerintah Kapal (Lt Kdr Faizal) dan Logistik (Lt Kdr Haniyusman). Memandangkan sekolah Convent adalah sekolah wanita maka elemen wanita di dalam TLDM turut diberi penekanan dengan Lt Kdr Syazmihizna bertindak sebagai moderator kepada segmen wanita TLDM. Sepanjang ceramah kerjaya ini pelbagai kuiz turut diselitkan bagi memastikan keterujaan pelajar sentiasa tinggi terutamanya apabila menerima hadiah setelah berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan. Sebagai pengajur, peserta NCSC dengan kerjasama bahagian Sel Promosi Kerjaya MkTL turut menyediakan pameran kerjaya melalui risalah-risalah yang diedarkan secara percuma. Penganjur juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan model peluru dan peluru berpandu serta peralatan navigasi seperti sextant, star globe dan peta pelayaran yang terdapat di dalam inventori TLDM. Pelajar-pelajar juga berpeluang mendapat edisi terbaru Berita Samudera selain membeli pelbagai cenderamata di kioskjualan yang disediakan.Sebagai pelengkap acara di Pulau Pinang, peserta NCSC turut melakukan tanggungjawab sosial dengan aktiviti menderma darah di Hospital Pulau Pinang. 

Pihak hospital juga telah memberi kerjasama yang baik di dalam melicinkan lagi perjalanan acara. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif yang dikhususkan. Ia telah berjaya membuka mata dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar-pelajar serta guru-guru yang terlibat. Projek ini juga berjaya dilaksanakan dengan kos yang amat minima tetapi telah memberi impak yang amat besar kepada TLDM. Acara ini juga turut mendapat pujian Pembantu Pegawai Pendidikan Daerah serta guru-guru kanan terlibat yang mengakui tahap profesionalisme tinggi pegawai-pegawai TLDM kerana mampu mengendali dan menguasai perjalanan program tanpa pelajar sekolah merasa kebosanan. Peserta NCSC turut dipuji kerana berkeupayaan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik berbanding dengan organisasi kerajaan lain yang pernah dijemput sebelum ini.

 

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 226

Yesterday 723

Month 15590

All 730103

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE