×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 977

Lumut, 15 Okt – Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) telah melaksanakan majlis pemakaian pangkat bagi dua orang Jawatankuasa Laksamana, dua orang Pegawai Kanan TLDM dan seorang Kehormat PSSTLDM. Turut terlaksana adalah majlis ini adalah majlis Serah Terima Tugas bagi beberapa jawatan tertinggi dalam pengurusan TLDM dimulai Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL), Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) dan yang tertinggi iaitu Panglima Armada Barat (PA Barat). Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin di Auditorium Venus, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL).

1
Simbolik Serah Tugas Panglima Armada Barat

Warga Navy People di Pangkalan TLDM hadir memberi sokongan kepada kepimpinan baru dan memenuhi ruang dewan bermula mulai jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya dengan penuh semangat oleh kesemua warga Navy People yang hadir. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin diiringi Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad, Mantan Panglima Armada Barat.

Seramai dua orang Jawatankuasa Laksamana, dua orang pegawai kanan TLDM telah dinaikkan pangkat. Turut terlaksana adalah penganugerahan Kepten Kehormat PSSTLDM kepada Pengarah Transformasi Pendidikan MARA Corporation. Senarai pemakai pangkat seperti berikut:

a. Laksamana Muda ke Laksamana Madya
1) Laksamana Muda Dato’ Haji Rusli bin Ramli

b. Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda
1) Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali

c. Kepten TLDM kepada Laksamana Pertama
1) Kepten Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin TLDM
2) Kepten Khir Junaidi bin Idris TLDM

d. Dikurniakan Kepten (Kehormat) PSSTLDM
1) Prof. Dr. Sakina Sofia binti Baharom – MARA

2
PTL bergambar bersama JLAKS dan
Kehormat PSSTLDM yang dinaikkan pangkat

Meneruskan acara, Panglima Tentera Laut telah menyempurnakan sesi tandatangan Sijil Serah Terima Tugas bagi beberapa jawatan penting di Armada Barat. Majlis Serah Terima Tugas ini dimulai dengan jawatan Komander Pangkalan Lumut di antara Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin dan Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus. Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Alias akan bercuti dan seterusnya meneruskan persaraan setelah berkhidmat hampir 42 tahun bersama TLDM. Laksamana Pertama Roslan yang bakal menggantikan beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai Panglima Udara. Seterusnya, Majlis Serah Terima Tugas diteruskan dengan jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) di antara Laksamana Madya Dato’ Haji Rusli bin Ramli dan Laksamana Muda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah. Selama 1 tahun 9 bulan memacu MPPL, beliau sentiasa memastikan warga The Navy People sentiasa di landasan latihan yang betul. Antara inisiatif beliau adalah mewujudkan Blueprint Pendidikan dan Latihan dan Pelan POLARIS. Laksamana Muda Dato’ Aris Adi Tan yang menggantikan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).

3
PTL bersama mantan dan juga KOMPAL, PPL dan PA Barat baru

Majlis di MPPL berakhir dengan majlis menandatangi Sijil Serah Terima Tugas Panglima Armada Barat di antara Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad dan Laksamana Madya Dato’ Haji Rusli bin Ramli. Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bakal bersara daripada perkhidmatan setelah berkhidmat hampir 41 tahun bersama TLDM. Sepanjang berkhidmat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib sentiasa mementingkan kebajikan warga, pengoperasian kapal dan aktiviti keagamaan. Beliau telah menjadi perintis bagi program lawatan kebajikan ‘Ziarah Kasih’ dan sentiasa memantau operasi dan perkembangan pembaikan kapal-kapal di bawah naungan MPAB.

Gambar 4
Street Lining Persaraan Mantan PA Barat

Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Laut telah menzahirkan rasa kesyukuran atas segala kerjasama dan bantuan Mantan KOMPAL dan Mantan Panglima Armada Barat sepanjang mereka berkhidmat. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa TLDM sentiasa memberi ruang yang sama dan menggalakkan warga Navy People untuk berjaya dalam kerjaya mereka. Panglima Tentera Laut turut menyarankan agar kesemua warga berganding bahu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan baharu agar modal insan kita diperkukuh seterusnya mendokong kepada Transformasi 15to5.

Gambar 5
TPA Barat menyerahkan cenderahati daripada MPAB kepada
Laksdya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib sebagai tanda kenang-kenangan

6
Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati kedua ikon ini

Usai majlis di MPPL, warga Navy People di Armada Barat telah melaksanakan majlis ‘send off’ atau ‘street lining’ bagi mengiringi Mantan Panglima Armada Barat keluar pangkalan simbolik penyerahan tampuk pemerintahan secara rasmi. Tradisi ini adalah bagi menghargai setiap pemimpin tertinggi TLDM atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat bersama TLDM. ‘Street lining’ telah disertai oleh hampir 200 Pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat yang berkhidmat di Markas Pemerintahan Armada Barat dan unit bawah naungan. Fair Winds and Following Seas, Dato!

Artikel : 161118/04
Artikel : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Kelulusan : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Lumut, 12 Nov 18 - TLDM terus mengorak langkah dalam meningkatkan tahap akademik dan kemahiran anggota LLP TLDM apabila seramai 18 anggota kepakaran Pancaragam dari Pengambilan 214 mula mendaftar sebagai pelajar Diploma Seni Muzik yang dikendalikan secara kerjasama antara TLDM dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Majlis Pendaftaran Program Pengajian Diploma Seni Muzik ASWARA bagi kemasukan anggota LLP TLDM kepakaran Pancaragam (PGM) diadakan secara sederhana di Fakulti Bekalan dan Pengurusan, KD PELANDOK. Majlis pendaftaran tersebut turut dihadiri Pengarah Pembangunan Materiel dan Dekan Fakulti Muzik ASWARA. Majlis dimulakan dengan pendaftaran anggota PGM sebagai pelajar program Diploma Seni Muzik ASWARA dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Dekan Fakulti Muzik ASWARA, Taklimat Akademik, Taklimat Sistem TLDM dan seterusnya Sesi Soal Jawab. TLDM melalui Kementerian Pertahanan telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan ASWARA bagi Program Diploma Seni Muzik untuk anggota PGM pada 5 November 2018. 

1

2
Anggota PGM Pengambilan 214 sedang mendaftar sebagai pelajar Program Diploma Seni Muzik ASWARA
3

4
Pengarah Pembangunan Materiel dan Dekan Fakulti Muzik ASWARA turut menghadiri sesi Taklimat Akademik
5

6
Sebahagian pelatih PGM, Jurulatih PGM dan kakitangan akademik ASWARA semasa Majlis Pendaftaran Program Diploma Seni Muzik ASWARA

Pengajian program Diploma ini mengambil masa selama 2 tahun dan dikendalikan semasa anggota PGM mengikuti Kursus Peningkatan Kelas II hingga Kursus Peningkatan Kelas I. Bagi anggota PGM Pengambilan 214, mereka mula mengikuti pengajian program Diploma Seni Muzik ini pada 12 November 2018 dan dijangka tamat pengajian pada 15 November 2020. Anggota yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Diploma Seni Muzik ASWARA di samping lulus Kursus Kerjaya PGM hingga ke peringkat Peningkatan Kelas I. Diploma Seni Muzik ini juga telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Pengajian Tinggi dan pelbagai industri muzik di dalam negara. Sesungguhnya usaha Pengurusan Tertinggi TLDM dalam membangunkan modal insan dan melahirkan sumber insan yang intelek serta berkualiti melalui peningkatan tahap akademik dan kemahiran perlu diteruskan demi mencapai aspirasi 15to5 dan seterusnya mewujudkan Tentera Laut bertaraf dunia.

 

Rujukan: 161118/03
Sumber: Bahagian Materiel Mk TL
Artikel: PS 2 Tred dan Kepakaran
Jurofoto: Bahagian Materiel Mk TL

Kuala Lumpur, 10 Nov 18 - Seramai 18 orang Pegawai Bekalan dan Urus Setia TLDM telah dianugerahkan Chartered Membership of Institute of Logistics and Transport (CMILT) semasa Konvokesyen The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia Tahun 2018 yang telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Putra World Trade Centre. Anugerah Logistik dan Pengangkutan yang bertaraf dunia tersebut hanya dianugerahkan kepada individu yang berkecimpung dalam bidang logistik dan pengangkutan yang telah memenuhi kriteria dari segi akademik, pengalaman dan kemahiran dalam bidang berkaitan serta telah lulus Kursus PQE Logistics - CILT. Sijil Chartered Membership of Institute Logistics and Transport (CMILT) adalah setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), semua organisasi, firma dan agensi logistik serta institusi pengajian tinggi secara global. Penerima anugerah CMILT juga diterima sebagai ahli profesional logistik dan pengangkutan di peringkat antarabangsa. Sebelum menerima pensijilan CMILT, 18 orang Pegawai Bekalan dan Urus Setia tersebut telah terlebih dahulu mengikuti Kursus PQE Logistics - CILT yang dilaksanakan semasa Kursus Lanjutan Pegawai Bekalan (KLPB) mulai 9 Julai hingga 10 Ogos 2018 di KD SULTAN IDRIS I. Selain mengikuti modul-modul berkaitan logistik dan pengangkutan, Pegawai Bekalan dan Urus Setia tersebut juga telah berjaya menyediakan dan membentangkan Kertas Projek berkaitan bidang logistik dan pengangkutan kepada Panel yang dilantik oleh CILT Malaysia. Penganugerahan CMILT telah disempurnakan oleh Presiden CILT Antarabangsa yang berpusat di United Kingdom iaitu Lt Col (Ret) Kevin Byrne FCILT. Buat julung kalinya CILT Malaysia menganugerahkan Best Student Awards kepada peserta Kursus PQE Logistics - CILT daripada TLDM yang mana Lt Kdr Husnein Aras bin Abdul Azim TLDM N/403053 dinobatkan Best Student Awards 2018.

1

2
Antara Pegawai Bekalan dan Urus Setia yang menerima pensijilan CMILT
3

4
Sebahagian Penerima Pensijilan CMILT bersama-sama dengan Laksma Affenddy bin Suhaimi (Pengarah Kanan Materiel)
5
Presiden CILT Antarabangsa dan AJK CILT Malaysia
6
Lt Kdr Husnein Aras TLDM dinobatkan Best Student Awards 2018
8

7
Antara Pegawai TLDM yang dianugerahkan pensijilan CMILT

Sebagai Chartered Member CILT, Pegawai Bekalan dan Urus Setia berpeluang menyertai sebarang simposium, kursus, seminar atau bengkel anjuran CILT di dalam dan luar negara. Di samping itu, pensijilan CMILT mempunyai nilai kebolehpasaran yang amat berguna untuk Pegawai Bekalan dan Urus Setia memperolehi pekerjaan di industri luar setelah bersara kelak. Sesungguhnya usaha dan sokongan Pengurusan Tertinggi TLDM menggalakkan Pegawai Bekalan dan Urus Setia memperolehi pengiktirafan profesional logistik dan pengangkutan bertaraf antarabangsa merupakan satu usaha murni yang terpuji dan perlu diteruskan pada masa hadapan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai TLDM yang dianugerahkan pensijilan CMILT.


Rujukan: 161118/02

Sumber: Bahagian Materiel Mk TL
Artikel: PS 2 Tred dan Kepakaran
Jurufoto: Bahagian Materiel Mk TL


Putrajaya, 14 Nov 18 - Seramai 158 anggota LLP TLDM Cawangan Bekalan dan Urus Setia telah dianugerahkan Diploma semasa Konvokesyen ke-9 Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang diadakan di Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre. Pada Istiadat Kovokesyen tersebut, seramai 79 graduan Diploma Pengurusan Logistik dan 79 graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari kalangan anggota LLP TLDM Kepakaran Teknisyen Logistik (TNL) dan Kepakaran Pentadbiran dan Kewangan (PNK) Pengambilan 210 dan 211 telah dianugerahkan dengan Diploma atas kejayaan menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Penganugerahan Diploma tersebut telah disempurnakan oleh Pro Canselor - Yang Teramat Mulia Brigadier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah. Julung kalinya seramai 6 anggota LLP TLDM telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan Hadiah Buku semasa Konvokesyen UPNM. Setiap anggota yang dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang akan menerima wang tunai berserta Sijil. Hadiah berupa wang tunai ditaja oleh UPNM Holdings Sdn. Bhd. Bagi Pengambilan 210, penerima Anugerah Pelajar Cemerlang adalah seperti berikut:

a. Anugerah Diploma Terbaik (RM1,000.00 berserta Sijil):
    LK I PNK Nur Alisha Antasia binti Tawi
b. Anugerah Buku DPL (RM500.00 berserta Sijil):
    LK I TNL Noor Hasnida binti Mohd Zin
c. Anugerah Buku DPP (RM500.00 berserta Sijil):
    LK I PNK Norakmatul Shuhada binti Ismail

Manakala penerima Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Pengambilan 211 adalah seperti berikut:

a. Anugerah Diploma Terbaik (RM1,000.00 berserta Sijil):
    LK I TNL Delina anak David
b. Anugerah Buku DPL (RM500.00 berserta Sijil):
    LK I TNL Avila Iona anak Johnny
c. Anugerah Buku DPP (RM500.00 berserta Sijil):
   LK I PNK Nur Izzamina binti Izham

1
Penerima Diploma Pengurusan Logistik dan Diploma Pentadbiran Perniagaan bersama-sama dengan Ketua Fakulti, Ketua Sekolah dan Pengarah serta Timbalan Pengarah NIEEd, UPNM.
2

3

4

5
Penganugerahan Diploma oleh Yang Teramat Mulia Tunku Pro-Canselor
 6

Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Pengambilan 210 bersama-sama dengan pegawai dan jurulatih7
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Pengambilan 211 bersama-sama dengan pegawai dan jurulatih8
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Pengambilan 210 dan 211 bersama-sama dengan pegawai dan jurulatih

Sesungguhnya usaha, galakan dan sokongan padu Pengurusan Tertinggi TLDM dalam membangunkan modal insan yang berintelek dan berkualiti melalui peningkatan tahap kursus kerjaya anggota LLP TLDM ke peringkat Diploma merupakan satu usaha murni yang terpuji dan perlu diteruskan pada masa hadapan. Usaha ini bukan sahaja dapat mewujudkan Tentera Laut bertaraf dunia malah menyokong objektif Sistem Latihan ATM dalam membekalkan dan menyumbang sumber insan yang berintelek dan berdaya saing kepada Negara. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota LLP TLDM yang telah dianugerahkan Diploma semasa Konvokesyen ke-9 UPNM.


Rujukan: 161118/01
Sumbur: Bahagian Materiel Mk TL
Artikel: PS 2 Tred dan Kepakaran
Jurufoto: Bahagian Materiel Mk TL

 

Lumut, 15 Okt – Warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut hari ini bersama-sama berkumpul di Auditorium M.Sidek Shabudin hari ini bagi mendengarkan amanat yang disampaikan oleh Panglima Armada Barat. Majlis Amanat dan Ramah Mesra hari ini turut dihadiri oleh warga Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Laut Lumut.

1
Nyanyian penuh semangat warga Navy People

2
Lontaran ingatan dan nasihat yang terakhir
daripada PA Barat kepada warga

Dianggarkan seramai hampir 1000 warga hadir mulai jam 9 pagi dan memenuhi ruang yang disediakan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya dengan penuh semangat oleh kesemua warga Navy People yang hadir. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad, Panglima Armada Barat. Mengimbau kembali, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib telah menjawat jawatan sejak 10 Julai yang lalu. Sepanjang berkhidmat sebagai Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib sentiasa mementingkan kebajikan warga, pengoperasian kapal dan aktiviti keagamaan. Beliau telah menjadi perintis bagi program lawatan kebajikan ‘Ziarah Kasih’ dan sentiasa memantau operasi dan perkembangan pembaikan kapal-kapal di bawah naungan MPAB.

3
Penuh! Warga Navy People memenuhi ruang di
Auditorium M.Sidek Shabudin

Dalam ucapan beliau, Panglima Armada Barat menyatakan hasrat berbangga dapat berkhidmat dan bertemu warga Navy People. Beliau turut menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas hari-hari yang dilalui sepanjang berada dalam perkhidmatan. Beliau menekankan aspek keselamatan dan turut berharap kesemua warga sentiaa menentukan keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab sehari-hari. Soal keselamatan merupakan faktor yang tidak boleh dipandang enteng dan tiada kompromi. Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada warga untuk meengamalkan sikap yang positif dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Turut sama diingatkan agar semua warga dapat menjalinkan kerjasama utuh dan sentiasa bersikap terbuka dan fleksibel agar komunikasi dua hala dapat dijalinkan seterusnya melicinkan pentadbiran.

4
Penyerahan sijil penghargaan atas kejayaan
KD LEKIU dalam Eksesais Rim of the Pacific

5
Be the First! Warga Pangkalan TLDM Lumut
bergambar kenangan bersama PA Barat

Dalam majlis yang sama, turut dilaksanakan penyerahan Sijil Penghargaan kepada Kepten Abdul Halim bin Haji Shaari TLDM dan KD LEKIU atas prestasi terbaik dan mencipta pelbagai kejayaan dalam mempertingkat imej Malaysia dalam eksesais maritime terbesar bertaraf dunia itu. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan ringan Panglima Armada Barat bersama warga di sekitar Auditorium M.Sidek Shabudin.

Rujukan : 141118/01
Artikel : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Kelulusan : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Lumut, 10 Okt – Sambutan Hari Keluarga Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) berlangsung meriah di Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA) di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad dan isteri, Datin Saadiah binti Haji Ibrahim.

Gambar 1
Laksdya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib dan
Datin Saadiah merasmikan Hari Keluarga

Gambar 2.1
Antara gambar aktiviti yang telah terlaksana

Gambar 2.2

Seramai hampir 600 warga hadir bersama keluarga demi memeriahkan sambutan hari keluarga yang saban tahun dilaksanakan ini. Konsep santai dan minimal jadi pilihan tahun ini bagi tujuan menggalakkan komunikasi dan ramah mesra antara pengurusan tertinggi Markas bersama warga Navy People dan keluarga. MPAB berusaha bagi menjadikan Hari Keluarga sebagai rutin tahunan Markas bagi meraikan staf serta keluarga yang sentiasa bertungkus lumus memberi semangat selain turut membantu memastikan setiap aktiviti melibatkan perkhidmatan berjalan lancar melalui sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.

Gambar 3.1
Kanak-kanak ceria dan seronok dengan pengisian program

Gambar 3.2
Kanak-kanak ceria dan seronok dengan pengisian program

Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1 petang menyaksikan majlis bermula dengan pelancaran Hari Keluarga. Pelbagai aktiviti sukaneka berjaya menarik minat warga untuk memberikan sokongan dan melibatkan diri dalam setiap acara, sesuai dengan visi MPAB, Jadilah Yang Pertama. Keseluruhan 19 acara sukaneka telah terlaksana dengan lancar dan menyeronokkan seperti Kerusi Berirama, Lari Dalam Guni, Kutip Gula-gula dan Tiup Belon Sehingga Pecah. Pasangan suami isteri turut berpeluang bermain aktiviti yang mencuit hati seperti Makin Jauh Makin Sayang, Tikar Ajaib dan Lari 3 Kaki.

Gambar 4.1
Pelbagai hadiah menarik menanti mereka yang bertuah

Gambar 4.2

Gambar 5
Patri kenangan. Hari Keluarga MPAB 2018 meriah!

Debaran menanti setiap warga yang hadir apabila cabutan bertuah turut dilaksanakan. Tahniah kepada yang bertuah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Panglima Armada Barat dan Isteri atas kesudian meyampaikan hadiah cabutan bertuah. Setiap yang hadir melahirkan kegembiraan dan keceriaan dan berharap agar tradisi penganjuran hari keluarga setiap tahun dapat diteruskan.

Rujukan : 121118/04
Artikel : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Kelulusan : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

SANDAKAN, 12 November 2018 –Kapal Diraja SRI JOHOR (KD SRI JOHOR) hari ini sekali lagi telah melaksanakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) bagi Siri Ke-18 dalam tahun 2018. Inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan kerjasama 3 buah negara Malaysia, Indonesia dan Filipina kali ini melihatkan KD SRI JOHOR telah melaksanakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP DIOSCORO PAPA (PS 381) di sekitar garis sempadan maritim di antara kedua-dua buah negara iaitu 6.7 Batu Naunika Timur Laut Pulau Mataking Kecil, Malaysia. Kedua-dua buah kapal tersebut sedang melaksanakan rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

1
KD SRI JOHOR dan BRP DIOSCORO PAPA
memulakan pertemuan di laut

2
Sesi perbincangan dan pertukaran maklumat operasi
oleh Tim Pemerintah kedua-dua kapal

Program kali ini telah bermula dengan KD SRI JOHOR yang diperintah oleh Lt Kdr Mohd Faizul bin Yaacob TLDM bertemu dengan BRP DIOSCORO PAPA yang diperintah oleh Lt Rey Remigo PN. Kedua-dua kapal telah mengadakan perbincangan operasi di mana perkongsian maklumat dilakukan dan seterusnya perancangan latihan dilaksanakan oleh tim pemerintah KD SRI JOHOR dan BRP DIOSCORO PAPA. Selain daripada itu, kedua-dua kru kapal mengadakan aktiviti crossdeck yang melibatkan lawatan ke tempat kerja masing-masing bagi mengenali tatacara dan prosedur yang diguna pakai oleh TLDM dan TLP. Usaha ini akan memantapkan lagi persefahaman di antara anggota TLDM dan TLP serta memberi peluang kepada mereka mengenali rakan sejawat yang akan beroperasi bersama.

3
Sesi Bergambar KD SRI JOHOR dan BRP DIOSCORO PAPA
sebelum memulakan latihan

Pertemuan ini juga merupakan kali pertama bagi KD SRI JOHOR di bawah pemerintahan Lt Kdr Faizul yang baharu menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah mulai 5 November 2018 di bawah program TMP. Inisiatif TMP dilihat telah menghasilkan impak yang memberansangkan di mana sejak tahun 2017 dan berjaya menghindarkan peningkatan jenayah rentas sempadan. Inisiatif rondaan TMP sebegini diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat setempat dan antarabangsa ke atas keupayaan negara Malaysia dan Filipina bersama Indonesia dalam mengurus isu keselamatan maritim terutamanya di Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Sejurus selesai sesi perkongsian maklumat dan interaksi melibatkan kru kedua-dua buah kapal, KD SRI JOHOR dan BRP DIOSCORO PAPA meneruskan latihan bersama di laut. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Replenishment at Sea Approach (RASAP), Kibaran Bendera (Semaphore) dan Latihan Manuvra Taktis (MANTAK). Kesemua latihan ini bertujuan meningkatkan keupayaan dan interoperabiliti di antara kedua-dua tentera laut.

4
Latihan Semaphore dan PXP

5
Latihan MANTAK di antara kedua-dua kapal

Rondaan bersama dan pertemuan ini akan diteruskan untuk memudahcara pertukaran maklumat berkaitan ancaman semasa di kawasan persempadanan perairan kedua-dua buah negara. Di samping dapat menurunkan kadar jenayah rentas sempadan dan mengekalkan kestabilan keselamatan maritim, inisiatif rondaan bersama TMP ini juga menjadi salah satu medium bagi kedua-dua angkatan laut yang mewakili negara masing-masing untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala serta memperoleh manfaat daripada perkongsian ilmu dan latihan bersama yang dijalankan. Selesai pertemuan, kedua-dua kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

Rujukan : 121118/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto : KD SRI JOHOR

Langkawi 9 Nov 18 – Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA3) telah mengadakan satu aktiviti larian dan senaman aerobik di Pantai Chenang sebagai sukan pangkalan. Seramai 120 orang anggota tentera termasuk staf awam telah hadir bagi menjayakan aktiviti ini. Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Mohamad Azuwan bin Harun turut hadir memeriahkan acara.

1
Warga MAWILLA 3 melakukan pemanasan

2
Acara larian sejauh 3 KM

Aktiviti ini telah diadakan seawal jam 7 pagi dimulai dengan larian pantai sejauh 3 km dan diikuti dengan senaman aerobic oleh staf Jurulatih Jasmani Markas. Aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan silatulrahim dan menjalin persaudaraan serta mengakrabkan antara sesama warga MAWILLA 3. Selesai aktiviti, semua warga membuat gotong royong mengutip sampah sepanjang pantai sebelum beredar pulang.

3
Warga MAWILLA 3 melakukan senam aerobik
yang dikelola oleh Jurulatih Jasmani

4
Warga MAWILLA 3 melaksanakan gotong royong
membersihkan kawasan sekitar pantai

Pihak Pengurusan Tertinggi Markas Wilayah Laut 3 telah mengambil inisiatif untuk menjadikan pengisian semasa hari sukan pangkalan lebih produktif dan berkualiti kepada semua peringkat dalam menjaga tahap kecergasan disamping mengekalkan BMI pada tahap yang ideal. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu warga untuk melepaskan tekanan selepas bertungkus lumus melaksanakan tugasan seharian.

Rujukan : 121118/02
Sumber : Perhubungan Awam MAWILLA 3
Artikel : LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin
Jurufoto : LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin

SANDAKAN, 10 November 2018 – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin hari ini telah menyampaikan amanat dan aspirasi sebagai Pemerintah Tertinggi TLDM kepada Navy People Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dalam sambutan penghargaan sempena pengunduran beliau dari jawatan itu dan bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Setelah berkhidmat di dalam TLDM selama hampir 42 tahun dan memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Laut selama 3 tahun, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman akan menyerahkan tampuk pemerintahan TLDM kepada pengganti yang baharu pada hujung bulan November ini. Dalam lawatan sempena persaraan ini, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman terdahulu telah diraikan di pangkalan-pangkalan TLDM di Kota Kinabalu dan Semporna sebelum ke MAWILLA 2 yang menjadi lokasi terakhir di dalam siri lawatan di Sabah ini. Dalam majlis sambutan yang dihadiri oleh semua Navy People MAWILLA 2, Pangkalan TLDM Sandakan ini, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman telah memberikan ucapan terakhir yang menyentuh beberapa aspek meliputi aspirasi, pengharapan dan yang paling utama adalah sebagai tanda terima kasih kepada semua Navy People yang telah menyokong dan memberi sokongan padu kepada beliau sepanjang menjadi Nahkoda Bahtera TLDM. Beliau menyeru semua Navy People untuk sentiasa mengejar kecemerlangan dan jangan sekali kembali kepada amalan membuat perkara seperti biasa. Beliau memperingatkan semua Navy People bahawa berkhidmat dalam TLDM adalah satu seruan dan bukannya pekerjaan, beliau menyatakan “Saya dari keluarga tentera, jika dikira perkhidmatan 6 orang kami iaitu arwah ayah dan adik-beradik serta anak saudara, jumlah perkhidmatan kepada Raja dan Negara adalah 175 tahun”.

GAMBAR 1
Tan Sri Ahmad Kamarulzaman menerima tabik hormat daripada Kumpulan Kehormatan Suku
GAMBAR 2
Sesi Menandatangani Buku Pelawat
GAMBAR 3
Tan Sri PTL menyampaikan amanat dan pesanan kepada hadirin di dalam dewan
GAMBAR 4
Warga MAWILLA 2 yang hadir kusyuk mendengar intipati ucapan Tan Sri PTL
GAMBAR 5
Penyampaian cendera kenangan kepada Tan Sri PTL
GAMBAR 6
Sesi bergambar kenangan bersama warga Navy People Sandakan
GAMBAR 7
Warga Navy People Sandakan beratur di sepanjang jalan bagi mengucapkan ucapan selamat tinggal kepada Tan Sri PTL
GAMBAR 8
PANGWILLA 2 bersalaman dengan Tan Sri Ahmad Kamarulzaman buat kali terakhir

 Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman dalam ucapannya juga menekankan perkara dan isu berkaitan pembentangan Belanjawan 2019 yang dilihat akan memberikan kesan kepada TLDM. Berikutan pengurangan ketara dalam peruntukan, ia dilihat akan memberikan sedikit kesan kepada TLDM dalam menumpukan komitmen dan pengoperasian khususnya bagi memenuhi keperluan dan ekpektasi operasi maritim. Sungguh pun berlaku pengurangan peruntukan, ia bukanlah adalah alasan utama untuk semua Navy People tidak dapat memberikan sumbangan dan khidmat bakti dalam memastikan perairan negara sentiasa terpelihara dengan berkesan. Walaupun begitu, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman juga sedar bahawa isu kesiapsiagaan aset, keselamatan dan kesejahteraan warga tidak boleh dipandang ringan oleh pucuk pimpinan TLDM dan akan terus membawa isu seperti ini ke pengetahuan pihak kementerian dari masa ke semasa. Selain itu, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman juga menekankan rancangan Transformasi 15to5 TLDM akan dipastikan berada di landasan yang betul melalui sokongan dan bantuan daripada Kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Beliau yakin perancangan jangka panjang TLDM selama 35 tahun ini merupakan batu asas dan permulaan kepada suatu pembaharuan serta penstrukturan semula TLDM melalui beberapa inisiatif khususnya dalam perolehan aset yang berkemampuan memenuhi keperluan semasa operasi sesuai dengan peredaran masa. Aset-aset berusia yang pada ketika ini memerlukan sejumlah kos pengoperasian yang tertinggi dari aspek pembaikan dan senggaraan akan digantikan dengan kapal yang bersesuaian serta berupaya memastikan keselamatan kepentingan negara dan komuniti maritim terus terjamin. Menyentuh pengoperasian MAWILLA 2 di Pangkalan TLDM Sandakan yang telah menjangkaui 1 tahun, beliau menyatakan bahawa MAWILLA 2 merupakan perisai pertahanan maritim (front line) di negeri Sabah khususnya di perairan Timur Sabah. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan TLDM demi memacu markas ini ke arah kecemerlangan khususnya dalam memastikan keselamatan maritim dan sempadan perairan Timur Sabah sentiasa terpelihara. Ini termasuklah dengan penambahan bilangan kapal dan aset yang beroperasi di MAWILLA 2 serta program Transformasi 15to5. Selain itu inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan kerjasama 3 buah negara Malaysia, Indonesia dan Filipina dilihat telah terbukti memberi manfaat yang baik dan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Eastern Sabah Security Zone (ESSZone). Usaha sama ini juga dilihat telah memberikan banyak kebaikan dan keyakinan kepada negara serantau dan pengguna alur pelayaran khususnya dalam tahap keselamatan maritim di Laut Sulu dan Sulawes. Di akhir ucapan, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman percaya Kepimpinan Tertinggi TLDM pada masa akan datang khususnya Panglima Tentera Laut yang baharu akan terus komited untuk memperkasakan TLDM berpandukan nilai teras iaitu kemuliaan, kesetiaan, keberanian dan kebanggaan. Selesai ucapan dan sesi ramah mesra bersama hadirin, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman telah diberikan sambutan terakhir dengan acara street lining di mana semua Navy People MAWILLA 2 berdiri di sepanjang jalan bagi memberikan lambaian dan penghormatan terakhir kepada Panglima Tentera Laut Ke-16 yang beredar meninggalkan majlis.

Rujukan: 121118/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

LUMUT, 9 Nov 18 - Kejohanan Lumba Basikal Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Lembaga Kawalan Sukan TLDM telah berlangsung pada 7 hingga 9 Nov 18 di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan Kejohanan Lumba Basikal adalah seperti berikut:

1Pasukan Lumba Basikal TLDM kategori Lebuhraya
2
Peserta Lumba Basikal TLDM
kategori Mountain Bike
3Pelepasan Lumba Basikal Katagori Berpasukan
4Pasukan Lumba Basikal TLDM kategori berpasukan
5Pasukan Lumba Basikal TLDM
6Pelumba Basikal TLDM kategori berpasukan
7
Pemberian Skim Insentif Kemenangan LEKAS oleh Panglima Udara TLDM
8
Pasukan Lumba Basikal TLDM, TDM dan TUDM bergambar
bersama Panglima Udara TLDM

Johan: TLDM

N/Johan: TDM

Ketiga: TUDM

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan merangkul kejuaraan dalam ketiga-tiga kategori iaitu Lebuhraya, Mountain Bike dan berpasukan. Dengan kemenangan itu, Pasukan Lumba Basikal TLDM menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018. Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan skim insentif kemenangan LEKAS kepada persatuan yang beroleh kemenangan Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus, Panglima Udara TLDM.

Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Sukan TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” - Michael Jordan

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke -11 berturut-turut dalam ISG 2018 ini.

Majulah Sukan untuk TLDM.

 

Rujukan: 091118/01
Sumber: Lembaga Kawalan Sukan TLDM
Artikel: Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim TLDM
Jurufoto: Lembaga Kawalan Sukan TLDM

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 225

Yesterday 723

Month 15589

All 730102

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE