×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 977

Lumut, 31 Okt 18 – Majlis santai malam Asisten Marshal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM diiringi Pegawai Laksana (XO) Lt Kdr Mohd Asuwadi bin Mat Yacob TLDM serta bersama-sama warga PROTELA Lumut telah dilaksanakan dengan jayanya diserambi PROTELA Lumut. Majlis julung kalinya diadakan melibatkan semua warga PROTELA.

Didalam ucapan beliau menyeru agar warga PROTELA sentiasa berusaha meningkatkan tahap disiplin,kemahiran dan pengetahuan agar menyumbang kearah kecemerlangan perkhidmatan. Pelbagai inisiatif dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh AMP juga meniti beratkan agar warganya supaya menjauhi gejala yang tidak berfaedah seperti dadah,THTC dan sebagainya yang boleh memudaratkan perkhidmatan. Selain daripada beramah mesra. Perjumpaan ini juga telah memberi peluang pihak pengurusan tertinggi menyampaikan maklumat yang penting serta memberi nasihat kepada warga.

1
Ucapan AMP
2
AMP menyampaikan Ucapan Kepada Warga
3
AMP memotong reben
4
Karaoke berpasangan
5
Pegawai Laksana Memberi hadiah kepada peserta

AMP menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerana telah memberi sokongan yang padu sepanjang berlangsung majlis, dengan suntikan semangat inilah dapat mengeratkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan warga, bukanlah untuk menentukan dinilai dari segi semangat bersatu padu,bertoleransi,sikap serta meraikan. Merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Majlis disempurnakan dengan upacara pemotongan reben oleh AMP dalam majlis ini.

 

Rujukan: 311018/06
Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Jurufoto: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Tanjung Gelang, 31 Oktober 18 - Satu program kerohanian iaitu PROGRAM KEMBARA DAKWAH SAMUDERA telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama MAWILLA 1 pada hari ini. Seramai 23 orang peserta dari JAIP berpeluang mengikuti pelayaran bersama KD TERENGGANU bagi melaksanakan aktiviti berbentuk kerohanian tersebut disamping melaksanakan pelupusan abu Al-Quran seberat 2 tan semasa pelayaran. Program selama dua hari ini berjalan dengan lancar dimana semua objektif utama program dapat dicapai dengan jayanya. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dan para peserta mendaftar serta melapor diri di KD TERENGGANU. Seterusnya majlis telah dirasmikan oleh yang YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang sambil disaksikan oleh Ketua Ketua Jabatan Markas dan Pegawai Memerintah yang hadir. Pada jam 10.00 pagi kapal telah keluar belayar dari TPK dan menuju ke perairan Pulau Tioman.

1
Majlis Perasmian Program dan sesi
Memberi Cenderahati

2

3

4

Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang pelayaran seperti solat Zohor dan Asar secara berjemaah dan ceramah agama. Pada jam 3.00 petang, acara pelupusan abu Al-Quran dilakukan secara beramai-ramai dengan melepaskan abu ke dalam laut. Upacara dilakukan penuh tertib bagi menghormati kitab utama umat Islam itu. Para peserta tidak melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman membuang abu berkenaan walaupun keadaan laut sedikit bergelora.

5
Upacara pelupusan abu al-Quran dilakukan

6

7

8Solat berjemaah dan Forum Al-Muqarrabin

9

Jam 5.00 petang, kapal telah selamat bersauh di kawasan Teluk Tekek, Pulau Tioman. Pada sebelah malam, setelah selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah, satu Forum Al-Muqarrabin telah dilaksanakan dan dikelolai oleh pihak JAIP. Forum tersebut mengupas tentang isu isu semasa berkaitan umat Islam di negara kita dan permasalahan akidah umat Islam ketika ini. Pada jam 12.30 malam, kapal telah membongkar sauh dan bersedia untuk pulang ke TPK. Pada keesokan harinya para peserta dan anggota kapal menyertai program qiamullail dan gempur Subuh di KD TERENGGANU. Kapal telah selamat sampai ke TPK pada jam 10.00 pagi. Semua peserta bergembira dan berpuas hati di atas pelayaran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung.

Rujukan : 311118/05
Artikel : Lt Dya Muhammad Rusydi Bin Rosli TLDM
Jurufoto : Perhubungan Raya MAWILLA 1

Lumut, 25 Okt 18 – Cuaca baik disulami terbitan matahari dikala musim tengkujuh seolah-olah turut serta meraikan upacara penuh bermakna Istiadat Perbarisan Penghargaan YBhg Laksmana Muda Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin, Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL). Perbarisan penuh bermakna yang telah berlangsung selama 40 minit ini melibatkan 2 Divisyen dan 9 platun dengan kekuatan seramai 270 anggota. Kehadiran dan sokongan maksimum kakitangan awam seramai 80 Orang dari Markas Pangkalan Lumut (Mk PL) untuk memberi penghormatan sekaligus memberi imej bahawa mereka turut merasakan perasaan kehilangan seorang Panglima Yang disayangi. Susunan statik aset kenderaan tentera dibawah naungan Mk PL secara langsung memberi imej yang gagah bahawa Markas ini sentiasa bersiap sedia demi menjalankan tugas dan diaturgerak pada sebilang masa.

Perbarisan dimulakan dengan ketumbukan masuk padang pada jam 0745H dan seterusnya ketibaan YBhg KOMPAL pada jam 0805H. Tabik hormat serta Nyayian Lagu Negaraku dan Lagu Samudera Raya diiringi brassband KD PELANDOK mendahului acara perbarisan ini. YBhg KOMPAL menaiki kenderaan istiadat untuk pemeriksaan platun dan warga yang terlibat telah mempamerkan rupacara yang terbaik sekaligus menunjukkan Best Imppresion sebagai penghargaan kepada YBhg KOMPAL.

1Wajah Ceria Warga Awam Mk PL
2
Menyambut Ketibaan YBhg KOMPAL
3
YBhg KOMPAL Menerima Tabik Hormat
4
Pemeriksaan Platun Perbarisan

Mara Menghadap penuh bersemangat dan Laungan Gema Gempur Wira menimbulkan suasana ketenteraan membuktikan warga Mk PL sentiasa berada pada tahap yang terbaik menyemarakan lagi upacara perbarisan ini. Bacaan doa bagi memberkati majlis dan menghargaai YBhg KOMPAL mengakhiri perbarisan yang penuh bermakna ini.

5Upacara Bacaan Doa
6
Bergambar Kenangan

Rujukan: 311018/04
Sumber: Pejabat Istiadat Mk PL
Artikel: Lt Kdr Thiruchselvam a/l Balasubramaniam TLDM
Jurufoto: Staf KSI Mk PL

SANDAKAN, 30 Oktober 2018 – Panglima Angkatan Tentera (PAT) Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah memulakan lawatan ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi Timur Sabah mulai 30 Okt hingga 1 Nov 18. Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas terhadap pelaksanaan operasi di KTJ berkaitan kepada YBhg PAT.

Di dalam lawatan ini, YBhg PAT juga telah diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Operasi (PANGOP) Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Abd Wahab. Delegasi rombongan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sandakan (LTS) pada jam 5.15 petang dengan menaiki pesawat udara TUDM. Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam dan Timbalan PAWILLA 2 Kepten Zahari bin Samsuri TLDM serta Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) Brigadier Jeneral Dato’ Zarondin bin Md Amin telah menyambut ketibaan delegasi di LTS.

GAMBAR 1Ketibaan PAT dan Delegasi di LTS disambung oleh PANGWILLA 2
GAMBAR 2 2
PAT bersalaman dengan pegawai lain yang turut hadir di LTS
GAMBAR 3
Sejurus turun dari pesawat
GAMBAR 4
Bergambar kenangan bersama
GAMBAR 5
Delegasi menaiki helicopter EC725 TUDM bagi meneruskan atur cara lawatan

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai 20 Jun 18 yang lalu, ini merupakan lawatan rasmi yang pertama YBhg PAT ke negeri Sabah khususnya bagi melawat Pos-Pos Operasi yang terdapat di KTJ Timur Sabah. Sejurus tiba di LTS menaiki pesawat udara TUDM dari Pangkalan Udara Subang, delegasi telah meneruskan atur cara lawatan ke Pulau Jambongan dengan menaiki helicopter EC725 milik TUDM dan bermalam di sana. Pada keesokan harinya, Delegasi akan melakukan lawatan ke pos-pos operasi seperti di Pos Dogotan, Pos Karakit sebelum meneruskan program lawatan ke Kota Kinabalu pada sebelah petangnya.

Ketika berada di Kota Kinabalu, YBhg PAT akan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah dan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah sebelum berangkat ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK), Teluk Sepangar bagi upacara pengurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM serta Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi pegawai dan anggota ATM yang terlibat di dalam operasi nenentang Pengganas Sulu semasa Op DAULAT pada tahun 2013.

 

Rujukan: 311018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Lumut, 20 Okt 18 - Hari Keluarga Markas Pangkalan Lumut (Mk PL) dan KD MALAYA disambut meriah Pantai Taman Rekreasi Pangkalan TLDM Lumut. Kewujudan pantai ini merupakan cetusan idea oleh YBhg Laksmana Muda Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin, Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL).

YBhg KOMPAL berkata, aktiviti riadah diadakan bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dalam kalangan warga markas serta ahli keluarga memandang sambutan hari keluarga ini telah sekian lama tidak dilaksanakan akibat kepadatan pengendalian pelbagai aktiviti pangkalan.

1Ketibaan YBhg KOMPAL
2
Ucapan Aluan oleh YBhg KOMPAL

Lebih kurang 1000 orang telah membanjiri pantai rekreasi dengan penuh ceria apatah lagi apabila masing-masing bersama keluarga berpakaian ala Hawaii kerana tema Hawaii ditetapkan bagi menceriakan suasana sambutan. Sambutan kali ini menggunakan konsep santai, tiada kerusi disediakan. Hadirin membawa sendiri tikar untuk dijadikan alas dan ia menjadikan sambutan kali ini seperti satu perkelahan keluarga. Lebih bermakna dimana cuaca yeng cerah melancarkan pelaksanaan sambutan ini.

3Gambar bersama warga MkPL

Pelbagai aktiviti menarik termasuk sukaneka keluarga telah dirancang untuk 4 acara kanak-kanak, 2 acara bagi anggota dan juga 1 acara bekeluarga. Yang paling menarik perhatian ramai adalah acara tarik tali antara pegawai dan pegawai waren dimana ia dimenangi oleh tim pegawai waren. Selain itu, jamuan makan disediakan serta sambutan hari lahir warga Mk PL bagi bulan Oktober turut dilaksanakan. Aktiviti hari keluarga tidak berakhir begitu sahaja dimana acara cabutan bertuah yang menawarkan 88 buah hadiah menjadi rebutan.

4

5

6

7Aktiviti yang dilaksanakan

Berlatar belakang Pulau Pangkor menjadi kenangan sambutan hari keluarga pada kali ini dimana rata-rata berpuas hati dengan penganjuran ini. Aktiviti ini mendapat maklum balas yang baik dari anggota di mana ia merupakan salah medium untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga Mk PL serta ahli keluarga.

Diharapkan aktiviti seumpama ini diteruskan kerana ia merupakan aktiviti keluarga yang berkualiti sambil menikmati keindahan pesikitaran yang bersih dan indah. Adalah menjadi tanggunjawab semua untuk menjaga semua menjaga dan mengekalkan keindahan pantai ini agar ia menjadi salah satu lokasi perkelahan yang menarik di dalam pangkalan ini.

8Suasana Hari Keluarga
9
Suasana bersantai dan beriadah bersama keluarga

 


Rujukan: 311018/02
Sumber: Sekretariat Pengelola Sambutan Hari Keluarga Mk PL
Artikel: Lt Dya Siti Norlela bt Moh Salleh PSSTLDM
Jurufoto: Staf IT Mk PL

Lumut, 30 Okt – Warga Navy People hari ini berbesar hati menerima lawatan ulung Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong ke Pangkalan TLDM Lumut. Kehadiran beliau ke sini telah diiringi Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad. Turut sama menyambut kehadiran beliau di Markas Udara TLDM adalah Jawatankuasa Laksamana Lumut dan Pegawai-pegawai Kanan TLDM.

Gambar 1Ketibaan Timbalan Menteri Pertahanan di Markas Udara TLDM

Beliau yang tiba sekitar jam 3 petang telah diberikan taklimat awal berkenaan Pangkalan TLDM Lumut sebelum beliau dibawa ke lokasi Rumah Contoh Rumah Keluarga TLDM di Blok A21 dan A34. Rumah Contoh RKTLDM ini telah mengalami penambahbaikan serta pengubahsuaian di bahagian luaran dan dalaman bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan keluarga Navy People yang tinggal di Pangkalan.

Gambar 2Taklimat Rumah Contoh RKTLDM terlaksana di A21

Lawatan kerja rasmi beliau diteruskan dengan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera (96 HAT) Lumut. Pengurusan Tertinggi 96 HAT menyambut mesra kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan dan telah memberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi 96 HAT yang turut dikenali sebagai Hospital Mesra Ibadah. Senator Liew Chin Tong telah dibawa melawat ke sekitar 96 HAT termasuklah Bahagian Pengurusan Rekod, Bahagian Magnetic Resonance Image (MRI), Bahagian CT-Scan dan Mamogram. Lebih menarik apabila Timbalan Menteri Pertahanan turut dibawa melawat ke Hyperbaric Chamber, iaitu bilik khas yang digunakan bagi memberi rawatan dan terapi pemulihan oksigen bagi pesakit yang mengalami tekanan khususnya setelah menjalani latihan penyelaman.

Gambar 3Komander Pangkalan Lumut beri penerangan ringkas tentang sekitar Pangkalan
Gambar 4Abadi Kenangan! Timbalan Menteri Pertahanan gembira lihat kemudahan 96 HAT
Gambar 5Senator Liew Chin Tong melihat model kebuk (Chamber) Hiperbarik
yang digunakan untuk rawatan bagi anggota selam

Selesai lawatan di 96 HAT, Senator Liew Chin Tong telah melawat ke Tambatan Pangkalan Lumut bagi melihat sendiri keadaan terkini Kapal Kelas Laksamana milik TLDM. Tepat jam 5 petang, Timbalan Menteri Pertahanan meneruskan penerbangan menaiki Helikopter Super Lynx ke KD JEBAT yang berada di Perairan Pulau Pangkor bagi menyertai program pelayaran sehari bersama kapal tersebut.

Kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan di Pangkalan TLDM ini membuktikan komitmen pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan terhadap perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia khususnya TLDM. Lawatan kerja rasmi beliau akan berakhir esok dengan Majlis Perasmian Peletakan Lunas Kapal Keempat (LCS) TLDM yang dijangka terlaksana di Boustead Naval Shipyard (BNS).

Rujukan: 311018/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

SANDAKAN, 30 Oktober 2018 – Dalam memastikan pegawai dan anggota PSSTLDM mendapat latihan dengan lebih menyeluruh dan berkesan, Bahagian Pasukan Simpanan TLDM melalui Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan telah melaksanakan inisiatif dalam penambahbaikan silibus latihan serta pembelajaran berdasarkan silibus dan Buku Tugas Tentu yang dipraktikkan. Melalui inisiatif terbaru ini, pegawai dan anggota PSSTLDM diberi peluang untuk melaksanakan Latihan Berterusan (LB) di kapal-kapal TLDM sama ada ketika di jeti mahu pun ketika pelayaran operasi. Anggota PSSTLDM akan diberi pendedahan yang lebih menyeluruh dan berkesan berkaitan budaya kerja TLDM. Di samping itu juga, dengan pendedahan ini secara tidak langsung dapat melahirkan pegawai dan anggota PSSTLDM yang kompeten dan serta berkemampuan melaksanakan tugas bagi menyokong angkatan tetap TLDM. PSTL Sandakan dan PSTL Tawau telah mengambil peluang ini dengan menugaskan pegawai dan anggota PSSTLDM di bawah unit masing-masing untuk melaksanakan LB di kapal-kapal yang berada di Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS). Kapal-kapal dari kelas Fast Attack Craft (FAC), Fast Troop Vessel (FTV), dan Patrol Craft (PC) yang berada di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 telah dijadikan platform bagi anggota PSSTLDM untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi mendalami ilmu kelautan khasnya tugas sebagai anggota TLDM di atas kapal. Pegawai dan anggota PSSTLDM yang terlibat telah diberikan pendedahan melalui aktiviti ceramah teori serta praktikal di kapal. Budaya kerja, tugas dan tanggungjawab sebagai kru kapal telah didedahkan kepada setiap anggota PSSTLDM sebelum mereka dibawa mengikuti pelayaran kapal di laut.

GAMBAR 1
Anggota PSSTLDM diberikan penerangan berkaitan peralatan
mencegah kebanjiran di kapal

GAMBAR2Latihan memberikan rawatan kecemasan
GAMBAR3Latihan pengoperasian dan penembakan Meriam di kapal
GAMBAR 4
Aktiviti rekriasi di Pulau Mabul
GAMBAR 5
Aktiviti senggaraan geladak di kapal
GAMBAR 6
Pengenalan kepada asas pengendalian kapal di anjungan
GAMBAR 7
Pendedahan aspek kulinari di kapal oleh Ketua Rumah Masak 

Budaya senggaraan, pembaikan, prosedur dan amalan baik di dalam kapal telah didedahkan kepada anggota PSSTLDM oleh warga kapal. KD YU merupakan salah satu kapal yang telah membawa pegawai dan anggota PSSTLDM mengikuti pelayaran bagi memberikan mereka merasai peluang dan pengalaman semasa kapal terlibat di dalam operasi. Semasa pelayaran, mereka telah diberikan pendedahan terhadap ilmu kelautan, pengendalian kapal, komunikasi, kejuruteraan, serta pendedahan terhadap MKMA. Secara amnya, kesemua pegawai dan anggota PSSTLDM yang terlibat telah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam memperoleh seberapa banyak ilmu yang berguna bagi meningkatkan kefahaman mereka sebagai salah seorang anggota TLDM. Usaha ini juga dilihat sebagai salah satu langkah unit-unit PSTL untuk melahirkan pegawai dan anggota PSSTLDM yang berkualiti serta memenuhi kelayakan bagi terlibat secara langsung di dalam TLDM sama ada secara tetap mahu pun sepenuh masa. Selain memperoleh ilmu dan pengalaman, pegawai dan anggota PSSTLDM juga berpeluang merasai pengalaman baharu apabila turut dibawa mendarat di beberapa buah pulau semasa mengikuti pelayaran. Ini secara tidak langsung menjadi pembakar semangat dan pemangkin mereka yang terlibat untuk lebih serius mendalami ilmu berkaitan TLDM di samping menarik minat rakan-rakan PSSTLDM yang lain untuk turut serta menyumbang bakti dan keringat terhadap negara amnya dan TLDM khasnya.

 

Rujukan: 301018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Pasukan Simpanan Tentera Laut Sandakan
Jurufoto: Pasukan Simpanan Tentera Laut Sandakan

SANDAKAN, 29 Oktober 2018 – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menerima lawatan dari Tabika Kemas Kampung Keramat, Beluran, Sandakan dengan kehadiran yang melibatkan seramai 60 orang pelajar termasuk ibu bapa serta guru pengiring pada hari ini.Lawatan yang dikoordinasikan oleh Ketua Bahagian Sekretariat, Lt Kdr Ishak bin Md Rasan TLDM ini telah dimulakan dengan taklimat pengenalan terhadap struktur organisasi dan fungsi Markas Wilayah Laut 2 kepada rombongan. Selain itu, para pelajar dan ibu bapa turut ditaklimatkan operasi-operasi yang dilaksanakan oleh MAWILLA 2 dalam memastikan keselamatan perairan di Sandakan khsusnya sentiasa terjamin dan terpelihara.Para pelajar, ibu bapa dan guru telah dibawa melawat ke sekitar Pangkalan TLDM Sandakan khasnya di kebuk mampatan selam atau diving chamber Pasukan Selam MAWILLA 2.

GAMBAR 1
Taklimat di Pasukan Selam MAWILLA 2
GAMBAR 2
Bergambar bersama patung Penyelam TLDM
GAMBAR 3
Merasai pengalaman berada di dalam kebuk mampatan selam
GAMBAR 4
Lawatan di kapal
GAMBAR 5
Sesi penyampaian cenderahati
GAMBAR 6
Bergambar bersama di hadapan Bangunan Markas

Mereka turut dibawa melawat ke KD JERONG dan KD YU yang berada di Tambatan Pangkalan Sandakan. Keceriaan jelas terpampang di wajah para pelajar apabila telah diberi kesempatan untuk merasai pengalami memasuki kebuk mampatan Pasukan Selam serta melaksanakan lawatan ke kapal. Kesemua para pelajar kelihatan begitu gembira dan seronok dengan lawatan ini memandangkan rata-rata mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal dan aset TLDM. Sesungguhnya lawatan seperti ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan kerjaya sebagai seorang anggota TLDM dan memupuk minat belia-belia dan bakal pemimpin masa hadapan untuk turut serta menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan berbakti kepada negara yang tercinta ini. Semoga ada antara mereka yang berminat untuk menyarung seragam TLDM pada masa hadapan.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Rujukan: 301018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

SANDAKAN, 29 Oktober 2018 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Diraja SRI TIGA (KD SRI TIGA) Merangkap Pegawai Kanan Skuadron Kapal Bekalan Ke-33 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Leftenan Komander Kamarulzaman bin Kamaruddin TLDM dengan rasminya telah menyerahkan tampuk pemerintahan KD SRI TIGA kepada Leftenan Komander Mohd Shaharudin bin Saad TLDM. Majlis telah dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Nota Serah Terima Tugas di antara Mantan Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah baharu sambal disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Seterusnya PANGWILLA 2 telah menyempurnakan upacara penurunan Insignia Pemerintahan daripada Mantan Pegawai Memerintah dan Pemakaian Insignia Pemerintahan kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Sebagai simbolik peralihan tampuk pemerintahan, Mantan Pegawai Memerintah telah menyerahkan teropong kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Dalam ucapan PANGWILLA 2 berkata pelantikan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI TIGA yang baharu merupakan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan TLDM terhadap kewibawaan Navy People untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. PANGWILLA 2 mengharapkan Pegawai Memerintah KD SRI TIGA akan terus memacu kapal tersebut dengan lebih gemilang berbekalkan pengalaman yang beliau telah perolehi ketika berkhidmat di beberapa buah kapal sebelum ini dan mempraktikkan segala ilmu serta pengalaman yang telah diperolehi dalam menjalankan tugas di KD SRI TIGA kelak.

GAMBAR 1
Hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan Samudera Raya
GAMBAR 2
PANGWILLA 2 menyaksikan upacara menandatangi sijil serah terima tugas
GAMBAR 3
PANGWILLA 2 menandatangi saksi sijil serah terima tugas
GAMBAR 4
PANGWILLA 2 menurunkan Insigna Pemerintahan daripada Mantan Pegawai Memerintah
GAMBAR 5
PANGWILLA memakaikan Insigna Pemerintahan kepada Pegawai Memerintah yang baharu
GAMBAR 6
Warga kapal memberikan tabik hormat ketika upacara penurunan dan pemakaian Insignia Pemerintahan
GAMBAR 7
Penyerahan Nota Serah Terima Tugas
GAMBAR 8
Simbolik peralihan tampuk pemerintahan dengan penyerahan teropong
GAMBAR 9
Sesi bergambar kenangan di hadapan bangunan Markas 
 

Beliau turut menaruh keyakinan terhadap Pegawai Memerintah untuk dapat meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan yang telah dipamerkan oleh Mantan Pegawai Memerintah. PANGWILLA 2 turut berpesan kepada kru kapal untuk sentiasa memastikan kesiagaan kapal berada di tahap yang tertinggi dengan melaksanakan amalan senggaraan mengikut panduan yang ditetapkan dan melaksanakan latihan serta evolusi secara berterusan. Di akhir ucapan, PANGWILLA 2 mengucapkan ribuan terima kepada mantan Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Kamarulzaman TLDM yang telah menerajui kapal tersebut selama hampir 1 tahun 5 bulan sehingga telah berjaya memenangi Anugerah Piala Agong bagi tahun 2017/2018 di atas kesiapsiagaan dan kecemerlangan di dalam memastikan kapal mampu untuk melaksanakan operasi di laut dengan berkesan. Beliau bakal bertukar masuk ke Markas Wilayah Laut 2 sebagai Ketua Cawangan Operasi (KCO). Pegawai Memerintah KD SRI TIGA, Leftenan Komander Mohd Shaharudin TLDM mula menyertai TLDM pada 26 Mei 2003 dan berkepakaran Risik. Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah kapal dan unit pangkalan antaranya KD HANG TUAH, KLD TUNAS SAMUDERA, KD LEKIR, KD KASTURI, KD HANDALAN, Markas Wilayah Laut 3, Bahagian Perisikan Laut (RISLA) dan yang terakhir di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Rujukan: 301018/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

SANDAKAN, 27 Oktober 2018 – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja SRI TIGA (KD SRI TIGA) hari ini sekali lagi telah melaksanakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) bagi Siri Ke-17 dalam tahun 2018. Inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan kerjasama 3 buah negara Malaysia, Indonesia dan Filipina kali ini melihatkan KD SRI TIGA telah melaksanakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP CEBU (PS 28) di sekitar garis sempadan maritim di antara kedua-dua buah negara iaitu 9 Batu Naunika Timur Pulau Tambisan, Malaysia. Kedua-dua buah kapal tersebut sedang melaksanakan rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

Program kali ini telah bermula dengan KD SRI TIGA yang diperintah oleh Lt Kdr Kamarulzaman bin Kamaruddin TLDM bertemu dengan BRP CEBU yang diperintah oleh Lt Cdr Arnold Valida PN. Kedua-dua kapal telah mengadakan perbincangan operasi di mana perkongsian maklumat dilakukan dan seterusnya perancangan latihan dilaksanakan oleh tim pemerintah KD SRI TIGA dan BRP CEBU. Selain daripada itu, kedua-dua kru kapal mengadakan aktiviti crossdeck yang melibatkan lawatan ke tempat kerja masing-masing bagi mengenali tatacara dan prosedur yang diguna pakai oleh TLDM dan TLP. Usaha ini akan memantapkan lagi persefahaman di antara anggota TLDM dan TLP serta memberi peluang kepada mereka mengenali rakan sejawat yang akan beroperasi bersama.

GAMBAR 1
KD SRI TIGA dan BRP CEBU memulakan pertemuan di laut
GAMBAR 2
Acara Menandatangani Buku Pelawat Oleh PM BRP CEBU
GAMBAR 3
Sesi Bergambar KD SRI TIGA Dan BRP CEBU Sebelum Memulakan Latihan

Di bawah program TMP, pertemuan ini juga merupakan kali ke-3 bagi kedua-dua buah kapal dalam tahun 2018 dengan kali terakhir pertemuan bersama dilaksanakan adalah semasa Siri 12/18 pada 28 Jun 2018 yang lalu. Walaupun inisiatif TMP masih baharu namun ia telah menghasilkan impak yang memberansangkan di mana sejak tahun 2017 dan berjaya menghindarkan peningkatan jenayah rentas sempadan. Inisiatif rondaan TMP sebegini diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat setempat dan antarabangsa ke atas keupayaan negara Malaysia dan Filipina bersama Indonesia dalam mengurus isu keselamatan maritim terutamanya di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Sejurus selesai sesi perkongsian maklumat dan interaksi melibatkan kru kedua-dua buah kapal, KD SRI TIGA dan BRP CEBU meneruskan latihan bersama di laut. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Replenishment at Sea Approach (RASAP), Kibaran Bendera (Semaphore), Publication Exercise (PUBEX) dan Latihan Manuvra Taktis (MANTAK). Kesemua latihan ini bertujuan meningkatkan keupayaan dan interoperabiliti di antara kedua-dua tentera laut.

GAMBAR 4Latihan Semaphore

Rondaan bersama dan pertemuan ini akan diteruskan untuk memudahcara pertukaran maklumat berkaitan ancaman semasa di kawasan persempadanan perairan kedua-dua buah negara. Di samping dapat menurunkan kadar jenayah rentas sempadan dan mengekalkan kestabilan keselamatan maritim, inisiatif rondaan bersama TMP ini juga menjadi salah satu medium bagi kedua-dua angkatan laut yang mewakili negara masing-masing untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala serta memperoleh manfaat daripada perkongsian ilmu dan latihan bersama yang dijalankan. Selesai pertemuan, kedua-dua kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

GAMBAR 5Selesai Latihan Bersama Sebelum Kedua-Dua Kapal Meneruskan Pelayaran

 

Rujukan: 281018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK I TMK Mohammad Sharul Amiy bin Mohamad Rosli

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 222

Yesterday 723

Month 15586

All 730099

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE