×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 977

Lumut – 23 Okt. Pangkalan TLDM Lumut hari ini menerima kunjungan dari delegasi Royal New Zealand Navy (RNZN). Delegasi ini terdiri dari 57 orang dari Defence Force Command and Staff College yang diketuai oleh Deputy Chief of Navy RNZN, Commodore Matthew Williams.

Lawatan delegasi dimulai di Markas Pemerintahan Armada Barat dengan Kawalan Suku yang diambil oleh Deputy Chief of Navy RNZN, Commodore Matthew Williams. Beliau seterusnya membuat Kunjungan Hormat ke atas Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad.

gambar 1 resizedCommodore Matthew Williams mengambil Kawalan Suku di
Markas Pemerintahan Armada Barat
gambar 2 resized

gambar 3 resizedKunjungan Hormat ke atas Panglima Armada Barat

Dalam masa yang sama, Delegasi diberikan taklimat operasi dan pentadbiran Pangkalan TLDM Lumut oleh AKS Operasi, Kept Azman bin Rabani TLDM. Sesi taklimat ini juga sebagai peluang kepada semua delegasi mendalami pengetahuan berkaital Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pangkalan TLDM secara khususnya.

gambar 4 resized

Gambar 5 resizedTaklimat kepada delegasi disampaikan oleh Kept Azman Rabani TLDM

Semua delegasi seterusnya di bawa ke KD LEKIU sebagai lawatan ke atas salah satu aset TLDM di bawah Armada Barat. Lawatan ini juga memberi peluang warga KD LEKIU berkongsi maklumat dan pengoperasian aset RNZN. Delegase RNZN seterusnya dihidangkan dengan jamuan tengahari di Wisma Samudera bersama Panglima Armada Barat.

Gambar 6 resizedCommodore Matthew Williams menandatangani buku lawatan di KD LEKIU

 

Rujukan: 261018/01
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Barat

KOTA KINABALU, 23 Okt 18 (Selasa) – Pada 21 Okt 18, KD SELANGOR dan HMAS STUART telah melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) di sekitar perairan Kota Kinabalu sebelum kapal tersebut meneruskan pelayaran pulang ke Australia.

HMAS STUART terlibat dalam program Exercise Bersama LIMA yang dilaksanakan di Singapura baru-baru ini. HMAS STUART singgah berlabuh di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu pada 18 Okt 18 untuk mengisi keperluan logistik perjalanan ke Australia.

1Pegawai Jurutera Elektrik dan Senjata berbual dan menjamu dua orang
anggota kapal HMS STUART yang ditempatkan di KD SELANGOR

PASSEX adalah inisiatif pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dan HMAS STUART untuk mengeratkan hubungan diplomatik kedua buah negara serta meningkatkan kebolehupayaan bersama. Latihan ini juga bertujuan untuk menguji dan memastikan kedua dua kapal mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di laut.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih yang telah ditempatkan di KD SELANGOR termasuklah Pegawai Dalam Latihan yang sedang menjalani latihan sambil kerja dan Leftenan Muda Pasukan Simpanan Sukarela dari KD SRI LIKAS.

Bagi memenuhi objektif tersebut, beberapa jenis latihan telah dilaksanakan. Antaranya ialah Maneuvering Exercise (MANEX), Latihan Kibaran Bendera /Flag Hoist dan Personal Exchange Program (PXP). PXP telah dilaksanakan di mana setiap kapal terlibat mengkoordinasikan pertukaran pegawaidan anggota kapal masing-masing. Dalam siri ini, wakil HMAS STUART telah dibawa menaiki KD SELANGOR bagi melihat latihan yang dilaksanakan.

2Latihan menaikan bendera (Flag Hoist)
3
Pegawai Dalam Latihan sedang menjalani latihan di anjungan 

Sebelum meneruskan pelayaran pulang ke Australia, latihan flashing telah dilaksanakan semasa HMAS STUART melintasi lambung kanan KD SELANGOR. PASSEX mengambil masa lebih kurang empat jam dan berakhir pada 1700H.

4Perlaksanaan latihan flashing

 

 

Rujukan: 251018/03
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: KD SELANGOR/Armada Timur
Jurufoto: KD SELANGOR

Lumut - 23 Okt. Buat julung kalinya Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR) telah menganjurkan Seminar Pegawai Peperangan Siri 1/18 hari ini. Kursus ini telah disertai oleh 65 pegawai berpangkat Lt hingga Kdr TLDM.

1Peserta Seminar Pegawai Peperangan Mendengar Taklimat yang Disampaikan
2

3Sebahagian dari peserta yang hadir

Seminar ini berkonsepkan perkongsian ilmu dan perbincangan di kalangan pegawai TLDM. Perbincangan selaras dengan perkembangan teknologi ketenteraan, geopolitik serantau dan global selain menyentuh perkembangan terkini TLDM. Sebanyak 2 pembentangan dilaksanakan iaitu “Submarine Operation” oleh Kdr Dzul Khairi bin Mat Saad TLDM dan “Strategic Operation Tactical Understading in Conflict” oleh Kdr Ali Noor Aminullah TLDM.

Secara asasnya seminar sehari ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan perkongsian ilmu di kalangan pegawai peperangan selain menambahbaik pemahaman melalui perbincangan dua hala antara Subject Matter Expert (SME) dan peserta.

4

5Peserta Seminar Bergambar Kenangan


Rujukan: 251018/02
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Barat

KOTA KINABALU, 24 Oktober – Eksesais Perang Borneo Siri 3/2018 yang dilaksanakan di perairan Laut Sabah hari ini telah berjaya mencapai matlamat dalam menguji kemampuan dan kesiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menghadapi peperangan dan situasi ancaman musuh yang tidak terjangka. Latihan pada kali ini merupakan yang ketiga pada tahun ini dan kali kedua dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Armada Timur bagi tahun 2018. Pelaksanaan eksesais ini adalah bertujuan untuk mengimbangi perkembangan teknologi pertahanan dan persekitaran dinamik dalam aspek peperangan maritim yang memerlukan perancangan bersepadu dan mantap. Latihan ini mampu melipat gandakan lagi tahap kesiagaan, kecekapan dan tahap profesionalisme anggota dan keupayaan aset di bawah Markas Pemerintahan Armada Timur. Eksesais yang bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir kira-kira jam 7 petang itu dimulai dengan latihan laluan bebas periuk api serta latihan mencegah kerosakan akibat peperangan, diikuti dengan latihan manuvera taktikal serta lain-lain latihan yang telah dirancang dan disusun atur sebelum eksesais ini bermula.

0FC8F4E3 2040 4C38 A902 04588A19C7B2

409E5A5F 1E6C 4903 AB31 F47620BC1309

944D3B5B E40C 4BD0 A732 0E9E00460920

313880C0 F463 4B33 93A6 17FB36B006FE

6150910B 11A7 4D2B A013 253151AF536E

43639352 182B 4E3E A071 EF4B3E39984A

B17B175A BD3A 44C2 81B2 49E4E0B18B59

BF843078 2FE7 46A8 A1C3 AC0657D8A3E4

D63DC70F 6C06 4BEC 8D1A 1AEBECDD1290

D45025FB 133E 4DB7 B06B E3F9990A66A7
Aksi-aksi Perang Borneo 3/2018 yang berjaya dirakam lensa kamera

Selain itu, terdapat juga latihan berbentuk injek bagi menguji kewaspadaan dan kecekapan kru kapal seperti latihan kebakaran dan mencegah kebanjiran bagi meningkatkan kemahiran kru. Eksesais yang diketuai oleh Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob ini melibatkan 4 buah kapal TLDM iaitu Kapal Auksiliari (KA) TUN AZIZAN, Kapal Diraja (KD) SELANGOR, KD SERANG dan KD PAUS serta bot tempur CB 90. Beliau yang turut mengikuti pelayaran tersebut bersama KD SELANGOR berpuas hati dengan tahap kesiagaan kapal-kapal TLDM serta kecekapan krunya dalam menghadapi pelbagai senario peperangan terutamanya ancaman di permukaan air. Latihan-latihan yang telah dijalankan sepanjang eksesais ini sangat berkesan sebagai persediaan menghadapi situasi perang yang sebenar seiring dengan keperluan semasa. Selaras dengan keperluan operasi, penumpuan tinggi terhadap latihan operasi yang berterusan amat diperlukan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan warga Navy People yang bertaraf dunia agar mencapai wawasan misi dan visi TLDM. Eksesais Perang Borneo 3/2018 ini mempamerkan komitmen dan kesungguhan TLDM dalam memastikan tahap keselamatan di perairan timur Sabah atau ESSZone khususnya berada pada tahap yang tertinggi. Keupayaan ini merupakan satu keperluan yang penting dan sejajar dengan pelaksanaan teras hala tuju Kementerian Pertahanan yang menekankan aspek kesiagaan aset-aset ketenteraan sentiasa berada di tahap tertinggi bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan perairan maritim negara dari sebarang ancaman.


Rujukan: 251018/01
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto: LK I PNK Sumiah, LK I PNK Rahman

KOTA KINABALU, 21 Oktober - Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) sekali lagi menerima lawatan kapal Tentera Laut Australia HMAS STUART yang tiba pada jam 18 Oktober lalu selesai Eksesais BERSAMA LIMA di Singapura. Kapal kelas Frigat yang membawa seramai 190 orang krew dan dinakhodakan Kdr Chris Leece telah berada di PTKK untuk lawatan operasi selama empat hari sebelum dijangka meneruskan pelayaran ke Vietnam.

1
Gambar sekitar ketibaan HMAS STUART

2

3

Ketibaan kapal ini di PTKK telah disambut meriah oleh delegasi TLDM dan warga kapal ini turut dipersembahkan oleh tarian pelbagai etnik sebagai simbolik keramahan masyarakat berbilang kaum Sabah dalam menerima tetamu. Lawatan seperti ini adalah penting dalam usaha mengeratkan lagi hubungan baik antara dua negara ini yang telah sedia terjalin.

4
Gambar sekitar ketibaan HMAS STUART

5

Kapal seterusnya telah keluar belayar pada 21 Okt untuk melaksanakan latihan PASSEX bersama KD SELANGOR sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.

Rujukan : 221018/02
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Lt Dinie Zuhri TLDM
Jurufoto : LK I TLS Zulhakimi
               LK I PNK Sumiah
               LK I PNK Rahman

KOTA KINABALU, 20 Okt – Latihan penembakan senjata kecil adalah salah satu keperluan bagi setiap unit TLDM terutama unit kapal yang beroperasi. Latihan bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan warga kapal dalam mengendalikan senjata kecil serta memastikan kefungsian senjata di tahap tertinggi.

564AF594 27BE 4541 A83C F2FD0F0C80B0
Bacaan doa sebelum memulakan latihan

Di samping itu, latihan ini bagi memenuhi keperluan Fleet Exercise and Practice Guide (FXPG). Pihak kapal telah mengambil peluang melaksanakan latihan ini di geladak penerbangan semasa kapal beroperasi di laut, dalam masa yang sama memberi peluang kepada Leftenan Muda PSSTLDM yang ditumpangkan ke kapal bagi mengikuti latihan fasa laut merasai pengalaman latihan penembakan senjata kecil di kapal. 

02C5F1F7 9178 42D1 9F73 1CCC1B9D4CD6
Pertandingan penembakan senjata kecil

B2F88DC8 DC3E 4DDF 9076 F9EB0A648948
Pegawai PSSTLDM diberi peluang
mengendalikan Pistol Glock 17

Latihan penembakan dilaksanakan berkonsepkan pertandingan. Semua warga kapal serta Pegawai PSSTLDM telah dibahagikan mengikut jabatan masing-masing dalam pertandingan tersebut. Latihan dimulakan dengan taklimat dan tatacara pengendalian senjata kecil oleh Pegawai Peperangan Atas Air dan staf persenjataan kepada warga yang terlibat.

5B6B27CD BD95 4C5C AA88 5E105A233166
Pengiraan mata terkumpul pada sasaran

A3633B94 0754 4022 9613 D690A3BEE413
Bacaan Ikrar selesai latihan

Latihan penembakan telah bermula pada jam 0900H dan berakhir 1130H. Kesemua persiapan dan perlaksanaan latihan telah berjalan lancar hasil kerjasama oleh semua warga kapal. Latihan penembakan diakhiri dengan bacaan ikrar oleh warga kapal.

Rujukan : 221018/01
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Lt Dya Faidz TLDM
Jurufoto KD KELANTAN

KUALA LUMPUR 18 Okt – Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut telah menganjurkan kursus fotografi digital yang disertai warga Navy People untuk meningkatkan kemahiran mengambil gambar menggunakan kamera digital single lens reflex (DSLR).

Encik Sukri bin Ali yang merupakan tenaga pengajar telah berkongsi ilmu berkenaan asas fotografi digital bersama seramai 12 pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian. Beliau berpengalaman luas dalam teknik fotografi dan telah mengajar pelbagai lapisan umur. Asas penggunaan kamera DSLR merupakan ilmu yang berguna bagi Navy People dalam tugasan, terutama untuk merekod aktiviti dan acara rasmi dan dijadikan sebagai bahan rujukan di masa akan datang.

1Kursus dilaksanakan secara santai tetapi efektif dengan pengenalan
kepada asas fotografi digital
2
Ilmu teori di dalam kelas disusuli dengan tugasan di luar agar peserta dapat
mempraktikkan apa yang dipelajari

Penganjuran kursus selama sehari merupakan tempoh yang pendek namun dapat dimanfaatkan oleh para peserta melalui pendedahan teori dan teknik di dalam kelas serta latihan praktikal di luar. Para peserta dapat menunjukkan kebolehan mereka dalam mengendalikan kamera berpandukan ilmu yang dipelajari.

3Bergambar bersama jurulatih dan penuntut kursus

 

Rujukan: 191018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik
Artikel: Lt Dya Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Jurufoto: Cawangan Komunikasi Strategik

KOTA KINABALU, 18 Oktober 2018 – KD SULTAN IDRIS 1 telah melaksanakan Roadshow Taklimat Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) hari ini.

Taklimat yang diberikan oleh Pegawai Memerintah KDSI 1, Kepten Jamsari bin Tahir TLDM itu turut diserikan dengan kehadiran Panglima Pendidikan dan Latihan, YBhg Laksamana Muda Dato’ Rusli bin Ramli serta dihadiri pegawai di PTKK. Terdahulu, ketibaan YBhg Laksda Dato’ Rusli bin Ramli di PTKK telah disambut oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksda Zulhelmy Ithnain sebelum menerima tabik hormat daripada kumpulan Kawalan Kehormatan Suku PTKK.

1

2

3

4

5Sekitar Roadshow Taklimat Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan
Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu

Sesi taklimat yang dilaksanakan itu adalah untuk memberikan penerangan kepada Pegawai-Pegawai Memerintah unit pangkalan dan kapal di MPA Timur berkaitan pelaksanaan Log Kompetensi Sijil Awasan Anjungan dan Log Kompetensi Kursus Aplikasi Pegawai Muda di kalangan Pegawai-Pegawai Muda yang akan diperjawatkan di unit-unit pangkalan dan kapal MPA Timur kelak.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan memastikan Pegawai-Pegawai Muda yang terlibat dapat menjalani latihan yang lebih komprehensif dengan penambahbaikan beberapa panduan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Log kompetensi ini juga dilihat dapat meningkatkan kemampuan dan pengetahuan seseorang pegawai muda itu selepas beliau diperjawatkan perjawatan pertama khususnya di kapal dan unit pangkalan.

Pengetahuan dan kebolehan dalam pengendalian kapal bagi melayakkan seseorang pegawai muda dikurniakan Sijil Awasan Anjungan akan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek dan tidak bergantung semata-mata kepada keputusan Pegawai Memerintah sahaja. Di samping itu juga, Log Kompetensi bagi pegawai-pegawai yang diperjawatkan di unit pangkalan juga akan dapat menjadi panduan dan penilaian terhadap kemampuan mereka dalam pelaksanaan tugas seharian sebagai seorang Pegawai Staf.

Dengan pelaksanaan program ini, pegawai-pegawai muda yang terlibat dapat menjalani latihan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Selain itu, inisiatif ini dilihat dapat melahirkan pegawai-pegawai muda yang lebih berkemampuan tinggi dan berpengetahuan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing yang telah ditetapkan. Ianya secara tidak langsung juga dapat membina keyakinan pada diri mereka dalam melaksanakan tugas mereka di unit dengan lebih berkesan.

 

Rujukan: 191018/02
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto: LK 1 TLS Zulhakimi
              LK 1 PNK Sumiah
              LK 1 PNK Hir Rahman

KOTA KINABALU, 18 Okt 18 – Ceramah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada MAMPU oleh Penolong Pengarah Pengarah MAMPU Sabah Encik Shahfri bin Md Muktah di Dewan Serbaguna Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK). Ceramah ini dihadiri oleh seramai 218 pegawai dan anggota Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) dan unit naungan.

1

2

3

4Sekitar majlis yang berlangsung

Pihak Armada Timur TLDM merupakan antara badan beruniform yang aktif dan komited di Sabah dalam melaksanakan EKSA dan pihak MAMPU telah beberapa kali hadir ke (PTKK) termasuk Markas Pemerintahan Kapal Selam untuk menyampaikan ceramah.

Markas melalui Inspektorat Jeneral MPA Timur juga akan menghantar Jawatan Kuasa Audit EKSA ke MAMPU Sabah pada Januari 2019 untuk Kursus Pengauditan EKSA seterusnya melaksanakan sepenuhnya EKSA di markas ini. Seterusnya, penyerahan cenderahati kepada penceramah disempurnakan oleh Kdr Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM, Asisten Ketua Staf Inspektorat Jeneral MPA Timur.

 

Rujukan: 191018/01
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Lt Kdr Lawrence TLDM
Jurufoto: LK 1 TLS Zulhakimi
              LK 1 PNK Sumiah
              LK 1 PNK Rahman

KUALA LUMPUR 17 Okt – Satu lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor telah diadakan yang melibatkan 35 pegawai dan anggota Markas Tentera Laut. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah Sekretariat Bahagian Pentadbiran, Kept Zainul Rashid bin Abdullah TLDM disambut mesra warga Karangkraf dan selesai taklimat awal, kumpulan pelawat telah dibawa ke unit-unit di dalam Kumpulan Media Karangkraf termasuk unit editorial dan percetakan. 

 Lawatan 1
Sebagai penerbit akhbar Sinar Harian dan pelbagai majalah, fotografi adalah unit yang penting
Lawatan 2
Karangkraf antara penerbit novel yang terkenal di Malaysia
Lawatan 3
Selain produk sendiri, Karangkraf juga mencetak untuk pelanggan seperti syarikat hypermarket
Lawatan 4
Datuk Hussamuddin turut meluangkan masa bersama kumpulan pelawat Markas Tentera Laut

Datuk Dr. Hussamuddin bin Yaacub yang merupakan Pengarah Urusan syarikat turut hadir berjumpa dengan kumpulan pelawat dan berkongsi visi dan misi beliau untuk Karangkraf. Selain penerbitan akhbar, buku dan majalah, Karangkraf juga menerbitkan dan mencetak Al-Quran dan merupakan antara kumpulan media terbesar Malaysia.

 

Rujukan: 181018/08
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik
Artikel: Lt Dya Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Jurufoto: LK TNL Mohamad Hafefzul bin Abd Zani

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 220

Yesterday 723

Month 15584

All 730097

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE