Monday, 06 August 2018 04:04

SUBANG 5 Ogos 18 - Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Persatuan ATM telah berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 18 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang, Selangor.Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Kategori Lelaki

Johan: TLDM
N/Johan: TUDM
Ketiga: TDM

b) Kategori Wanita
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan memastikan kejuaraan kekal milik TLDM bagi kedua-dua kategori dimana pasukan lelaki mengekalkan kejuaraan 20 tahun berturut-turut dan pasukan wanita 9 tahun berturut-turut.

G1
Pegawai dan atlet-atlet menembak TLDM

G2
Penyampaian hadiah oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany
kepada atlet menembak. wanita TLDM

G3
Aksi Atlet lelaki TLDM Lelaki sedang beraksi

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan insentif kemenangan kepada persatuan yang beroleh JOHAN, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Laut.

Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Menembak TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini. Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-21 dan 10 berturut-turut dalam ISG2018 ini.

“Once a champion, always a champion.”

Majulah Sukan untuk TLDM.

Rujukan : 060818/01
Sumber : Lembaga Kawalan Sukan TLDM TLDM
Artikel : Lt Kdr Ahmad Saiful Fadly bin Jaharuddin TLDM
Jurufoto : Perhubungan Awam dan Stratergik

Wednesday, 11 April 2018 08:25

LEMBAH KLANG 11 Apr 18 - Pembuka tirai Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Lembaga Sukan Tentera Darat telah berlangsung pada 9 hingga 11 Apr 18 di sekitar Lembah Klang. 3 acara sukan yang telah dipertandingkan secara karnival iaitu Bola Jaring, Tenis dan Boling Padang berjalan dengan lancar dan meriah di setiap tempat kejohanan berlangsung iaitu:

a. Bola Jaring - Dewan HAT Tuanku Mizan.
b. Tenis - Gelanggang Tenis Kem Kementah.
c. Boling Padang - Stadium Tertutup Bayuemas, Klang.

IMG 20180411 WA0072
Aksi Hebat Pasukan Boling Padang TLDM

IMG 20180411 WA0062
Wajah Juara Pasukan Bola Jaring TLDM

Untuk kejohanan pembukaan tahun ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan beroleh kemenangan Johan keseluruhan bagi ketiga-tiga sukan yang dipertandingkan. Ringkasan keputusan Karnival Kejohanan Bola Jaring, Tenis dan Bola Jaring Sukan Antara Perkhidmatan 2018 seperti berikut:

a. Bola Jaring:
Johan - TLDM
Naib Johan - TUDM
Ketiga - TDM

b. Tenis:
Johan - TLDM
Naib Johan - TDM
Ketiga - TUDM

c. Boling Padang:
Johan - TLDM
Naib Johan - TUDM
Ketiga - TDM

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) memberikan insentif kemenangan setiap persatuan yang mendapat Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM.

IMG 20180411 WA0065
Tahniah! Pasukan Boling Padang TLDM

IMG 20180411 WA0069
Pasukan Tenis TLDM Menjaya Menjadi Johan. Syabas!

IMG 20180411 WA0068
Aksi-aksi Pasukan Bola Jaring TLDM

Upacara penutup dirasmikan oleh YBhg Mej Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi iaitu Panglima 4 Div. Turut hadir sama P/Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah, Panglima Logistik Barat mewakili Pengerusi LEKAS TLDM. Tahniah kepada Persatuan Sukan TLDM Bola Jaring, Tenis dan Boling Padang!

Rujukan : 110418/01
Sumber : LEKAS TLDM

Friday, 27 October 2017 07:46

SUBANG, 27 Okt 17 - Kejohanan Hoki Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah berlangsung pada 24 hingga 27 Okt 17 di Stadium Hoki Pangkalan Udara Subang, Selangor yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki ATM. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita. Bagi pasukan Hoki Lelaki, TLDM berjaya menumpaskan TUDM dengan jaringan 2-1 dan seri dengan pasukan TDM 2-2 di peringkat saringan. Manakala aksi di perlawanan akhir, pasukan Hoki lelaki TLDM mempamerkan aksi cukup dramatik setelah sekali lagi berentap dengan pasukan TUDM. Kesudahannya pasukan Hoki Lelaki TLDM berjaya mengekalkan kejuaraan bagi tahun ke-3 berturut-turut setelah berjaya menewaskan pasukan Hoki Lelaki TUDM dengan jaringan 4-3.

IMG 20171027 WA0070
Panglima 4 Divisyen menyampaikan hadiah
kepada Penjaring Terbanyak Kejohanan

IMG 20171027 WA0097
Tahniah! Penjaring Tebanyak bagi Kategori Wanita

Bagi kategori wanita pula,Pasukan Hoki Wanita TLDM telah mempamerkan persembahan yang amat mengagumkan diperingkat saringan apabila berjaya membenam pasukan Hoki Wanita TUDM dgn jumlah gol 9-0 dan seterusnya membelasah pasukan Hoki Wanita TDM dengan jaringan 5-0. Namun di peringkat akhir, pertemuan pasukan hoki wanita TLDM berentap kembali bertemu pasukan Hoki TDM di dalam cuaca hujan lebat. Masa penuh perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga memaksa penentuan pukulan penalti shoot out. Kemenangan tidak memihak kpd pasukan Hoki Wanita TLDM apabila terpaksa menerima kekalahan tipis dengan jaringan 2-3 kepada pasukan Hoki TD.

IMG 20171027 WA0098
Aksi-aksi perlawanan akhir

IMG 20171027 WA0087
Pasukan Hoki 3 Perkhidmatan ATM

Keputusan rasmi kejohanan bagi kategori Lelaki Johan TLDM, Naib Johan TUDM dan Ketiga TDM. Bagi kategori Wanita pula Johan TDM, Naib Johan TLDM dan Ketiga TUDM. Dua pemain TLDM dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan iaitu 830827 LK PLM Khairul Amin bin Ahmad Fazhil bagi kategori lelaki sebanyak 3 gol dan 5501560 LK II PRL Aishah bt Zulkifli bagi kategori wanita sebanyak 5 gol dijaringkan. Majlis Penutup Kejohanan Hoki Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 disempurnakan oleh Mej Jen Datuk Zakaria bin Hj Yadi, Panglima 4 Divisyen merangkap Pengerusi Persatuan Hoki ATM dan turut dihadiri oleh Kept Farizal bin Myeor TLDM, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan TLDM mewakili Pengerusi LEKAS TLDM. Syabas diucapkan kepada Persatuan Hoki TLDM.

Rujukan : 271017/02
Sumber : LEKAS TLDM

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 137

Semalam 587

Bulan ini 11543

Keseluruhan 463495

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM