Category: 2011 Published Date Written by KHAIRUL ANUAR SYAMSUDIN AMIRUL BIN MOHD NOR Hits: 703
Lumut, 1 Nov – Majlis Penganugerahan Bintara dan Lasykar/Staf Awam Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Ketiga Markas Armada telah diadakan Serambi Markas Armada dan disempurnakan oleh YBhg Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Osman.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan ke atas usaha dan sumbangan yang telah diberikan kepada
Bintara dan Lasykar/Staf Awam berdasarkan penilaian ke atas cirri-ciri seperti menyumbang idea baru dan tenaga dalam meningkatkan mutu perkhidmatan Markas, sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugasan harian, mempunyai rekod bersih dari sebarang kes disiplin, sumbangan kerja lebih masa, aktif dalam sukan dan terlibat dalam aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan di dalam dan di luar perkhidmatan TLDM.
Pemenang diberi ganjaran berupa sijil penghargaan, wang saguhati, cenderamata berupa replika, gambar di pamerkan di laluan utama Markas, tempat khas meletak kereta di hadapan Markas, pencalonan sebagai calon Bintara dan Lasykar terbaik tahunan dan Anugerah Khidmat Cemerlang.
Bintara Kreatif dan Berkualiti pada kali ini disandang oleh 817348 PW I TLS Anuar bin Nordin dari Bahagian Siaga manakala Lasykar/Staf Awam Kreatif dan Berkualiti pula telah disandang oleh Encik Mohamad Rizal bin Mohamad Saad dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) Markas. Kedua-duanya dipilih secara sepakat oleh Jawatan Kuasa Penilai kerana didapati boleh dijadikan contoh dan teladan serta memberi pengaruh dalam menggerakkan prestasi kerja dan daya saing di kalangan warga Markas.
|
Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada
Artikel : Lt Kdr Syanur Widayu Binti Mohamad Shah TLDM
Jurufoto : LK PWP Mohd Nordin Bin Kassim
|