Ogs 09

TLDM BAKAL PEROLEH KEMUDAHAN MRDF

KOTA KINABALU, 5 Ogos 2016 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead DCNS Naval Corporation (BDNC) telah mengadakan mesyuarat Contract Management Review (CMR) 2016 bagi kontrak In-Service Support (ISS) dan Refit Kapal Selam TLDM, bertempat di Hotel Nexus Karambunai pada 4 dan 5 Ogos 2016 lalu. Mesyuarat dua hari tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hassan.

PIC 1
Peserta Mesyuarat CMR 2016 bergambar kenang-kenangan bersama 
TPTL di hadapan ruang legar Hotel Nexus Karambunai

PIC 2
TPTL mempengerusikan Mesyuarat CMR 2016
bagi kontrak ISS dan Refit Kapal Selam TLDM

CMR merupakan mesyuarat yang diadakan bertujuan untuk membincang serta menyelaraskan perkara yang berkaitan kemajuan pelaksanaan kontrak selenggaraan dan refit kapal selam. Mesyuarat ini juga merupakan platform bagi kedua-dua pihak TLDM dan BDNC meneliti sekiranya terdapat perkara-perkara berbangkit dalam memenuhi obligasi kontrak.

PIC 3
Suasana ketika mesyuarat berlangsung,
turut hadir wakil-wakil dari BDNC

PIC 4
TPTL memeriksa kawalan suku sempena
lawatan beliau ke MAKS pada hari kedua

Lanjutan daripada mesyuarat itu juga, satu mesyuarat berkaitan Hala Tuju Organisasi Magnetic Ranging & Deperming Facilities (MRDF) juga telah dilaksanakan di Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) bagi membincangkan berkenaan status semasa dan cadangan pembentukan organisasi MRDF yang bakal dibina di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).

PIC 5
CEO BDNC, Jean-Luc Bianchini menerangkan sesuatu kepada
TPTL ketika tinjauan terhadap kerja-kerja
rutin pasang pulih kapal selam KD TAR

Secara amnya, satu perjanjian telah dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dan pihak Direction des Constructions Navales Services (DCNS), di mana TLDM akan dilengkapi dengan infrastruktur MRDF untuk kegunaan kapal permukaan dan kapal selam. Kemudahan ini bakal dibina oleh DCNS di PTKK di bawah T0 Settlement Agreement di antara pihak Kerajaan dan DCNS. MRDF merupakan fasiliti yang boleh mengukur dan merawat (deperming) medan magnet kapal permukaan dan kapal selam untuk mengelak daripada ancaman periuk api. Fasiliti yang lebih lengkap dan canggih ini juga dijangka akan menggantikan kemudahan degaussing kapal-kapal TLDM di Royal Malaysian Navy Ship Silencing Centre (RMNSCC) yang kini terletak di Pangkalan TLDM Lumut.

PIC 6
TPTL bersama para pegawai kanan dari MAKS dan Markas Wilayah Laut 2
mendengar penerangan berkaitan tapak projek MRDF yang disampaikan oleh
CEO BSES, Kepten Jeffry bin Faisal TLDM (Bersara)

PIC 7
Lawatan ke tapak pembinaan MRDF SCS di Pulau Udar

PIC 8
AKS JUTRA memberi penerangan berkaitan Hala Tuju
Organisasi MRDF di Bilik Mesyuarat Utama MAKS

Dalam sesi lawatan pada kali ini, TPTL turut meninjau perkembangan refit kapal selam Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) yang sedang dilaksanakan. Selain itu, beliau juga dibawa ke Pusat Kecemerlangan Perahu Layar TLDM bagi mendengar taklimat dan melihat cadangan tapak pembinaan MRDF Shore Control Station (SCS) di Pulau Udar. Lawatan beliau ke tapak pembinaan tersebut turut diiringi oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan (AKS JUTRA), Laksamana Muda Ir. Dato’ Hj. Khairuddin bin Khalid dan Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS), Laksamana Muda Dato’ Abdul Rahman bin Hj. Ayob serta wakil dari MAKS, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dan BHIC Submarine Engineering Services Sdn. Bhd. (BSES).

Rujukan:090816/01
Sumber :Sel Perhubungan Awam (PR) MAKS TLDM
Artikel :Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto :PW II JTP Mohd Nizam bin Yousof

Last modified on Selasa, 09 Ogos 2016 00:35

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 510

Semalam 497

Bulan ini 9001

Keseluruhan 629000

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM