Mar 16

GOLONGAN PROFESIONAL MEMILIH PSSTLDM UNTUK MENABUR BAKTI KEPADA NEGARA

Aspirasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menjadi sebuah Tentera Laut bertaraf dunia bukan sahaja diukur dengan kelengkapan aset maritim, namun ia perlu diukur dengan elemen humanware iaitu modal insan Navy People yang bukan sahaja melibatkan anggota TLDM, tetapi lebih menyeluruh terhadap warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM). Kumpulan sokongan ini mempunyai latar belakang kepakaran dalam pelbagai bidang yang boleh membantu meningkatkan imej TLDM.

1
Pendedahan pengendalian senjata kecil semasa latihan penembakan

Pengambilan bakal pegawai PSSTLDM 2017 merupakan salah satu contoh penyertaan daripada golongan-golongan elit dan latar belakang profesional yang berbeza merangkumi kepakaran di dalam bidang kejuruteraan kapal, IT, kewangan, undang-undang, rekaan dalaman dan lain-lain. Mereka telah menjalani Latihan Fasa 1 di KD SRI KLANG bermula 6 hingga 14 Mac 17 dengan pelbagai aktiviti asas ketenteraan bagi melayakkan mereka ditauliahkan sebagai pegawai PSSTLDM.

4
EMA untuk meningkatkan tahap kecergasan bakal pegawai

Square bashing merupakan latihan asas bagi bakal pegawai sama ada TLDM mahupun PSSTLDM. Tujuan menjalani rutin ini adalah untuk memberikan pendedahan daripada kehidupan orang awam kepada tentera dan menyesuaikan diri dengan pengetahuan serta budaya hidup TLDM. Pelbagai aktiviti yang telah diharungi selama 9 hari sepanjang latihan dilaksanakan. Antaranya Early Morning Activity (EMA), latihan kawad kaki, jalan lasak, latihan renang, pengenalan senjata kecil dan latihan penembakan, mess etiquette serta pelbagai lagi aktiviti bagi menguji kesabaran dan ketahanan mental peserta. Salah satu amalan yang berjaya diserapkan dalam diri mereka adalah membentuk sahsiah yang berdisiplin tinggi dengan menjaga kebersihan mengikut tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh TLDM terutama semasa lawatan malam di setiap penginapan masing-masing. Kekemasan tidak boleh menjadi ukuran kebersihan sesuatu tempat, malah ia perlu disertakan dengan keseragaman dan tahap hygiene yang sangat tinggi.

2
Latihan kawad kaki untuk membentuk diri patuh kepada arahan

Latar belakang dan umur yang berbeza bukan menjadi halangan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan. Mereka sentiasa mengambil pendekatan terbuka dalam membincangkan masalah bersama. Salah seorang peserta kursus telah menyatakan antara salah satu sebab kemasukannya ke dalam PSSTLDM adalah untuk menarik lebih ramai belia muda memasuki badan uniform dan yang paling utama untuk menanamkan sikap cinta terhadap tanah air. Azam dan komitmen yang tinggi inilah telah membuktikan mereka dapat menjalani latihan dengan jayanya.

3
Kelas teori untuk memantapkan
pengetahuan dan ilmu asas ketenteraan

Kesemua bakal pegawai mengakui bukan mudah untuk orang awam menyesuaikan diri kepada kehidupan seorang tentera dengan penekanan yang teliti kepada ketepatan masa walaupun pada awalnya berlaku kejutan budaya untuk mematuhi arahan yang diberikan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari latihan, peserta mula memahami tradisi TLDM dan nilai yang ingin diterap kepada mereka. Latihan ini juga telah memberi gambaran terhadap pengorbanan yang sedang dijalankan oleh warga TLDM demi menjaga kedaulatan negara.

Rujukan: 160317/04
Sumber: KD SRI KLANG
Artikel: Lt Muhammad Nur Ariffin bin Rahmat TLDM
Foto: KD SRI KLANG

Last modified on Thursday, 16 March 2017 03:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 210

Semalam 416

Bulan ini 14210

Keseluruhan 280659

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM