Mar 16

LAWATAN PAKISTAN NAVY STAFF COURSE KE PANGKALAN TLDM

Lumut, 15 Mac 17 –  Seramai 16 pegawai Pakistan Navy Staff Course mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut diketuai oleh Commodore Sardar Amjad Mahmood SI (M), Assistant Chief of Naval Staff (Training), Naval Headquarters, Islamabad. Delegasi lawatan tiba di Pintu Gerbang Harimau 1 pada jam 1100 pagi disambut oleh AKS Tadbir Markas Pangkalan Lumut.

Gambar 1
Ketibaan Delegasi Lawatan di Wisma Suria

Gambar 2
Ketua Delegasi memberi tabik hormat Kawalan Suku

Gambar 3
Ketua Delegasi menandatangani Buku Pelawat

Gambar 4
Sesi Taklimat Pangkalan

Gambar 5

Gambar 6

Delegasi seterusnya bergerak ke Wisma Suria, KD Sultan Idris 1 dan disambut oleh Pegawai Memerintah. Ketua Delegasi seterusnya memberi tabik hormat dan memeriksa Kawalan Suku dan menandatangani buku pelawat. Ketua Delegasi seterusnya bergerak ke Markas Pemerintahan Armada untuk Kunjungan Hormat  ke atas Panglima Armada. Delegasi kemudiannya diiring ke Auditorium Wisma Suria untuk sesi taklimat Pangkalan TLDM dan tayangan Video Korporat.

Gambar 7
Jamuan Makan Tengahari

Gambar 8
Lawatan Sekitar Pangkalan

Gambar 9
Lawatan ke KD Jebat

Gambar 10

Dalam sesi taklimat Pangkalan, delegasi juga turut dipersembahkan dengan tayangan Video Korporat mengenai asal  usul sejarah penubuhan KD Sultan Idris 1 sebagai pusat latihan pegawai muda. Sejurus selesai taklimat, Delegasi dijemput menikmati hidangan makan tengahari yang telah disediakan di Wisma Suria. Delegasi seterusnya dibawa menaiki bas bagi melawat infrastruktur kemudahan Pangkalan. Lawatan berakhir di KD Jebat pada jam 1500 petang.

Rujukan:160317/05
Sumber :Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel :Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Jurufoto :Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Thursday, 16 March 2017 03:43

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 210

Semalam 416

Bulan ini 14210

Keseluruhan 280659

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM