Mar 16

LATIHAN SAFETY AIR CUSHION BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Lumut, 9 Mac 17 –  Bomba KD MALAYA (KDM) telah mengadakan latihan menyelamat menggunakan safety air cushion bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3 Manjung pada 9 Mac 17. Latihan yang melibatkan seramai 60 anggota Bomba KDM dan 13 orang JBPM itu telah diadakan di Balai Bomba KDM Pangkalan TLDM Lumut, Perak bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

GAMBAR 1.JPG
Taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia

GAMBAR 2.JPG
Persiapan peralatan

GAMBAR 3.JPG
Latihan terjunan dari JBPM dan Bomba KDM

GAMBAR 4.JPG

GAMBAR 5.JPG

GAMBAR 6.JPG

GAMBAR 7.JPG
Sesi begambar

Latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan tatacara yang betul ketika melakukan aktiviti menyelamat mangsa yang terperangkap di bangunan tinggi. Selain itu, latihan juga merupakan latihan tahunan bersama yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba KDM dan JBPM (Manjung). Latihan ini dikoordinasikan oleh Pegawai Bomba iaitu Lt Kdr Meor Fuad bin Zakaria TLDM dengan dibantu oleh Pemangku Pegawai Bomba Manjung iaitu PBK I Alwi bin Ismail. Latihan yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar dan telah dapat memberi pengetahuan kepada semua anggota bomba KDM berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang sebenar ketika melaksanakan operasi menyelamat. Semoga kerjasama dan latihan seumpama ini akan dapat diteruskan demi mengeratkan  hubungan bersepadu di antara Bomba TLDM dan JBPM.

Rujukan:160317/06
Sumber :Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel :Lt Kdr Meor Fuad bin Zakaria TLDM
Jurufoto :Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Thursday, 16 March 2017 07:07

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2017

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 527

Bulan ini 12677

Keseluruhan 263214

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM