Mar 17

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LATIHAN APLIKASI INDUSTRI TEKNISYEN SIRI 1

LUMUT, 16 Mac 17 – Majlis Penyampaian Sijil Latihan Aplikasi Industri Teknisyen (LAIT) Siri 1 telah dilaksanakan bertempat di Auditorium KD PELANDOK pada jam 0925H. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi BHIC Marine Training Academy, Kdr Ebby Reezal Looi bin Abdullah (Bersara) dan turut dihadiri Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan, Laksamana Pertama Zualkafly bin Hj Ahmad.

KDP1.jpg
Sesi Bergambar Antara Wakil Pihak Pengurusan MPPL dan BHIC MTA serta
Pelatih Terbaik Setiap Kepakaran

Program LAIT merupakan satu program pembangunan modal insan yang terhasil daripada usahasama antara TLDM dan BHIC Marine Training Academy (MTA). Program yang julung kali dilaksanakan ini telah disertai oleh 92 pelatih dari cawangan kejuruteraan. Latihan telah dilaksanakan di Boustead Naval Shipyard (BNS) di bawah seliaan BHIC MTA yang telah bermula pada 19 Sep 16. Program selama 6 bulan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelatih berkaitan selenggaraan kapal yang berlaku di limbungan sekaligus meningkatkan kompetensi dalam melakukan kerja-kerja pembaikan di unit-unit TLDM apabila diperjawatkan.

KDP2.jpg
Taklimat Pelaksanaan Program oleh
Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan BHIC MTA

Majlis yang dihadiri oleh wakil daripada KD PELANDOK dan BHIC MTA ini telah bermula dengan taklimat pelaksanaan program yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan BHIC MTA, Lt Kdr Md Salleh bin Abdullah (Bersara). Taklimat disampaikan bagi memberi penerangan serba ringkas berkaitan perjalanan latihan dan penilaian yang telah dilaksanakan oleh BHIC MTA sepanjang 6 bulan latihan.

KDP3.jpg
Penyampaian Sijil Kepada Pelatih terbaik
Teknisyen Elektrik Senjata dan Kuasa

Penyampaian sijil kompetensi kepada pelatih LAIT yang selesai menjalani latihan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi BHIC MTA. Kesemua 92 pelatih telah berjaya menamatkan latihan dan menyempurnakan segala tugas tentu dalam tempoh yang telah ditetapkan. Seterusnya, Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan telah menyampaikan sijil kepada empat pelatih terbaik mengikut kepakaran. Pelatih tersebut telah dinilai oleh BHIC MTA secara berterusan mengikut tugas tentu yang dilaksanakan. Pelatih yan telah dinobatkan sebagai pelatih terbaik mengikut kepakaran adalah 837689 LK II TMK Gerald Agan Ganang, 837731 LK II TLS Mohd Sukri bin Sulaiman, 837760 LK II TMS Wan Nor Aiman bin Wan Zain dan 837911 LK II TLR Mohammad Firdaus bin Abdul Kadir.

KDP4.jpg
Ucapan oleh Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan. Di dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada BHIC MTA di atas usaha mereka dalam melaksanakan program tersebut. Beliau juga turut mengingatkan kepada pelatih agar dapat menggunakan segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang latihan di kapal yang diperjawatkan nanti. Majlis telah berakhir sekitar jam 1030H.

Rujukan:170317/01
Sumber :KD PELANDOK
Artikel :Lt Amiruladlil bin Ahmad TLDM
Jurufoto :Pejabat Perhubungan Awam MPPL

Last modified on Friday, 17 March 2017 01:45

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2017

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 527

Bulan ini 12677

Keseluruhan 263214

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM