Mar 17

PERBARISAN ISTIADAT DAN PERUTUSAN ULUNG PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

Kuantan, 17 Mac 17 – Perbarisan Istiadat dan Perutusan Ulung Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) telah dilaksanakan pada hari ini sempena pertukaran tampuk pemerintahan Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) di Padang Kawad dan Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Yang Berbahagia Laksamana Muda Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah mengambil alih tugas PANGWILLA 1 secara rasmi pada 26 Jan 17 yang lalu. Perbarisan yang telah berlangsung ini melibatkan 8 Platun yang terdiri daripada 1 platun Pegawai, 1 platun Bintara dan 6 platun Laskar Kanan ke bawah. Perbarisan ini juga turut disaksikan oleh kakitangan awam di MAWILLA 1. Perbarisan telah berlangsung dalam keadaan cuaca yang redup ini berjalan lancar dimulai dengan ketumbukan masuk padang kawad pada jam 0730H dan berakhir pada jam 0915H.

1

2
Pemeriksaan ke atas platun oleh YBhg PANGWILLA 1
3

4
YBhg PANGWILLA 1 menerima tabik hormat semsa berjalan lalu
5

6
Platun mempamerkan kesegakan semasa perbarisan
7
Sesi bergambar bersama warga MAWILLA 1
8
Penyampaian Sijil Anugerah Bintara Terbaik suku tahun ke-4 2016
9
Penyampaian sumbangan khairat kematian
10
Perutusan Ulung PANGWILLA 1

Ketibaan PANGWILLA 1 disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Samudera Raya dan Bangga Berkhidmat diikuti dengan pemeriksaan ke atas setiap platun dan diteruskan dengan berjalan lalu. Warga yang terlibat dengan perbarisan ini telah mempamerkan persembahan dengan baik dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah sepanjang majlis berlangsung sekaligus memberi first impression cemerlang kepada PANGWILLA 1. Acara di padang kawad diakhiri dengan sesi bergambar membentuk tulisan "MWL 1" melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Bintara dan Laskar Berkualiti Suku Tahun Ke-4, penyampaian Sumbangan Khairat Kematian kepada warga yang telah kehilangan ahli keluarga dan diikuti dengan Ucapan Perutusan Ulung PANGWILLA 1 di Dewan Al-Haimi. PANGWILLA 1 telah menekankan beberapa perkara penting kepada semua warga antaranya berkaitan penambahbaikan dan peningkatan prestasi kerja, fokus utama terhadap usaha TLDM ke arah penjimatan selaras dengan Transformasi 15to5 yang sedang berlangsung sekarang, dan mengekalkan amalan berkualiti 5S yang banyak memberi manfaat terutama dari konteks kebersihan pangkalan. Perutusan PANGWILLA 1 telah diakhiri dengan peringatan kepada warga agar tidak terlibat dengan masalah disiplin yang dilihat semakin meningkat di kalangan warga TLDM semenjak kebelakangan ini.


Rujukan: 110317/01

Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: Lt Muhammad Haziq bin Azhar TLDM
Jurufoto: LK PAP Robinson /  LK I PAP SAiful

Last modified on Friday, 17 March 2017 08:48

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2017

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 527

Bulan ini 12677

Keseluruhan 263214

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM