Mar 19

PENYAMPAIAN ANUGERAH BINTARA DAN LASKAR TERBAIK TLDM PERINGKAT FORMASI MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA 2016 DAN SIJIL AUDIT KESIAGAAN 2016/2017

Lumut ,17 Mac 2017 – Majlis penyampaian Anugerah Bintara dan Laskar terbaik TLDM peringkat Formasi Markas Pemerintahan Armada telah disempurnakan oleh Panglima Armada Laksdya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli. Majlis diadakan sempena  perbarisan mingguan di hadapan bangunan markas bagi menghargai anggota yang telah di calonkan oleh markas dan unit masing-masing serta mereka yang terpilih mewakili Markas Pemerintahan Armada ke peringkat TLDM. Seramai 7 orang calon Bintara dan 6 orang calon Laskar telah menjalani sesi temuduga bertempat di bilik mesyuarat Markas Pemerintahan Armada pada 7 Feb 17.

1
Penerima Sijil Bintara Terbaik
2
Penerima Sijil Laskar Terbaik
3

4
Penerima Sijil Audit Kesiagaan
5
Ucapan Panglima Armada
6
Bacaan Doa
7
Bergambar Kenangan Bersama Panglima Armada
8
Penerima Penerima Sijil Bergambar Bersama Panglima Armada
9

10
Panglima Armada Beramah Mesra Bersama Penerima Sijil Perhubungan Awam Markas  Pemerintahan Armada

Sesi temuduga diketuai oleh Timbalan Panglima Armada Laksma Abu Bakar bin Mohd Ajis diikuti oleh Panel Eksekutif,Panel Bekalan, Panel Teknikal dan Pegawai Waren Markas. Calon-calon telah dinilai melalui dua kriteria iaitu Asas Pecalonan dan Kriteria Dalam Penilaian.  Hasil dari temuduga tersebut dua calon telah terpilih sebagai Bintara dan Laskar terbaik peringkat Formasi Markas Pemerintahan Armada, anggota tersebut adalah:
(1) Bintara Terbaik 826798 BM PAP (PKL) Nor Hasrulriza bin Ishak KD PANGLIMA HITAM.           
(2) Laskar Terbaik 833755 LK TMK (PKL) Annuar bin Saari@Shaari KD PANGLIMA HITAM.
Dalam masa yang sama Panglima Armada turut menyampaikan sijil Audit Kesiagaan 2016/2017 kepada unit-unit di dibawah naungan Markas Pemerintahan Armada antaranya ialah:
(1) PUSTAKMAR – 5 bintang.
(2) PPE – 4 bintang.
(3) KD JEBAT – 4 bintang.
(4) KD KASTURI – 5 bintang.
(5) KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL – 5 bintang.
(6) KD KINABALU – 4 bintang.
(7) KLD TUNAS SAMUDERA – 4 bintang.
(8) KD JERAI – 4 bintang.
Di dalam ucapan Panglima Armada, beliau mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah Bintara dan Laskar terbaik TLDM peringkat Formasi Markas Pemerintahan Armada tahun 2016 dan penerima sijil Audit Kesiagaan yang mencapai penarafan System Star Rating (SSR) 5 dan 4 bintang bagi tahun 2016/2017. Panglima Armada juga berharap, semoga semua warga Formasi Markas Pemerintahan Armada dapat mempamerkan sikap profesionalisme yang tinggi dan berhemah di dalam pelaksanaan tugas harian. di samping dapat menjaga aset-aset TLDM supaya sentiasa terpelihara demi menjamin kesiapsiagaan kepada TLDM sentiasa ditahap yang terbaik.    


Rujukan: 200317/01
Artikel: Bahagian Prestasi Markas Pemerintahan Armada
Jurufoto: LK PBS Mubin Salim
Kelulusan: LT KDR Rahimah bt Taib TLDM

Last modified on Monday, 20 March 2017 03:08

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 210

Semalam 416

Bulan ini 14210

Keseluruhan 280659

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM