Mar 20

MAJLIS PENUTUP KURSUS IKHTISAS BINTARA KEJURUTERAAN SIRI 1/17

LUMUT, 20 Mac 17 - Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari Bintara Cawangan Kejuruteraan telah berjaya menamatkan Kursus Iktisas Bintara Kejuruteraan Siri 1/17 yang dilaksanakan pada 20 Feb hingga 17 Mac 17. Kursus ini dikelolakan oleh Bahagian Kepakaran Lanjutan, Fakulti Kejuruteraan, KD PELANDOK. Kursus yang terdiri dari 8 modul ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menggantikan Peperiksaan Ikhtisas Pegawai Waren Charge Ticket bagi Cawangan Kejuruteraan. Kursus yang dilaksanakan ini juga adalah untuk memenuhi keperluan Billet Pre-Requisite (BPR) bagi jawatan penting Bintara Kanan di kapal dan unit-unit TLDM.

Gambar 1
Majlis Penutup Kursus Ikhtisas Bintara Kejuruteraan Siri 1/17
Gambar 2
Peserta Tebaik Kursus 822845 BK TMK Norozman bin Mohd Nordin
Gambar 3
Peserta Kursus bersama Pegawai Memerintah

Sepanjang kursus ini berlangsung, kesemua peserta telah diberi pendedahan awal bagi menjawat jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan di kapal. Selain dari modul yang telah dirancang, peserta juga dapat menggunakan peluang ini sebagai platform untuk anggota kejuruteraan bertukar pendapat dalam bidang pengurusan kejuruteraan. Bertempat di Bangunan Bestari, Fakulti Kejuruteraan, KD PELANDOK, satu majlis penutup yang serba ringkas telah disempurnakan oleh YBhg Pegawai Memerintah, Kept Rosli Abd Ghani TLDM. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya lulus di dalam ujian bertulis dan temuduga. Selain dari itu, beliau juga mengingatkan para peserta agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan tahap disiplin bagi menjaga nama baik TLDM serta sebagai contoh kepada anggota bawahan.


Rujukan: 200317/02

Sumber: KD PELANDOK
Artikel: LT KDR Mohammad Naufal bin Mohammad Shariff TLDM
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Awam MPPL

Last modified on Monday, 20 March 2017 03:37

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2017

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 527

Bulan ini 12677

Keseluruhan 263214

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM