Mar 20

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT MARKAS KEJURUTERAAN TLDM

Lumut, 16 Mac 17 -  Pertandingan Inovasi Peringkat Markas Kejuruteraan TLDM Suku Tahun Pertama 2017 telah dilaksanakan pada 16 Mac 17 di Bilik Mesyuarat 1, Markas Kejuruteraan TLDM.  Sebanyak 6 kumpulan dari unit bawah naungan dan semua Bahagian Markas telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.  Panel penilai pertandingan terdiri daripada Kept Ir. Ow Kiat Bin TLDM, Ketua Staf Markas Kejuruteraan TLDM, Kdr Mohd Iskandar bin Md Salleh TLDM, AKS Flotila Bantuan Markas Kejuruteraan TLDM dan Kdr Rosli bin Mohd Amin TLDM, Pegawai Memerintah UPS TLDM Lumut.  Sepanjang pertandingan berlangsung, para panel penilai telah memberikan banyak cadangan yang membina bagi perserta meningkatkan lagi kualiti projek yang  bakal dipersembahkan untuk masa yang akan datang. Daripada 6 kumpulan yang bertanding, 4 kumpulan telah dipilih sebagai kumpulan yang terbaik untuk dimajukan ke peringkat seterusnya iaitu Markas Pemerintahan Armada TLDM.  Johan dimenangi oleh Kumpulan OVERSEER dari UPS TLDM Lumut  dengan tajuk Multi Tester Device.  Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan BRAVO dari Kapal Latihan TEGUH SAMUDERA dengan tajuk First Aid Sealing Tool (FAST) Clamp. Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan WIN dari Bahagian Tadbir, Markas Kejuruteraan TLDM dengan tajuk E- Failing. 

NO.2
Panel penilai semasa pembentangan projek KKI

N0.1
Sesi pembentangan projek oleh kumpulan KKI
NO.3

NO.4

NO.5
Sesi bergambar semua kumpulan KKI bersama
Ketua Staf Markas Kejuruteraan TLDM

NO.6
Penyampaian hadiah oleh Panglima Kejuruteraan TLDM kepada
kumpulan OVERSEER dari UPS TLDM Lumut

NO.7
Penyampaian hadiah oleh Panglima Kejuruteraan TLDM kepada
kumpulan  BRAVO dari Kapal Latihan TEGUH SAMUDERA

NO.8
Penyampaian hadiah oleh Panglima Kejuruteraan TLDM kepada
kumpulan  WIN dari Bahagian Tadbir, Markas Kejuruteraan TLDM

NO.9
Penyampaian hadiah oleh Panglima Kejuruteraan TLDM kepada
kumpulan  ONE WORKSHOP dari Depot Senggara Armada

Tempat Keempat dimenangi oleh Kumpulan ONE WORKSHOP dari Depot Senggara Armada dengan tajuk Emergency Charger.  Pada 17 Mac 17 semasa Perbarisan Pagi Jumaat Markas, Laksamana Pertama Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah, Panglima Kejuruteraan TLDM telah menyampaikan hadiah berupa hamper beserta sijil penghargaan kepada semua pemenang. Penyampaian hadiah dan sijil adalah sebagai pemangkin dan dorongan bagi memastikan projek yang mewakili Markas adalah yang terbaik dan berdaya saing. Dengan adanya pertandingan sebegini, cetusan idea dan golongan pemikir kreatif dan kritis dapat diketengahkan untuk menyumbang kepada penambahbaikan organisasi TLDM.  Di samping itu, pertandingan ini memberi peluang kepada pegawai dan anggota TLDM membuktikan daya kreativiti yang dimiliki mampu memberi sumbangan yang besar terhadap Negara.

Rujukan: 200317/03
Sumber: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel: BK TLR Mahadi bin Hamzah
Jurufoto: LK I TLR Remugam anak Nisit

Last modified on Tuesday, 21 March 2017 12:25

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2017

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 527

Bulan ini 12677

Keseluruhan 263214

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM