Mar 20

MENTERI PERTAHANAN BERSAMA MEDIA DI MAJLIS HI-TEA

Langkawi, 20 Mac – Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussin meluangkan masa bersama media dalam Majlis Hi-Tea sempena penganjuran LIMA ‛17 yang diadakan di geladak penerbangan KD JEBAT. Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan panglima perkhidmatan. Ketibaan para tetamu jemputan telah disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

CKS27168YB Menteri Pertahanan menyampaikan maklumat semasa sidang
media yang telah dilaksanakan di atas KD JEBAT

Seramai 94 orang pengamal media tempatan dan antarabangsa menyertai majlis yang bermakna ini. Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi ruang kepada wartawan tempatan dan antarabangsa yang hadir mendapatkan maklumat mengenai penganjuran LIMA pada kali ini.

CKS27235Beramah mesra bersama wartawan asing yang turut hadir

CKS27002Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamad Affandi
memperkatakan sesuatu kepada
Panglima Tentera Laut dan
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

YB Menteri Pertahanan telah mengambil peluang semasa sidang media untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang objektif penganjuran LIMA serta menyampaikan penghargaan kepada semua wartawan yang hadir pada edisi LIMA tahun ini. Selain itu, Menteri Pengangkutan yang turut hadir majlis ini telah menerangkan signifikan kehadiran beliau di dalam majlis ini.

Rujukan:210317/01
Sumber: Sel Komunikasi Strategik Mk TL
Artikel: Sel Komunikasi Strategik Mk TL
Jurugambar: LK I PNK Najmi

Last modified on Tuesday, 21 March 2017 05:24

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2017

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 527

Bulan ini 12677

Keseluruhan 263214

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM