Apr 19

MAJLIS RAMAH MESRA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) BERSAMA AGENSI KERAJAAN, PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN KETUA KOMUNITI SEMPENA HUT TLDM KE 83

PULAU INDAH, 18 Apr 17 – Majlis Ramah Mesra PHN bersama agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ketua Komuniti di kawasan Pelabuhan Klang telah berlangsung pada jam 1000H di Wisma Laskar, PHN. Majlis ini telah disertai oleh 12 agensi kerajaan, 6 PBT dan 21 Ketua Komuniti Pulau Indah yang melibatkan seramai 40 orang jemputan. Di antara jemputan yang hadir adalah Ketua UMNO Pelabuhan Klang YBhg Dato’ Haji Nasarruddin bin Dato’ M. Zin, Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah Encik Nasa bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Puan Siti Zaleha bt Ibrahim, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang. Bagi menghargai peranan Ketua Komuniti di kawasan Pulau Indah, PHN telah menjemput Pengetua dan Guru Besar, Pengulu, Ketua-ketua Kampung dan Imam di kawasan Bandar Armada Putra dan Pulau Indah untuk turut menyertai majlis tersebut. Objektif Majlis Ramah Mesra anjuran PHN adalah untuk mempromosikan fungsi tugas dan peranan PHN, memupuk persefahaman di kalangan agensi dan mengenalpasti kerjasama yang boleh diketengahkan di antara kedua-dua belah pihak, mengeratkan perhubungan di antara Warga PHN dan masyarakat setempat di samping menghargai sumbangan Ketua Komuniti kepada warga PHN khususnya dalam bidang pendidikan, sosial dan kemasyarakatan. PHN turut menawarkan kepada para jemputan untuk menggunakan kemudahan gelanggang futsal berbumbung yang dimiliki PHN dan bersedia untuk menerima perlawanan persahabatan bagi mengeratkan lagi hubungan TLDM bersama masyarakat setempat. Pihak PHN juga telah menyediakan tapak pameran khas di Wisma Laskar untuk memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan diantaranya seperti Carta Nautika, Jadual pasang Surut Malaysia serta beberapa peralatan hidrografi seperti set meter arus dan Side Scan Sonar.

IMG 2485
Sesi Fotografi Tetamu Majlis Ramah Mesra Pusat Hidrografi Nasional 2017

IMG 2486
YBhg KPH beramah mesra sambil menikmati hidangan bersama tetamu

IMG 2488
Tetamu yang Hadir beramah mesra sambil menikmati hidangan

IMG 2489
YBhg KPH menyampaikan Chief of Hydrographer Coin kepada para jemputan

IMG 2500
YBhg KPH menyampaikan Chief of Hydrographer Coin
kepada Tok Batin Kg Orang Asli Pulau Indah

Majlis selesai pada jam 1130H seterusnya PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan kerana sudi menghadiri ke majis yang julung kali diadakan ini. Penganjuran majlis ini menjadi permulaan yang baik untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan PHN secara terbuka bersedia untuk menerima setiap cadangan dan berusaha untuk berbakti kepada masyarakat demi kepentingan organisasi dan masyarakat khususnya.

Rujukan: 190417/01
Sumber: Sel Teknologi Maklumat PHN
Artikel: Lt Kdr Nazrul Hisham bin Abdul Wahab TLDM
Jurufoto: BK HDI Amir bin Idris

Last modified on Wednesday, 19 April 2017 00:25

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 211

Semalam 416

Bulan ini 14211

Keseluruhan 280660

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM