Apr 19

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN WARGA PUSMAS TLDM KE MUZIUM NEGARA

KUALA LUMPUR, 17 April 2017- Pengarah PUSMAS TLDM, Kept Mohd Yusri bin Haji Mohd Yunus TLDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), YBhg Datuk Kamarul Bahrin bin A.Kasim. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat TLDM kepada Ketua Pengarah JMM mengenai pembinaan Muzium TLDM. Dalam perbincangan bersama ini, Pengarah PUSMAS mencadangkan agar satu platform diwujudkan bagi memudahkan jalinan kerjasama di antara pihak TLDM dan JMM seperti Jawatankuasa Induk Bersama. Ketua Pengarah JMM amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan menyokong penuh cadangan pembinaan Muzium TLDM tersebut. Beliau turut mencadangkan agar pihak TLDM berdaftar dengan Persatuan Muzium Malaysia kerana ini merupakan platform terpenting bagi setiap pengwujudan muzium di Malaysia. Pihak JMM juga bersetuju untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan dari segi latihan kepada TLDM bagi merealisasikan pengwujudan Muzium TLDM ini kelak. Kunjungan hormat ini turut disertai dengan lawatan ke Muzium Negara oleh warga PUSMAS TLDM. Lawatan warga PUSMAS TLDM ini telah disambut baik oleh Cik Fadhliatun Azmi, Kurator dari Unit Pendidikan dan Khidmat Seranta. Warga PUSMAS telah dibawa melawat ke empat segmen utama pameran muzium iaitu Sejarah Awal, Pemerintahan Kerajaan Melayu, Zaman Napoleon dan Masa Kini. Pameran muzium adalah bertemakan pictorial.

1
Perbincangan dan perkongsian pendapat di antara Pengarah PUSMAS,
Kept.Yusri dan Pengarah Muzium Negara,
YBhg.Datuk Kamarul Bahrin bin A.Kasim

2
Lawatan warga PUSMAS ke Muzium Negara

3
Pengarah PUSMAS TLDM, Kept. Yusri dan Pengarah JMM, Datuk Kamarul
bertukar cenderahati simbolik jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak

4
Sesi bergambar bersama Pengarah JMM di hadapan
Dewan Pameran Muzium Negara

Kunjungan hormat diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati daripada pihak PUSMAS TLDM dan JMM sebagai simbolik kerjasama erat kedua-dua pihak. Kerjasama ini diharapkan akan lebih akrab dalam perkongsian pendapat dan maklumat pada masa akan datang.

Rujukan: 190417/02
Sumber: PUSMAS
Jurugambar: Lt M Elizabeth Ann anak James PSSTLDM 
Artikel: Lt M Elizabeth Ann anak James PSSTLDM 

Last modified on Wednesday, 19 April 2017 01:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 416

Bulan ini 14212

Keseluruhan 280661

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM