Apr 19

PROGRAM SANTAI AHLI PARLIMEN PARIT BERSAMA WARGA STESEN KOMUNIKASI TLDM PARIT

SERI ISKANDAR, 18 April 17 – SKTLDM Parit telah menerima kunjungan hormat dari Ahli Parlimen Parit, Dato’ Hj Mohd Zaim bin Abu Hasan bersama isteri. Program ini juga adalah satu program ramah mesra wakil rakyat bersama Warga Tentera Setempat. Program Santai ini telah berlangsung di perkarangan Gymnasium SKTLDM Parit. Majlis juga turut dihadiri oleh ADUN Blanja, Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan, Pegawai Laksana SKTLDM Lumut beserta agensi-agensi kerajaan Daerah Perak Tengah dan Parit. Majlis dimulakan dengan YB Ahli Parlimen menandatangani buku pelawat. Seterusnya dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Memerintah SKTLDM Parit dan ucapan YB Dato’ Mohd Zaim. YB Dato’ Mohd Zaim berbesar hati untuk merasmikan SKTLDM Parit Fitness Center dan Kelab Berbasikal SKTLDM Parit dalam majlis yang sama.

gambar 1
Ahli Parlimen Parit YB Dato’ Mohd Zaim Mendatangi Buku Lawatan

gambar 1 a
Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan Mendatangi Buku Lawatan

gambar 2
Ucapan Alu – aluan oleh Pegawai Memerintah SKTLDM Parit

gambar 3
Ucapan oleh YB Dato’ Mohd Zaim

gambar 4
YB Dato’ Mohd Zaim Merasmikan SKTLDM Parit Fitness Center

gambar 5
Lawatan oleh Yb Dato’ Mohd Zaim ke Gymnasium

gambar 6
Perasmian Kelab Berbasikal SKTLDM Parit

gambar 7
Pegawai Memerintah SKTLDM Parit Menyampaikan
Cenderahati Kepada YB Dato’

gambar 8
Sesi Bergambar Ahli Parlimen Bersama Warga SKTLDM

gambar 9
Jamuan Ringan

YB Dato’ Zaim melahirkan rasa bangga dengan kehadiran SK TLDM Parit yang sering mencurah khidmat bakti dengan penglibatan aktiviti masyarakat setempat. Program Jiwa Murni yang sering dilakukan setiap tahun amat mendatangkan impak yang besar dalam mempereratkan hubungan kekeluargaan di kawasan Parit. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dari SK TLDM Parit kepada Ahli Parlimen Parit dan jamuan ringan .

Rujukan: 190417/03
Sumber: PR SKTLDM Parit
Artikel: BM JJM Mohd Faizul Bin Zanawi
Jurufoto: Lk Tlr Muhamad Asly Aswandi bin Ahmad

Last modified on Thursday, 20 April 2017 01:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 211

Semalam 416

Bulan ini 14211

Keseluruhan 280660

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM