Apr 20

SAMBUTAN HARI TLDM KE-83 - PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PANGKALAN TLDM (FASA 2)

Lumut, 18 Apr 17 – Program Gotong-Royong Perdana diteruskan untuk kali yang kedua sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke – 83 dengan semangat “Green Navy”. Program pada kali ini telah di rasmikan oleh YBhg Panglima Udara, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin bertempat di Dewan Shariff. Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada semua warga yang terlibat supaya menjalankan tugas yang telah diberikan dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan kelancaran program. Warga Pangkalan TLDM telah memberi sokongan yang padu bagi merealisasikan kehendak pucuk pimpinan tertinggi TLDM. Objektif utama adalah bagi menyokong platform integrasi warga Pangkalan TLDM Lumut bagi memastikan pangkalan kekal bersih dan indah. Inisiatif yang dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan komitmen dan tanggungjawab komuniti serta rasa berterima kasih kepada perkhidmatan dalam menyediakan pelbagai fasilitas untuk kemudahan warga pangkalan. Bagi menjayakan program tersebut, gotong-royong dilaksanakan di kawasan masing-masing melalui pegawai koordinasi, penghulu blok kediaman dan individu yang dilantik. Pembahagian tugas meliputi gotong-royong di kawasan blok kediaman masing-masing, membersih kawasan persekitaran termasuk jalan raya dan membuang objek atau pokok yang tumbuh di kawasan pagar dan longkang.

Gambar 1
Ucapan YBhg Panglima Udara

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4
Tinjauan Sekitar Pangkalan

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8
Pelaksanaan Gotong Royong

Dalam aturcara tersebut juga, YBhg Panglima Udara serta pegawai kanan lain juga telah membuat tinjauan lokasi pembersihan di sekitar pangkalan. Semoga program ini dapat menjadi amalan yang berterusan kepada “The Navy People” ke arah perspektif yang lebih mesra alam dan cintakan kebersihan. Program dilanjutkan pada sebelah petang bagi memastikan kebersihan kawasan ditahap yang memuaskan.

Rujukan: 200417/01
Sumber: Pusat Media Hari TLDM Ke-83
Artikel: Pusat Media Hari TLDM Ke-83
Jurufoto: Pusat Media Hari TLDM Ke-83

Last modified on Thursday, 20 April 2017 03:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 211

Semalam 416

Bulan ini 14211

Keseluruhan 280660

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM