Apr 20

PROJEK JIWA MURNI MERAPATKAN TLDM DAN RAKYAT

Semporna, 4 Mac – KD SRI SEMPORNA bersama World Wildlife Foundation (WWF) Sabah telah berjaya melaksanakan Program Jiwa Murni bertempat di Pulau Sibuan, Semporna.
Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA, Kept Hj Muhammad Rodhi Bin Ariffin TLDM berkata program seumpama ini merupakan medium yang baik bagi Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya untuk mendekati masyarakat disamping menghulurkan bantuan didalam menyokong aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau turut menekankan bahawa tugas dan tanggungjawab TLDM adalah bukan sahaja untuk menjaga keselamatan negara tetapi ia juga melibatkan aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat sekitar. Dalam Program Jiwa Murni kali ini, dianggarkan seramai 73 orang yang mana ia melibatkan anggota dan pegawai dari KD SRI SEMPORNA, sukarelawan dari “Green Semporna”, Anggota Tentera Darat dari Pos Pulau Sibuan serta pelancong dari dalam dan luar negara dengan jumlah sebanyak 145KG sampah telah berjaya dikumpulkan dan dibawa keluar dari Pulau Sibuan bagi tujuan pelupusan.

IMG 9163Gotong Royong

IMG 9166Gotong Royong Bersama Penduduk Kampung 

IMG 9164Sesi Bergambar Bersama Penduduk Kampung

IMG 9160Hasil Daripada Program "Green Semporna"

Menerusi program ini, warga KD SRI SEMPORNA dapat mengenali lebih rapat organisasi yang bergiat dengan aktif di dalam aktiviti konservasi dan pemuliharaan alam sekitar bukan sahaja di Sabah malah di seluruh Malaysia.

Rujukan: 200417/02
Sumber: KD SRI SEMPORNA
Artikel: KD SRI SEMPORNA
Jurufoto: KD SRI SEMPORNA

Last modified on Thursday, 20 April 2017 04:25

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 211

Semalam 416

Bulan ini 14211

Keseluruhan 280660

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM