Apr 21

KEPT JAMALUDIN BIN HJ SAIRI TLDM PEGAWAI MEMERINTAH KE-11 KD SULTAN ISMAIL

KD SULTAN ISMAIL, 19 APRIL 2017 – Tanggal 19 April 2017 telah merakamkan detik bersejarah apabila Kept Jamaludin bin Hj Sairi TLDM dengan secara rasminya telah mengambil alih tugas sebagai Pegawai Memerintah KD SULTAN ISMAIL (KDSI) yang ke-11. Beliau mengambil alih tugas tersebut daripada Kept Zahid bin Abd Aziz TLDM yang telah memegang tampuk pemerintahan Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM ini selama 2 tahun 2 bulan dan akan bertukar ke Markas Wilayah Laut 2 sebagai Ketua Staf.

Gambar 1
Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KDSI
Gambar 2
Upacara Penurunan dan Pemakaian Insignia Pegawai Memerintah
Gambar 3

Gambar 4
Cenderahati Dari Warga KDSI
Gambar 5

Gambar 6
Warga KDSI bersalaman dengan Mantan Pegawai Memerintah
Gambar 7

Majlis yang telah dilaksanakan di Dewan Makan Laskar ini, telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan, Laksamana Muda Dato’ Rusli bin Ramli dan seluruh warga KDSI serta Perajurit Muda Pengambilan 215/17. Semasa di bawah pemerintahan Kept Zahid bin Abd Aziz TLDM, banyak pencapaian yang dikecapi oleh KDSI. Semoga dengan pertukaran pucuk pimpinan yang baru, KDSI mampu untuk melakukan anjakan paradigma ke arah kecemerlangan sekaligus memartabatkan nama KDSI amnya dan TLDM khususnya di mata masyarakat dan negara.


Rujukan: 210417/01    

Sumber: Perhubungan Raya KDSI
Artikel: Lt Noor Ashraf bin Shaari TLDM
Jurufoto: P/BM PAP Faizal bin Azonan

Last modified on Friday, 21 April 2017 00:27

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 211

Semalam 416

Bulan ini 14211

Keseluruhan 280660

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM