Apr 21

SAMBUTAN HARI TLDM KE-83 – CERAMAH PERDANA PERIBADI MULIA, MASYARAKAT SEJAHTERA, NEGARA SENTOSA

Lumut, 20 Apr 16 – Bertepatan dengan Sambutan Hari TLDM Ke-83- terdapat pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak pengurusan di Pangkalan Lumut. Antaranya adalah Ceramah Perdana Ehwal Islam yang diadakan pada 20 Apr 16 bertempat di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut. Ceramah yang bermula jam 2100 dihadiri oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir bersama isteri, Panglima Armada Laksdya  Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli bersama isteri, Ahli JLAKS Lumut dan Warga Pangkalan. Ceramah pada ini telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di mata masyarakat umum iaitu Ustaz Elyas Ismail. Kepimpinan melalui teladan Rasullulah SAW pernah menjadi tema utama bagi Sambutan Hari TLDM yang lepas. Pada kali ini Cawangan Kerohanian Markas Pangkalan Lumut dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) telah mengkoordinasikan ceramah perdana bertajuk Peribadi Mulia, Masyarakat sejahtera, Negara Sentosa dan ianya amatlah signifikan dengan Slogan Sambutan Hari TLDM pada kali ini iaitu TLDM Siap Siaga Perairan Terpelihara. Lokasi Ceramah Perdana pada kali ini strategik dimana Dewan Shariff telahpun dirasmikan pada 7 April 2017 yang lalu dan ianya adalah pembuka tirai kepada Sambutan Hari TLDM Ke-83 Pangkalan TLDM Lumut. Kehadiran pada malam tersebut mendapat sambutan yang amat luar biasa di mana kehadiran hampir 6,000 warga mendengar ceramah beliau. Setakat ini Dewan Shariff telah selepas perasmian Dewan Shariff telah digunakan sebanyak 2 kali, iaitu semasa Program Gotong-Royong Perdana Pangkalan Fasa II pada 18 April 17 dan kini majlis ilmu yang bakal memberi barakah kepada seluruh pangkalan. Antara intipati ceramah perdana beliau menyingkap reality masa kini dan antara isu utama dalam konteks pembangunan masyarakat adalah isu yang berkaitan dengan persoalan membangunkan masyarakat yang harmoni, sejahtera dan berjaya.

1

2
Ketibaan Menteri Besar Perak
3

4
Persembahan Kumpulan Qasidah
5

6
Kehadiran Warga Yang mengimarahkan majlis
7

8
Sesi Ceramah

Teras utama dalam melahirkan masyarakat yang diidamkan adalah melalui penjanaan masyarakat berasaskan pemantapan nilai-nilai murni secara kolektif. Dengan berpaksikan nilai-nilai murni ianya akan melahirkan masyarakat yang aman dan bahagia, keamanan yang berpanjangan serta kesejahteraan yang berkekalan. Dalam usaha menuju ke arah tersebut, maka membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah jalan yang terbaik dan ianya seiring dengan melahirkan masyarakat yang kredibel. Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pencernaan ahlak dan moral yang menyeluruh berpandukan ajaran islam seperti semangat bekerjasama, nasighat menasihati, beramanah dan bertanggungjawab dalam semua keadaan. Ianya juga sekaligus seiring dengan pembangunan teras kesiapsiagaan modal insan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Majlis berakhir sekitar jam 2300.


Rujukan: 210417/02
Sumber: Pusat Media Hari TLDM Ke-83
Artikel: Pusat Media Hari TLDM Ke-83
Jurufoto: Pusat Media Hari TLDM Ke-83

Last modified on Friday, 21 April 2017 00:46

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 416

Bulan ini 14212

Keseluruhan 280661

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM