Apr 21

ARMADA MOUNTAIN BIKE CHALLENGE DAN PELANCARAN HARI TANPA KARBON

Lumut, 20 April 17 –  Armada Mountain Bike Challenge ini adalah program yang julung-julung kali diadakan di Pangkalan TLDM Lumut, pelaksanaan program ini adalah bersempena dengan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-83 dan merupakan simbolik pelancaran Hari Tanpa Karbon di Pangkalan TLDM Lumut.  Armada Mountain Bike Challenge ini melibatkan pertandingan berbasikal sejauh 10 KM merentasi 5 KM on road dan 5 KM off road.  Laluan off road adalah melalui Fun Cycling Track (FC Track) yang pastinya mencabar.  Kategori yang dipertandingkan pula adalah Terbuka Wanita, Terbuka Lelaki dan Junior Master Lelaki. Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Udara TLDM, YBhg Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin. Seramai 43 orang peserta melibatkan diri bagi kategori Junior Master, 33 orang bagi terbuka lelaki dan 10 orang bagi terbuka wanita.  Penyertaan 4 warga BNS juga amat dihargai.

1
Ucapan perasmian oleh Panglima Udara TLDM
2
Pelepasan peserta
3

4

5
Wajah pemenang bagi setiap kategori
6
Warga pangkalan bersenamrobik
7
Seisi peserta bersesi foto beramai-ramai

Selain penganjuran Armada Mountain Bike Challenge, aktiviti turut melibatkan program Senamrobik untuk membolehkan warga Pangkalan yang tidak menyertai acara berbasikal untuk sama-sama bersukan. Dalam ucapan YBhg Panglima, sasaran program ini adalah selaras dengan seruan Kerajaan Malaysia dan Pucuk Pimpinan TLDM untuk membentuk negara yang mengamalkan Dasar Teknologi Hijau Negara, penganjuran program berbasikal ini secara tidak langsung dapat melahirkan amalan gaya hidup sihat selain rendah pencemaran karbon seiring dengan inisiatif Green Navy. Para pemenang yang mengungguli tempat pertama bagi Kategori 34 tahun ke bawah adalah milik 828035 BK TLR Zulkarnain bin Muhamad, tempat kedua 836648 LK 1 TNL Mohd Azim Hakimi bin Mohd Azhan dan tempat ketiga milik 830099 LK TNL Zulkafli bin Mat Lajim. Untuk kategori Junior Master 35 tahun ke atas, tempat pertama milik 825861 BK PLM Mohd Fetry bin Habo, tempat kedua 825605 P/PW II TNL Sidek bin Ahmad dan tempat ketiga adalah 402448 Kdr Ismail bin Othman TLDM. Bagi Kategori Terbuka wanita, tempat pertama milik 5501245 LK I TNL Nisa bt Bachok, tempat kedua adalah milik 5501094 LK PNK Siti Mahidawati bt Jusoh dan tempat ketiga milik Lt Kdr Nadia bt Omar TLDM. Mulai dari tahun ini, Armada Mountain Bike Challenge akan menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender TLDM.

Rujukan: 210417/04
Sumber: Pusat Media TLDM ke-83
Artikel: Pusat Media TLDM ke-83
Jurufoto: Pusat Media TLDM ke-83

Last modified on Friday, 21 April 2017 01:01

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 416

Bulan ini 14212

Keseluruhan 280661

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM