Apr 21

PROJEK JIWA MURNI NBOS MAWILLA 1

Kampung Balok, 20 April - Markas Wilayah Laut 1 telah menjayakan penyerahan rumah Projek Jiwa Murni NBOS sempena Hari Ulang Tahun TLDM yang ke-83 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Wakil Menteri Besar Pahang, Yang Hormat Dato' Zaitun binti Mat di Kampung Balok. Puan Azizah binti Muhammad Yamu telah terpilih menerima bantuan membaikpulih rumah setelah perbincangan di antara agensi dilaksanakan pada bulan Mac yang lepas.

1
Ucapan oleh  Yang Hormat Dato' Zaitun binti Mat wakil Menteri Besar Pahang
2
Perasmian oleh wakil Menteri Besar Pahang, sambil disaksikan oleh Puan Azizah binti Mohammad Yamu , PANGWILLA 1 dan Yang Dipertua Orang Kaya
3

4
Acara menandatangani dan simbolik penyerahan projek baikpulih rumah
5
Lawatan kawasan tapak projek oleh wakil Menteri Besar Pahang dan PANGWILLA 1
6

7
Penyerahan wang sumbangan oleh wakil Menteri Besar Pahang sambil disaksikan oleh YBhg PANGWILLA 1
8
YBhg PANGWILLA 1 menyampaikan cenderahati kepada wakil Menteri Besar Pahang
9
Sesi bergambar kenang-kenangan

Bagi Projek Jiwa Murni NBOS ini, Markas Wilayah Laut 1 telah berkerjasama bersama Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta PETRONAS Chemical MTBE Sdn Bhd dalam membantu masyarakat setempat. Projek ini telah mengambil masa 13 hari bekerja bagi membaikpulih bahagian rumah yang usang dan daif. Panglima Wilayah Laut 1 YBhg Laksamana Muda Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany  turut hadir bagi memastikan kelancaran projek ini. Objektif pelaksanaan projek ini adalah memberi bantuan kepada masyarakat setempat disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim (NavyPeople) dengan masyarakat setempat.
“Always Number One”


Rujukan: 210417/05

Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: PR Mawilla 1
Jurufoto: PR Mawilla 1

Last modified on Friday, 21 April 2017 01:08

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 416

Bulan ini 14212

Keseluruhan 280661

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM