Mei 11

SAMBUTAN JUBLI EMAS KD HANG TUAH MENEMUKAN KREW PERTAMA DAN MANTAN-MANTAN PEGAWAI MEMERINTAH

Lumut, 9 Mei 17 - Perasaan sayu, gembira dan terharu dirasai oleh 36 krew KD HANG TUAH dan mantan-mantan Pegawai Memerintah apabila diraikan dalam majlis Sambutan Jubli Emas KD HANG TUAH hari ini. Sambutan yang diadakan di atas kapal KD HANG TUAH itu sendiri berjaya mengimbau kembali kenangan setelah hampir 40 tahun krew pertama belayar pulang ke Woodlands, Singapura dari Southhammpton, London. Sebagai tanda penghargaan, semua yang diraikan telah disambut oleh Pangliam Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamaruzaman bin Hj Ahmad Badaruddin. Majlis bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan mantan krew pertama dan Pegawai-pegawai Memerintah KD HANG TUAH.

1
Panglima Tentera Laut menyambut semua yang diraikan

2
Sambutan Silat Menyambut krew yang diraikan

3
Wajah-wajah krew pertama KD HANG TUAH dan Mantan PM yang diraikan

4

5

Seramai 36 krew pertama hadir memeriahkan majlis sambutan Jubli Emas KD HANG TUAH. Antaranya Pegawai Memerintah pertama, Laksda (B) Dato' Tuan Hashim bin Tuan Mohamed. Kumpulan VVIP disambut oleh Yang Berbahagia Laksmana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut dan div-div jemputan khas diiringi alunan kompang dan persembahan silat simbolik dengan nama KD HANG TUAH yang melambangkan ciri-ciri kepahlawanan Melayu.

6
Upacara memotong pulut kuning

YBhg Panglima Tentera Laut menerusi ucapannya turut berkongsi pengalaman beliau sebagai Pegawai Panduarah KD HANG TUAH semasa zaman pemerintahan Allahyarham Kept (B) Udin bin Ujud TLDM menerusi ucapannya memberi penghormatan kepada mantan krew pertama dan Pegawai-pegawai Memerintah KD HANG TUAH serta beliau melafazkan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang ditaburkan. Suasana meriah bertukar sedih apabila Mejar Ustaz Syukri melafazkan doa penuh syahdu bagi menghargai mantan krew pertama dan Pegawai-pegawai Memerintah yang telah meninggal dunia.

7
Penyampaian cendera kenangan kepada semua yang diraikan

8
Bergambar kenangan bersama semua krew pertama
KD HANG TUAH dan Mantan Pegawai Memerintah

KD HANG TUAH telah dilancarkan pada 26 Disember 1966 di Limbungan Yarrow Shipbuilder, Scotland. Kapal ini pernah ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British dengan nama HMS MERMAID dengan no pennant F76. Pada 22 Julai 1977, istiadat penamaan dan pentauliahan KD HANG TUAH telah disempurnakan di Southamton, England oleh Datin Badariah binti Abdullah, isteri Datuk Abdullah bin Ali Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Leftenan Kolonel (L) Tuan Hashim bin Tuan Mohamad merupakan Pegawai Memerintah Pertama KD HANG TUAH.
Sepanjang 40 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM KD HANG TUAH telah banyak menyumbang jasa terutama dalam melatih Pegawai Kadet dan anggota TLDM di mana fungsi utama kapal ini adalah sebagai platform latihan. Penganjuran majlis Jubli Emas KD HANG TUAH diharap dapat memenuhi objektif yang disasarkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan perkembangan TLDM bermula dengan sejarah yang telah dicipta hingga perancangan masa hadapan dalam memastikan kesiagaan armada sentiasa di peringkat tertinggi demi menjaga keselamatan maritim negara. Perancangan masa hadapan, KD HANG TUAH akan dijadikan sebagai platfom Muzium TLDM yang dalam perancangan pembinaan sebagai salah satu tarikan pelancong di Lumut. Ia akan menjadi lebih sinonim Lumut sebagai Bandar Tentera Laut.

Rujukan:110517/02
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel :Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto :Markas Pemerintahan Armada Barat

Last modified on Jumaat, 12 Mei 2017 03:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 108

Semalam 796

Bulan ini 2918

Keseluruhan 796578

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM