Sep 29

MAJLIS PENUTUP SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM ISG 2017

Lumut, 29 Sep 17 – Majlis Penutup Kejohanan Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung di pangkalan TLDM Lumut bermula 25 Sep 2017 dan sebanyak 4 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar, Ping Pong, Basikal dan Memanah. Majlis penutup pada kali ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin mewakili Panglima Angkatan Tentera. Kejohanan pada kali ini telah menyaksikan kehebatan Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia berentap mempamerkan kehebatan masing-masing dalam usaha ATM bagi memastikan setiap anggota mempunyai kredibiliti serta semangat berpasukan yang optimum.

1
Ketibaan PTL

2

3
Perlawanan Akhir Bola Tampar dan penerima hadiah

4

5


TLDM telah mendominasi hampir keseluruhan acara yang dipertandingkan, empat acara sukan yang pertandingkan iaitu Bola Tampar, Memanah, Basikal dan Ping Pong. Pasukan Ping Pong TLDM telah mengekalkan kejuaraan selama 5 tahun berturut-turut. Namun demikian Tentera Darat telah memberi saingan yang amat sengit khususnya dalam acara Bergu Lelaki dengan mendahului 2-0 diawal pusingan. TLDM seterusnya bangkit dengan sokongan penyokong-penyokong dari sekitar Pangkalan dan sekaligus memenangi perlawanan akhir dengan argregat 3-2. Keputusan perlawanan akhir Ping Pong, TLDM telah memenangi tiga daripada lima kategori yang dipertandingkan iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Bergu Veteran,Bergu Lelaki dan Bergu Wanita.

7
Permain Terbaik Bola Tampar Lelaki dan Wanita

8

Kejohanan Lumba Basikal pada kali ini turut diungguli TLDM. Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu kejohanan Lumba Basikal Lebuh Raya 80 KM, Montain Bike 25 KM dan Ujian Masa Berpasukan 40 KM. Setelah berakhirnya acara Ujian Masa Berpasukan 40 KM pada 28 Sept 2017, TLDM dengan catatan masa 55 minit 04 saat telah mendapat Tempat Pertama manakala Tempat Kedua Tentera Darat dengan catatan masa 56 minit 30 saat dan Tentera Udara tempat ketiga dengan catatan masa 57 minit 33 saat. Secara keseluruhan TLDM telah mendapat pungutan 15 mata dan menduduki tempat pertama serta Tentera Darat dengan pungutan 7 mata telah mendapat Tempat Kedua dan Tempat Ketiga pungutan 5 mata di duduki Tentera Udara.

9
Johan Persatuan-Persatuan Sukan

10

11

12

13

Kredibilti Pasukan Memanah TLDM juga tidak dilupakan dengan mempamerkan mutu perlawanan yang terbaik dengan memberi saingan yang hebat kepada Tentera Darat dan Tentera Udara. Sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan iaitu Double 70M Individu Recurve Men/Women, Double 50M Individu Compound Men/Women, Olimpik Round Individu Recurve Men/Women serta Compound Men/Women dan Olimpik Round Berpasukan Recurve Men/Women serta Compund Men. TLDM secara keseluruhan telah merangkul kejuaraan kesemua kategori dan pemanah terbaik kategori Recurve Men dimenangi 839137 LK I PRL Cheng Chu Sian manakala Recurve Women dimenangi 5500936 LK TNL Norhayati binti Hj Ramli. Kategori Compound Men dimenangi 839139 LK I PAP Azizul Azri bin Aziz dan 551684 LK I TNL Saritha a/p Cham Nong kategori compound Women.

14
Ucapan Penutup ISG 2017

Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan di Lumut akan berakhir dengan Kejohanan Bola Tampar Lelaki, Tentera Darat menentang TLDM Semestinya perlawanan ini akan memperlihatkan aksi serta kelincahan kedua-dua pasukan dalam merebut kejuaraan. TDM seterusnya bangkit dengan sokongan penyokong-penyokong dari Pasukan Tentera Darat dan sekaligus memenangi perlawanan akhir dengan argregat 3 - 2. Selain itu, Pasukan Bola Tampar Wanita turut mengikuti kejayaan Pasukan Ping pong dan Pasukan Lumba Basikal dengan merangkul kejuaraan bergaya dengan memenangi kategori Wanita.. Peningkatan TLDM pada Karnival kejohanan sukan pada kali ini amat jelas dan ianya seiring dengan visi TLDM menjadi Angkatan Laut yang kredibel.

Rujukan: 290917/04
Sumber : Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel : Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Jurufoto : Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Read 1299 times Last modified on Jumaat, 29 September 2017 13:27

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 456

Semalam 762

Bulan ini 6422

Keseluruhan 774853

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM