Okt 27

KEJOHANAN HOKI SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

SUBANG, 27 Okt 17 - Kejohanan Hoki Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah berlangsung pada 24 hingga 27 Okt 17 di Stadium Hoki Pangkalan Udara Subang, Selangor yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki ATM. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita. Bagi pasukan Hoki Lelaki, TLDM berjaya menumpaskan TUDM dengan jaringan 2-1 dan seri dengan pasukan TDM 2-2 di peringkat saringan. Manakala aksi di perlawanan akhir, pasukan Hoki lelaki TLDM mempamerkan aksi cukup dramatik setelah sekali lagi berentap dengan pasukan TUDM. Kesudahannya pasukan Hoki Lelaki TLDM berjaya mengekalkan kejuaraan bagi tahun ke-3 berturut-turut setelah berjaya menewaskan pasukan Hoki Lelaki TUDM dengan jaringan 4-3.

IMG 20171027 WA0070
Panglima 4 Divisyen menyampaikan hadiah
kepada Penjaring Terbanyak Kejohanan

IMG 20171027 WA0097
Tahniah! Penjaring Tebanyak bagi Kategori Wanita

Bagi kategori wanita pula,Pasukan Hoki Wanita TLDM telah mempamerkan persembahan yang amat mengagumkan diperingkat saringan apabila berjaya membenam pasukan Hoki Wanita TUDM dgn jumlah gol 9-0 dan seterusnya membelasah pasukan Hoki Wanita TDM dengan jaringan 5-0. Namun di peringkat akhir, pertemuan pasukan hoki wanita TLDM berentap kembali bertemu pasukan Hoki TDM di dalam cuaca hujan lebat. Masa penuh perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga memaksa penentuan pukulan penalti shoot out. Kemenangan tidak memihak kpd pasukan Hoki Wanita TLDM apabila terpaksa menerima kekalahan tipis dengan jaringan 2-3 kepada pasukan Hoki TD.

IMG 20171027 WA0098
Aksi-aksi perlawanan akhir

IMG 20171027 WA0087
Pasukan Hoki 3 Perkhidmatan ATM

Keputusan rasmi kejohanan bagi kategori Lelaki Johan TLDM, Naib Johan TUDM dan Ketiga TDM. Bagi kategori Wanita pula Johan TDM, Naib Johan TLDM dan Ketiga TUDM. Dua pemain TLDM dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan iaitu 830827 LK PLM Khairul Amin bin Ahmad Fazhil bagi kategori lelaki sebanyak 3 gol dan 5501560 LK II PRL Aishah bt Zulkifli bagi kategori wanita sebanyak 5 gol dijaringkan. Majlis Penutup Kejohanan Hoki Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 disempurnakan oleh Mej Jen Datuk Zakaria bin Hj Yadi, Panglima 4 Divisyen merangkap Pengerusi Persatuan Hoki ATM dan turut dihadiri oleh Kept Farizal bin Myeor TLDM, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan TLDM mewakili Pengerusi LEKAS TLDM. Syabas diucapkan kepada Persatuan Hoki TLDM.

Rujukan : 271017/02
Sumber : LEKAS TLDM

Read 1531 times Last modified on Jumaat, 27 Oktober 2017 08:38

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 476

Semalam 762

Bulan ini 6442

Keseluruhan 774873

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM