Jul 17

28 HARI TEMPOH KRITIKAL - PANGWILLA 2

SANDAKAN, 17 Julai 2018 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Operasi dan Peperangan (KBOP) antara Komander Ahmad Sani bin Zakaria TLDM dan Lt Kdr Jamhari bin Katimin TLDM telah berjalan lancar pada pagi ini. Majlis penyerahan tugas yang dibuat secara sederhana namun penuh tradisi ketenteraan itu telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg. Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Gambar 1
Mantan KBOP (kiri) menyerahkan Sijil Serah Terima Tugas
kepada KBOP baharu (kanan) disaksikan PANGWILLA 2

Gambar 2
Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas KBOP

Majlis yang telah diadakan di Kafeteria MAWILLA 2 itu dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan Samudera Raya sejurus ketibaan PANGWILLA 2. Seterusnya upacara menandatangani Sijil dan Nota Serah Terima Tugas KBOP dilaksanakan dengan disaksikan sendiri oleh PANGWILLA 2. Turut hadir menyerikan majlis adalah Pegawai Memerintah Kapal Auksiliari TUN AZIZAN, Komander Mohamad Hafiz Faisal TLDM dan juga Pegawai-Pegawai yang bertugas di Pangkalan TLDM Sandakan serta warga Navy People Bahagian Operasi dan Peperangan.

Gambar 3
PANGWILLA 2 menandatangani ruangan saksi bagi
Sijil Serah Terima Tugas KBOP

Gambar 4
Penyerahan Nota Serah Terima Tugas KBOP antara
Komander Sani dan Lt Kdr Jamhari

Dalam ucapan oleh PANGWILLA 2, beliau menasihati semua warga Navy People yang hadir akan kepentingan menyemak dan memeriksa perkara-perkara berkaitan serah tugas sesuatu perjawatan sama ada di Markas mahu pun di kapal-kapal. “Tempoh 28 hari pertama selepas serah terima tugas merupakan waktu yang sangat kritikal dan penting untuk warga yang menerima tugas menyemak isi Nota Serah Tugas serta perkara lain berkaitan, “ tegas beliau dalam ucapannya. Tambah beliau lagi, “Selepas 28 hari, semua tanggungjawab adalah ke atas penerima tugas masing-masing dan penyandang jawatan sebelumnya tidak boleh lagi dipersalahkan”.

Gambar 5
Warga Bahagian Operasi dan Peperangan hadir
menyaksikan upacara bersejarah

Mantan KBOP, Komander Ahmad Sani akan bertukar keluar ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sebagai Pegawai Memerintah Kapal Diraja PERAK. Majlis diakhiri dengan penyerahan Nota dan Sijil Serah Terima Tugas disaksikan PANGWILLA 2 dan bacaan doa oleh LK I HDI Muhammad Zaim Mohd Kamal.

Rujukan : 170718/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

Last modified on Selasa, 17 Julai 2018 06:28

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 312

Semalam 879

Bulan ini 19776

Keseluruhan 1250205

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM