Jul 19

24 ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT TLDM TERIMA KENAIKAN PANGKAT

Lumut, 18 Julai – Seramai 24 orang Anggota Lain-lain Pangkat TLDM telah dinaikkan pangkat di Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat hari ini. Majlis diserikan dengan kehadiran kesemua warga Navy People yang berkhidmat di sekitar Pangkalan Lumut. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib Abdul Samad.

Gambar 1.1
Penuh bangga. Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib sempurnakan
pemakaian pangkat bagi 24 warga Navy People

Gambar 1.2

Gambar 1.3

Serambi Markas gamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya dengan penuh semangat oleh kesemua warga Navy People yang hadir. Usai melapor, majlis pemakaian pangkat membuka tirai dengan dimulai PW II PNK Md Yusneyzan bin Md Yusof yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku PW I. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyempurnaan pemakaian pangkat bagi 7 orang Bintara Kanan yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren II, 10 anggota LLP ke Pemangku Bintara Kanan dan 5 orang ke Bintara Muda serta 2 orang ke Pemangku Laskar Kanan.

Gambar 2
Peranan isteri diperakui mampu mendorong kepada kejayaan suami

Gambar 3.1
Warga Navy People mendengar ucapan
Panglima Armada Barat

Gambar 3.2

Gambar 4
anggota yang naik pangkat bergambar kenangan
bersama Panglima Armada Barat

Panglima Armada Barat menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga yang dinaikkan pangkat. Beliau berharap dengan kenaikan pangkat ini, setiap anggota akan lebih bersemangat dan berusaha mencipta kejayaan. Sikap optimis dan positif perlu dijadikan pemangkin dalam menentukan hasil dan perolehan yang terbaik. Dalam ucapan beliau juga, Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib turut menghargai peranan wanita yang bergelar isteri sebagai pendorong semangat serta orang kuat yang menyokong kepada pembangunan karier suami. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh PW I Md Yusneyzan diikuti jamuan makan dan ramah mesra antara kepimpinan tertinggi Markas Pemerintahan Armada Barat bersama anggota-anggota yang diraikan.

Rujukan : 190718/01
Artikel : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Kelulusan : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Awam MPAB

Last modified on Khamis, 19 Julai 2018 00:38

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 319

Semalam 879

Bulan ini 19783

Keseluruhan 1250212

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM